omniture

SEA-US: Konsortium Global untuk Membina Sistem Kabel Menghubungkan Indonesia, Filipina serta Amerika Syarikat

Globe Telecom, Inc.
2014-08-30 04:14 139

MANILA, Filipina, 30 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Konsortium yang terdiri daripada tujuh syarikat telekomunikasi global hari ini bersetuju untuk bekerjasama dalam pembinaan dan pengendalian sistem kabel bawah laut baharu yang menghubungkan terus Asia Tenggara dan Amerika Syarikat dengan NEC Corporation sebagai pembekal sistem. Konsortium "SEA-US" Asia Tenggara – Amerika Syarikat itu terdiri daripada PT. Telekomunikasi Indonesia International (Telin), Globe Telecom, RAM Telecom International (RTI), Hawaiian Telcom, Teleguam Holdings (GTA), GTI Corporation (ahli kumpulan syarikat Globe Telecom) serta Telkom USA.

"Projek SEA-US terhubung dengan lancar bersama Tulang Belakang Domestik Telkom, dan kabel itu akan menyediakan kependaman yang tiada tandingannya dari Indonesia ke Amerika Syarikat," kata Syarif Syarial Ahmad, Pengarah Presiden Telin. "Projek ini juga akan menyokong pertumbuhan ekonomi Indonesia yang mantap dan Pelan Induk kerajaannya untuk Pemecutan dan Perluasan Pembangunan Ekonomi Indonesia (MP3EI). Kami mula mengusahakan SEA-US pada tahun 2013 dan kami sangat bangga dapat menjadi sebahagian daripada projek bersejarah ini yang membuka gerbang pertama dari bahagian timur Indonesia ke seluruh dunia."

Tambahan lagi, Gil Genio, Ketua Pegawai Pengendalian untuk Pasaran Antarabangsa dan Perniagaan Globe Telecom menyatakan, "Negara kami telah menjadi destinasi pilihan untuk industri luar pesisir dan penyumberan luar, termasuk pusat panggilan besar, penyedia penyumberan luar proses perniagaan, institusi kewangan global serta pelbagai lagi syarikat multinasional lain yang memerlukan lebar jalur yang sangat besar. Kami juga telah melihat letusan Internet mudah alih, membolehkan gaya hidup baharu untuk perniagaan dan para pelanggan mudah alih kami. Projek SEA-US akan membolehkan Globe memenuhi keperluan lebar jalur masa depan, dan merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang bagus pada telefon mudah alih serta peranti lain, serta menambah lebih banyak pilihan yang berkepelbagaian agar syarikat dapat berhubung dengan A.S."

Russ Matulich, Ketua Pegawai Eksekutif RTI berkata lagi, "Kabel SEA-US akan menyediakan keterhubungan Asia-AS yang sangat diperlukan dan akan menjadi kabel terpantas yang menghubungkan Asia Tenggara dengan Amerika Syarikat. Ia menyediakan kepelbagaian haluan yang penting dari Pasifik Utara dan memanfaatkan pertumbuhan ekonomi mantap lebih 1.5 bilion perniagaan dan pengguna yang mahir internet dan banyak menggunakan data."

"Guam ialah lokasi strategik di Pasifik yang membenarkan GTA menghubungkan rantau Asia Pasifik dengan Amerika Syarikat dengan jayanya. Rangkaian GTA yang meluas dan lewah membolehkan saling hubung yang selamat dengan kabel lain, lalu meningkatkan kepentingan Guam pada binaan kabel akan datang," kata Robert Haulbrook, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden GTA.

Eric Yeaman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hawaiian Telcom, berkata "penyertaan Hawaiian Telcom dalam projek SEA-US mengukuhkan lagi peranan Hawaii sebagai hab strategik penting untuk kepelbagaian lalu lintas dan kelewahan antara AS dan Asia. Tambahan lagi, pelaburan dalam sistem SEA-US akan membenarkan Hawaiian Telcom untuk memenuhi keperluan kapasiti Trans-Pasifik dalaman jangka panjang mereka dengan cekap, sambil permintaan pelanggan kami yang semakin meningkat untuk kelebaran jalur terus bertambah."

Sistem kabel bawah laut SEA-US menghubungkan lima kawasan dan wilayah iaitu Manado (Indonesia), Davao (Filipina), Piti (Guam), Oahu (Hawaii, Amerika Syarikat) serta Los Angeles (California, Amerika Syarikat). Sistem ini adalah sepanjang kira-kira 15,000 kilometer, yang mengelak kawasan cenderung gempa di Asia Timur, lalu membantu untuk memastikan keterhubungan yang stabil.

Apabila ia siap kelak pada suku keempat tahun 2016 dengan kos anggaran sebanyak AS$ 250 juta, sistem kabel itu akan menyediakan kapasiti tambahan 20 Terabit/saat, menghubungkan Indonesia dan Filipina dengan Amerika Syarikat menggunakan teknologi 100G yang canggih. Kapasiti ini akan memenuhi keperluan pertumbuhan eksponen permintaan lebar jalur antara kedua-dua benua.

"Berbekalkan pengalaman selama lebih 40 tahun dalam membina lebih 200,000 kilometer infrastruktur kabel bawah laut, NEC merupakan salah satu vendor terbaik di dunia untuk sistem kabel bawah laut," kata En. Naoki Yoshida, Pengurus Besar Divisyen Rangkaian Bawah Laut NEC. "Pembinaan sistem yang canggih ini membolehkan NEC memanfaatkan pengalamannya dan menyumbang kepada komunikasi seluruh dunia dengan memperluas keterhubungan dan kapasiti kepada haluan Trans-Pasifik yang semakin penting ini."

