omniture

Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa Mengeluarkan Statistik tentang Prosedur Kosmetik Seluruh Dunia

The International Society of Aesthetic Plastic Surgery (ISAPS)
2014-07-28 21:10 1321

-- Lebih 23 Juta Prosedur Kosmetik Dijalankan pada Tahun 2013

NEW YORK, 28 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Lebih 23 juta prosedur kosmetik pembedahan dan bukan pembedahan telah dijalankan seluruh dunia pada tahun 2013, menurut statistik yang dikeluarkan hari ini oleh Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS), persatuan antarabangsa ulung untuk pembedahan plastik estetik dengan lebih 2,700 ahli pakar bedah plastik estetik yang diperakui lembaga di 95 negara. Buat julung kalinya, Brazil mengatasi Amerika Syarikat dengan tipis daripada segi bilangan prosedur pembedahan yang telah dijalankan, manakala Toksin Botulinum pula menduduki kedudukan nombor satu untuk bilangan keseluruhan prosedur kosmetik yang telah dijalankan.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140725/130376

Bagi laporan penuh statistik ISAPS bersama siaran akhbar dan panduan rujukan Fakta Pantas, klik di sini.

Memandangkan ISAPS sedang bersedia untuk menganjurkan Kongres Dwitahunan mereka yang ke-22 di Rio de Janeiro, Brazil pada bulan September, data baharu ini akan mencetuskan perdebatan dalam kalangan pakar bedah yang berkumpul dari 75 negara untuk berkongsi teknik baharu dan turut membincangkan maklumat pemecah kebiasaan tentang bidang yang semakin berkembang ini.

"Sejak kaji selidik terakhir kami yang telah dijalankan, kami telah memperbaiki strategi kami untuk mengumpul data berdasarkan sampel yang mantap daripada segi statistik," kata Carlos Uebel, MD, presiden ISAPS. "Inilah usaha persatuan kami untuk menambah baik kaedah kaji selidik kami dan membuatkannya lebih menyeluruh," beliau berkata lagi.

Negara dengan jumlah prosedur kosmetik pembedahan dan bukan pembedahan paling tinggi yang dilakukan pada tahun 2013 termasuklah:

  • Amerika Syarikat - 3,996,631 – (17 peratus)
  • Brazil - 2,141,257 – (9.1 peratus)
  • Mexico - 884,353 - (3.8 peratus)
  • Jerman - 654,115 - (2.8 peratus)
  • Sepanyol - 447,177 - (1.9 peratus)

Prosedur pembedahan kosmetik ulung yang dijalankan pada tahun 2013:

  • Pembedahan Membesarkan Payudara - (1,773,584)
  • Pembedahan Menyedut Lemak (1,614,031)
  • Pembedahan Kelopak Mata (1,379,263)
  • Pembedahan Manipulasi Lemak termasuk pemampatan tubuh dengan lemak dan pemampatan tubuh dengan lemak yang dipertingkat sel stem (1,053,890)
  • Pembedahan Hidung (954,423)

Prosedur bukan pembedahan ulung yang telah dijalankan:

  • Toksin Botulinum (5,145,189)
  • Pengisi Lemak dan Bahan Serap Semula Dalam Tubuh (3,089,686)
  • Pembuangan Bulu dengan Laser (1,440,252)
  • Peremajaan Kulit Wajah Bukan Invasif (1,307,300)
  • Pengelupasan Kulit dengan Bahan Kimia, penyalinan permukaan kulit dengan karbon dioksida, pelelasan kulit (773,442)

Wanita telah menjalankan lebih 20 juta prosedur kosmetik; 87.2 peratus daripada jumlah keseluruhan. Prosedur pembedahan yang paling kerap dijalankan ke atas wanita pada tahun 2013 ialah:

  • Pembedahan Membesarkan Payudara
  • Pembedahan Menyedut Lemak
  • Pembedahan Kelopak Mata
  • Pembedahan Manipulasi Lemak
  • Pembedahan Menegangkan Payudara

Lelaki telah menjalankan lebih 3 juta prosedur kosmetik; 12.8 peratus daripada jumlah keseluruhan. Prosedur pembedahan yang paling kerap dijalankan ke atas lelaki pada tahun 2013 ialah:

  • Pembedahan Hidung
  • Pembedahan Mengecilkan Payudara untuk Gangguan Ginekomastia
  • Pembedahan Kelopak Mata
  • Pembedahan Menyedut Lemak
  • Pembedahan Telinga

Statistik terkini ISAPS menunjukkan pembedahan kosmetik semakin kerap dijalankan di seluruh dunia. Pemeringkatan dibuat hanya berdasarkan negara yang telah memberikan maklum balas kaji selidik yang mencukupi dan data dianggap sebagai mewakilinya.

Latar belakang ISAPS:

Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS) diiktiraf sebagai badan antarabangsa ulung yang terdiri daripada pakar bedah plastik estetik yang diperakui lembaga. Setelah ditubuhkan pada tahun 1970, terdapat tiga misi ISAPS: mendidik ahli ISAPS dalam teknik pembedahan terkini, memaklumkan orang ramai, serta menggalakkan keselamatan pesakit. Permohonan untuk keahlian dalam ISAPS ditapis secara menyeluruh bagi memastikan mereka mempunyai latihan yang meluas dalam spektrum lengkap prosedur estetik pembedahan dan bukan pembedahan.

Source: The International Society of Aesthetic Plastic Surgery (ISAPS)
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research