omniture

Pameran Canton ke-115: Inovasi dan perkhidmatan dipertingkat menyoroti masa depan perdagangan

The Canton Fair
2014-07-21 18:37 159

GUANGZHOU, China, 21 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Walaupun pasukan kebangsaan China tidak berjaya beraksi untuk Piala Dunia FIFA di Brazil, barang dagangan China sememangnya berjaya menembusi pasaran acara itu. Satu syarikat bendera di Wilayah Zhejiang sahaja berjaya membekalkan lebih 50 juta bendera ke Brazil, dengan kebanyakan pesanan dibuat melalui Pameran Canton, acara perdagangan terbesar di China.

Berakhir pada 5 Mei, Pameran Canton ke-115 China telah menunaikan janjinya untuk meningkatkan daya saing perdagangan. Walaupun nilai keseluruhan transaksi perniagaan turun sedikit pada Pameran ke-114 dengan kira-kira RMB 191 bilion (AS$31 bilion), angka individu membuktikan usaha untuk merangsang kreativiti, kualiti dan juga pengiktirafan jenama oleh pihak penganjur Pameran adalah sangat berjaya.

Sebilangan besar syarikat China yang inovatif, seperti yang terlibat dengan pembuatan peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna, telah menandatangani perjanjian yang menguntungkan di Pameran tersebut. Jualan produk pintar, terutamanya, telah meningkat dengan ketara.

Pelbagai kaedah inovatif telah digunakan oleh para penganjur Pameran ke-115 ini untuk meningkatkan kehadiran para pembeli. Setelah diperkenalkan pada tahun 2013, kempen "peserta pameran menjemput pembeli" dan kempen "pembeli sedia ada menjemput pembeli baharu" terus diperhalus dan dikembangkan, dengan jumlah jemputan yang dihantar oleh peserta pameran dan para pembeli sedia ada meningkat dengan signifikan. Promosi baharu dan program pengenalan di India telah menggabungkan jemputan Pameran dengan wawancara eksklusif pada media sosial.

Yin Zhenyu, pengurus daripada syarikat produk bulu, gembira dengan maklum balas jemputan yang dihantar oleh syarikat beliau. "Kami telah menerima lebih 30 jemputan pada hari pertama sahaja," jelas Yin. "Kami telah pun menerima tempahan bernilai $50,000 daripada pembeli dari Malaysia. Kesemua pembeli yang menerima surat jemputan boleh memasuki pameran tanpa yuran pendaftaran, jadi ia lebih mudah buat mereka."

Pameran tersebut sendiri menerima ulasan positif lanjut daripada kesemua pihak. Pameran ke-115 adalah kali ketiga Bastan, pembeli peralatan pembinaan dari Sudan, menghadiri pameran tersebut. "Ini merupakan platform membeli terbaik untuk pemborong luar negara," jelas warga Sudan itu. "Separuh daripada produk yang saya beli akan dijual semula kepada para peruncit apabila saya kembali ke tanah air. Di Sudan, banyak produk diperoleh dari China. Harga di sini adalah munasabah dan dibezakan mengikut kualiti dan prestasi."

"Saya tidak pernah melihat begitu ramai pelanggan yang berminat untuk menandatangani kontrak serta-merta," kata Ahmed Fouad, timbalan pengarah pengeluar peralatan rumah dari Mesir, Unionaire. "Ia adalah benar-benar di luar jangkaan kami."

Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp

Bagi pertanyaan media:
En. Wu Xiaoying
Tel: +86-20-8913 8628
E-mel: xiaoying.wu@cantonfair.org

Source: The Canton Fair
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Trade show news