omniture

Persembahan Tarikan Utama Pesta Sydney 2015 Diumumkan dalam Acara Eksklusif di Hemisfera Selatan

James Thierree membawakan Tabac Rouge ke Sydney
Pakej pelancongan diumumkan
Destination New South Wales
2014-08-25 09:46 562

SYDNEY, 25 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Destination New South Wales (DNSW), agensi acara tarikan dan pelancongan Kerajaan New South Wales, serta Pesta Sydney telah mengumumkan persembahan tarikan utama untuk tahun 2015 -- James Thierree yang terkenal akan kembali ke Pesta Sydney dengan Tabac Rouge, hasil karya beliau yang paling meriah dan besar-besaran setakat ini, dalam satu persembahan eksklusif di Sydney dan Hemisfera Selatan.

  James Thierree's spectacular theatrics are coming to Sydney Festival 2015 with Tabac Rouge
James Thierree's spectacular theatrics are coming to Sydney Festival 2015 with Tabac Rouge

Seorang akrobat, pemuzik, penari, pelakon, mimos, pereka tari – Thierree kembali ke Pesta Sydney buat kali yang keempat selepas musim yang laris terjual untuk pertunjukan Junebug Symphony (2003), Bright Abyss (2006) serta Au Revoir Parapluie (2008). Dalam Tabac Rouge, Thierree menjangkaui batasan tarian, sarkas dan juga teater dalam peranan sebagai pengarah, pereka tari serta pereka set bagi mempersembahkan pertunjukan yang digambarkan Thierree sebagai sesuatu tentang "keinginan, kuasa, sistem serta mekanisme masyarakat, dan bagaimana orang ramai menyusun atur diri mereka".

Tabac Rouge, yang akan dipersembahkan mulai 7 hingga 23 Januari di Panggung Sydney, dibintangi barisan akrobat dan penari sangat berkemahiran yang menghasilkan pertunjukan berani, padat dengan lagak panggung menakjubkan di bawah sutradara tersendiri Thierree. Reka tarinya dilengkapkan dengan rekaan kostum Victoria Thierree dan senarai susunan muzik yang dinamik daripada Matthieu Chedid hinggalah kepada Vivaldi. Tabac Rouge tidak mengandungi sebarang kata lisan, lalu membuatkan pertunjukan ini sesuai dinikmati pengunjung antarabangsa tanpa kekangan bahasa.

Pesta Sydney 2015 akan menawarkan ratusan acara bertaraf dunia dan menarik pengunjung dari seluruh dunia. Program 2015 yang penuh akan diumumkan pada 23 Oktober 2014, namun begitu para pengunjung digalakkan untuk membuat tempahan sekarang bagi mendapatkan peluang untuk menikmati pakej pelancongan nilai hebat dan mengelak daripada dikecewakan.

Terdapat tiga pakej yang ditawarkan:

The Star*

  • Penginapan satu malam di hotel mewah, The Darling
  • $50 kredit Makanan dan Minuman untuk dinikmati di bar The Star, restoran terkemuka (Balla, Black by Ezard & Sokyo) dan juga Fat Noodle
  • Tiket Premium atau Tempahan Tiket untuk Tabac Rouge
  • Nyatakan kod promosi SYDFEST15 (mesti ditulis huruf besar) apabila menempah secara dalam talian sahaja. Atau hubungi Perkhidmatan Tetamu 1800 800 830

Layari star.com.au/sydneyfestival.

Pakej Accor

Hotel Harbour Rocks – bermula daripada $224 satu kepala*

  • Penginapan semalaman di bilik Heritage Queen dalam ruang Rocks yang bersejarah di Sydney
  • Sarapan Penuh dihidangkan di Scarlett Restaurant
  • Tempahan Tiket untuk Tabac Rouge

Layari www.accorhotels.com/sydneyfestival.

Quay West Suites Sydney – bermula daripada $270 satu kepala*

  • Penginapan semalaman di dalam bilik mewah pemandangan bandar 1 bilik tidur yang menghadap pelabuhan Sydney yang indah
  • Sarapan untuk 2 orang di Harrington Restaurant
  • Tiket Premium untuk Tabac Rouge

Layari www.accorhotels.com/sydneyfestival.

Tiket untuk Tabac Rouge sudah mula dijual sekarang di www.sydneyfestival.org.au/tabac.

*Syarat Pakej Pelancongan: Tertakluk kepada ketersediaan bilik. Butiran Kad Kredit diperlukan untuk mengesahkan tempahan. Harga pakej adalah untuk satu kepala dan berdasarkan 2 tetamu per pakej, dan untuk katil ratu (Katil berkembar boleh didapati melalui permintaan terus kepada hotel). Pakej adalah prabayar dan tidak boleh dituntut semula. Sah untuk tempahan mulai 23 Ogos hingga 12 Oktober 2014 untuk penginapan antara 9 hingga 22 Januari 2015, semuanya termasuk sekali. Tiket Tabac Rouge hanya sah untuk persembahan pada hari penginapan itu ditempah.

Latar belakang Destination NSW:

Destination NSW ialah agensi Kerajaan utama untuk sektor acara tarikan dan pelancongan New South Wales (NSW). Peranan kami adalah untuk memasarkan Sydney dan NSW sebagai salah satu destinasi acara tarikan dan pelancongan unggul di dunia; untuk mengadakan acara sukan dan budaya yang utama; untuk bekerjasama dengan Business Events Sydney bagi mendapatkan program ganjaran pelancongan insentif dan persidangan antarabangsa utama; untuk membangunkan dan turut memberikan inisiatif yang akan memacu pertumbuhan pengunjung di seluruh Negara; untuk mencapai matlamat Kerajaan NSW bagi menggandakan perbelanjaan pengunjung semalaman dalam Negara itu menjelang tahun 2020.

Daripada pesta makanan dan wain hinggalah pertandingan luncur ombak, acara sukan bertaraf dunia hinggalah sambutan seni dan budaya, New South Wales mempunyai Kalendar Acara Tahunan yang meraikan kepelbagaian kehidupan kontemporari Australia yang sangat berbeza-beza. Sydney sudah tiada tandingannya di Australia daripada segi kemampuannya untuk mengadakan acara eksklusif yang memukau perhatian seluruh dunia. Destination NSW berada di barisan hadapan bagi mencipta dan merebut acara bertaraf dunia yang melonjakkan nama Sydney di mata dunia.

Maklumat perhubungan media:

Corrine Cowlishaw, +61-2-9931-1462, corinne.cowlishaw@dnsw.com.au 
Melissa Wilson, +61-2-9931-1156, 
melissa.wilson@dnsw.com.au

Tabac Rouge is perfect for international visitors to Sydney to enjoy
Tabac Rouge is perfect for international visitors to Sydney to enjoy
  Tabac Rouge will show at Sydney Festival in a Southern Hemisphere exclusive
Tabac Rouge will show at Sydney Festival in a Southern Hemisphere exclusive

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140821/8521404695-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140821/8521404695-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140821/8521404695-c

Source: Destination New South Wales
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel New products/services