omniture

Semua Tuduhan Jenayah Negeri New York Telah Ditolak Terhadap Dermawan Terkemuka California Selatan Dalam Kes Rasuah Perusahaan dan Pertaruhan Sukan Internet $50 Juta

Bingham McCutchen LLP
2014-08-21 22:12 86

NEW YORK, 21 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Pejabat Pendakwa Raya di Daerah Queens, New York, telah menolak semua tuduhan jenayah pada hari ini dalam kes rasuah perusahaan dan pertaruhan sukan Internet bernilai $50 juta terhadap dermawan terkemuka California Selatan George Molsbarger. En. Molsbarger, 68 tahun, dari Santa Monica, California, mengetuai Squid and Squash Foundation, yayasan ulung dan inovatif yang telah mendermakan berjuta-juta dolar bagi menambah baik pendidikan dan kehidupan kanak-kanak kurang berkemampuan.

Mengetuai pasukan pembelaan beliau, Nathan J. Hochman, pengerusi Amalan Penguatkuasaan dan Penyiasatan Kolar Putih Bingham McCutchen LLP, telah menyatakan: "En. Molsbarger teruja untuk mengakhiri kes tentang pelibatan beliau dalam kes jenayah ini." En. Hochman turut berkata: "Tindakan untuk menolak kesemua tuduhan jenayah hampir dua tahun selepas pendakwaan jarang berlaku dalam sistem keadilan jenayah kita. Kami mengucapkan syabas kepada Pejabat Pendakwa Raya Queens atas pertimbangan teliti terhadap kesemua bukti, keadilan serta keputusannya untuk melakukan perkara yang betul."

Pendakwaan tersebut pada asalnya tidak bermaterai pada 25 Oktober 2012 dan telah mendakwa En. Molsbarger, berserta 24 defendan lain, dengan rasuah perusahaan, mempromosikan pertaruhan sukan melalui Internet, pelaburan wang haram dan juga konspirasi. Pendakwaan tersebut, yang diiktiraf oleh pihak kerajaan sebagai tidak mempunyai bukti pada ketika itu, mengemukakan tuduhan terdapat operasi pertaruhan sukan di seluruh negara dan pada peringkat antarabangsa yang telah menggunakan Internet serta memperoleh lebih $50 juta dalam tempoh 18 bulan daripada golongan penjudi di seluruh Amerika Syarikat. En. Molsbarger berhadapan dengan kemungkinan hukuman penjara selama 25 tahun di bawah pendakwaan itu. "Kini, En. Molsbarger adalah seorang yang bebas," kata En. Hochman.

Source: Bingham McCutchen LLP
Related Links:
Keywords: Legal issues