omniture

Joint Commission International Lantik Pengarah Urusan Asia Pasifik Baharu

Joint Commission International
2014-07-22 22:54 143

OAK BROOK, Illinois, 22 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Joint Commission International (JCI) telah melantik kepimpinan baharu di rantau Asia Pasifik. Prabhu Vinayagam, M.B.B.S., dilantik sebagai pengarah urusan Pejabat Asia Pasifik JCI, bertempat di Singapura, berkuat kuasa pada 3 Julai 2014.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130429/DC02732LOGO

"Dr. Vinayagam mempunyai pengalaman klinikal sebagai doktor dan pakar bedah, kepintaran perniagaan yang strategik dan juga pengetahuan yang luas tentang rantau Asia Pasifik untuk jawatan baharu beliau," ujar Paula Wilson, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, JCI dan Joint Commission Resources. "Asia Pasifik merupakan rantau utama untuk JCI memandangkan kami berusaha untuk membantu para pelanggan kami mengurangkan risiko dan menambah baik hasil penjagaan kesihatan. Kami gembira dengan kehadiran Dr. Vinayagam yang akan memimpin inisiatif Asia Pasifik kami, dan beliau akan dibantu oleh pasukan kakitangan hebat yang kesemuanya amat bersemangat tentang peningkatan penjagaan kesihatan."

Vinayagam bertanggungjawab terhadap pembangunan perniagaan dan strategi serantau serta peringkat negara untuk unit khidmat nasihat, akreditasi dan juga pendidikan JCI di rantau Asia Pasifik. Beliau akan bertumpu pada usaha membangunkan dan memantapkan hubungan strategik dengan pertubuhan antarabangsa, kementerian kesihatan serta hospital dan pusat perubatan akademik yang ulung. Vinayagam akan turut menghadiri Pengurusan Hospital Asia 2014, 28-29 Ogos di Bandar Cebu, Filipina dan akan sedia untuk bertemu dengan wakil daripada pertubuhan yang diiktiraf JCI semasa persidangan tersebut berlangsung.

Baru-baru ini, Vinayagam merupakan pengarah Penyelesaian Farmasi dan Strategi Klinikal, Rantau Asia Pasifik Tengah dan Selatan, di BD Medical. Sebelum ini, beliau merupakan pakar bedah dan turut memegang jawatan penting lain di Safdarjung Hospital, G.B. Pant Hospital serta L.N.J.P.N Hospital, kesemuanya di New Delhi. Beliau kini merupakan presiden Persatuan Jururawat Infusi-India. Beliau memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan pertubuhan itu untuk membangunkan dan turut menyebarkan piawaian dan garis panduan infusi di India.

Vinayagam telah menerima MBBS beliau daripada Kolej Perubatan Maulana Azad, Universiti Delhi, India.

Joint Commission International (JCI) telah ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai divisyen Joint Commission Resources, Inc. (JCR), gabungan bukan untuk keuntungan yang dikawal sepenuhnya, bagi The Joint Commission. Melalui akreditasi antarabangsa, khidmat nasihat, penerbitan serta program pendidikan, JCI memperluas misi The Joint Commission di seluruh dunia dengan membantu meningkatkan kualiti penjagaan pesakit. JCI turut membantu pertubuhan penjagaan kesihatan antarabangsa, agensi kesihatan awam, kementerian kesihatan dan lain-lain di lebih 100 negara.

Maklumat Perhubungan Media:
Elizabeth Eaken Zhani
Pengurus Perhubungan Media
+1-630-792-5914
ezhani@jointcommission.org

Source: Joint Commission International
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Asian-related news Personnel announcements