Latar belakang Telin

PT. Telekomunikasi Indonesia International (Telin) ialah syarikat subsidiari PT. Telekomunikasi Indonesia, tbk, penyedia telekomunikasi dan rangkaian milik negara. Telin menumpukan usaha sebagai perkhidmatan pembawa antarabangsa dan pelaburan strategik dalam perniagaan telekomunikasi antarabangsa, serta bertindak sebagai lelengan perniagaan Telkom dalam mengurus dan membangunkan rangkaian perniagaan di luar negara. Dengan misi Hab Dunia untuk Telekomunikasi, Maklumat, Media, Didik hibur serta Perkhidmatan (TIMES), buat masa kini Telin memiliki 8 syarikat subsidiari iaitu Telin Singapore, Telin Hong-Kong, Telin Timor-Leste dengan produknya Telkomcel, Telkom Australia, Telin Malaysia, Telkom Macau, Telkom Taiwan, Telkom USA, dan satu cawangan di Myanmar. Memandangkan sinergi TelkomGroup dikumpulkan dengan rangkaian dan infrastruktur yang andal, Telin mampu menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi yang menjangkau serata ceruk dunia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila ke www.telin.co.id.

Latar belakang Globe Telecom:

Globe Telecom, Inc. ialah syarikat telekomunikasi perkhidmatan penuh yang terkemuka di Filipina, memenuhi keperluan pengguna dan juga perniagaan merentasi seluruh set produk dan perkhidmatan termasuk hubungan mudah alih, talian tetap, jalur lebar, hubungan data, Internet serta perkhidmatan terurus. Pelanggan pokok mereka ialah Ayala Corporation dan SingTel yang merupakan peneraju industri yang diiktiraf dalam negara dan rantau ini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari www.globe.com.ph. Ikuti kami di Twitter: http://twitter.com/talk2Globe dan Facebook: http://facebook.com/GlobePH.

Latar belakang RTI:

RAM Telecom International, Inc. (RTI) membangunkan infrastruktur telekomunikasi global dan keterhubungan data skala besar dalam pasaran terpilih. RTI menawarkan perkhidmatan neutral kepada pembawa telekomunikasi, perusahaan multinasional besar, penyedia kandungan serta entiti kerajaan. RTI beribu pejabat di San Francisco, California.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.rticable.com.

Latar belakang Hawaiian Telecom:

Hawaiian Telcom, beribu pejabat di Honolulu, Hawaii, ialah penyedia terkemuka Hawai'i untuk komunikasi bersepadu, pusat data serta penyelesaian hiburan untuk pelanggan perniagaan dan kediaman. Dengan asal usul di Hawai'i sejak tahun 1883, Syarikat itu menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk panggilan suara, video, Internet, penyelesaian data, perkhidmatan terurus, perkhidmatan pusat data termasuk lokasi bersama dan juga awan persendirian maya, serta perkhidmatan berasaskan awan lain, dan wayarles yang disokong oleh jangkauan dan keandalan rangkaiannya serta satu-satunya pusat pengendalian rangkaian sepenuh masa yang canggih di Hawai'i. Dengan kakitangan seluruh negeri yang berkongsi komitmen untuk inovasi dan semangat untuk menyediakan perkhidmatan unggul, Hawaiian Telcom menyediakan pengalaman pelanggan yang menghidupkan cogan kata Always OnSM.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari www.hawaiiantel.com.

Latar belakang GTA:

GTA menyediakan perkhidmatan komunikasi lengkap di Guam. Ini termasuklah perkhidmatan telefon tempatan dan jarak jauh, wayarles, akses Internet DSL, televisyen digital canggih, atau IPTV, dan litar data kelas pembawa. Syarikat itu turut mengendalikan pusat data di Guam bagi menawarkan simpanan data perniagaan dan perangkaian kawasan luas yang terurus. Berpusat di Tamuning, Guam, GTA adalah milik swasta dan diuruskan secara tempatan.

Latar belakang GTI Corporation:

GTI Corporation menjalankan perniagaan sebagai GTI Telecom dalam Negeri California. GTI ialah subsidiari milikan penuh GTI Business Holdings, Inc., manakala syarikat itu pula ialah subsidiari milikan penuh Globe Telecom, Inc. GTI telah diberikan lesen 214 oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan AS pada bulan Februari 2010 yang memberi kebenaran kepada GTI untuk melibatkan diri dalam jualan semula wayarles dan perkhidmatan pembawa berasaskan kemudahan di AS.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.globemobile.us.

Latar belakang Telkom USA:

Telekomunikasi Indonesia International (USA), Inc. (Telkom USA) telah ditubuhkan pada 11 Disember 2013. Terletak di California dan menjadi subsidiari dengan 100 peratus syernya dimiliki PT Telekomunikasi Indonesia International (Telin). Telkom USA mengendalikan perniagaan produk telekomunikasi, perkhidmatan telekomunikasi, Teknologi Maklumat (IT), produk teknologi Maklumat serta perniagaan perkhidmatan teknologi maklumat.

Latar belakang NEC Corporation:

NEC Corporation ialah peneraju penyepaduan IT dan teknologi rangkaian yang memberi kelebihan kepada perniagaan dan orang ramai seluruh dunia. Dengan menyediakan kombinasi produk dan penyelesaian yang menyilang guna pengalaman syarikat dan sumber global, teknologi NEC yang canggih memenuhi keperluan para pelanggannya yang rumit dan sentiasa berubah-ubah. NEC membawa lebih 100 tahun kepakaran dalam inovasi teknologi bagi memperkasa orang ramai, perniagaan dan juga masyarakat.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari NEC di http://www.nec.com.

SUMBER Globe Telecom, Inc.

Source: Globe Telecom, Inc.
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Equipment