omniture

Meitu Melancarkan PosterLabs, Menjadikan Semua Orang Pereka Poster

Meitu
2014-07-25 10:00 270

BEIJING, 25 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Meitu melancarkan PosterLabs, app penghasilan kolaj serba baharu yang menukarkan foto biasa menjadi poster yang mengagumkan. Berlainan daripada app pengeditan foto tradisional, PosterLabs menyediakan pengalaman pengeditan yang lancar dan tersendiri untuk para pengguna agar mereka dapat mencipta poster yang bergaya dengan serta-merta bersama templat posternya yang direka secara profesional.

PosterLabs instantly transforms your photos into spectacular posters.
PosterLabs instantly transforms your photos into spectacular posters.

Digubah oleh berdozen pereka profesional selepas menganalisis keperluan pengeditan foto pengguna dan kebiasaan perkongsian, PosterLabs telah dihasilkan berdasarkan maklumat tentang reka letak foto, pengeditan, peningkatan serta perkongsian.

Ia menawarkan ratusan templat poster berkualiti tinggi dalam pelbagai gaya, termasuk "Muka hadapan majalah", "Poster filem", "Iklan gourmet", dan juga "Dokumentari perjalanan", setiap satunya sesuai untuk potret, makanan atau pemandangan. Para pengguna boleh mencipta poster foto tunggal atau poster berbilang foto dengan semua templat ini dalam masa beberapa saat sahaja. Semua templat yang tersuai khusus ini sesuai untuk foto yang diambil dalam persekitaran berbeza seperti kedai kopi, kedai bunga, kedai teh, bar, restoran dan banyak lagi. Lebih banyak templat boleh didapati untuk dimuat turun daripada bahagian "Goodies" dalam app itu, yang dikemas kini setiap bulan dengan item baharu.

PosterLabs turut menyediakan pilihan tersuai khusus lain yang membenarkan pengguna menyunting teks pada poster itu, melapisi foto mereka dengan tapisan yang menawan pandangan serta mengenang saat berharga dengan cetak masa dan lokasi yang terbina dalam. Apabila pengguna sudah selesai mengedit, mereka boleh berkongsi karya mereka dengan serta-merta melalui Facebook, Twitter, Instagram, dan juga laman lain. Daripada sajian enak yang anda sedang nikmati hinggalah saat indah dalam hidup anda serta semua kejadian yang mengubah hidup yang berlaku semasa perjalanan anda, dengan PosterLabs anda boleh sentiasa menghargai dan berkongsi kenangan anda.

"PosterLabs boleh memberi nafas baharu kepada sebarang dan semua gambar. PosterLabs dengan piawai rekaannya yang tinggi bakal memenangi hati para pengguna," kata juruanalisis industri. "Proses pembuatan kolaj dan pengeditan imej yang terlalu ringkas sudah lapuk. Kita telah memasuki "Zaman Poster Besar". Para pengguna hari ini gemar mengedit foto mereka dalam cara yang lebih berseni dan tanpa batasan."

PosterLabs boleh didapati untuk dimuat turun secara percuma daripada App Store dan Google Play.

App Store
https://itunes.apple.com/us/app/posterlabs-stylish-collage/id875654777?ls=1&mt=8

Google Play
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.meitu.poster

Laman Web
http://www.posterlabs.cn

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140724/0861405204

Source: Meitu
Keywords: Art Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services