omniture

Inter Lubric China 2014: Ulang Tahun ke-15, Permulaan Baharu untuk Kami

INTEX SHANGHAI CO., LTD.
2014-09-01 09:52 99

SHANGHAI, 1 September 2014 /PRNewswire/ -- Dengan penutup acara yang berjaya di Guangzhou pada tahun 2013, Inter Lubric China menandakan ulang tahunnya yang ke-15. Pameran Pelincir dan Teknologi Antarabangsa China ke-15 (Inter Lubric China) akan diadakan di Beijing, China di Pusat Pameran Antarabangsa pada 20 hingga 22 November 2014.

Ditaja oleh SINOPEC Lubricant Company, PetroChina Lubricant Company dan juga CCPIT Shanghai, serta dianjurkan oleh Intex Shanghai, Inter Lubric China telah diadakan setiap tahun di Beijing, Guangzhou, dan Shanghai sejak 14 tahun yang lalu, dengan menarik lebih 1,800 peserta pameran termasuk SINOPEC, PetroChina, ExxonMobil Chemical, Shell, Fuchs, Caltex, GS Oil, INEOS, BASF, Chemtura, Dow, Lubrizol, HUNTSMAN, Croda, Henkel, LUKOIL, ENI, SK, Afton, Valvoline, Total, WD-40, ENEOS, Petromin, Sephan Oil, LiuGong, DongHao, dan lebih 70,000 pengunjung profesional yang terdiri daripada pengeluar, peniaga, pengedar serta pengguna akhir. Inter Lubric China telah diiktiraf sebagai pameran jenama paling autoritatif, berskala luas, antarabangsa dan juga profesional dalam industri pelincir.

Barang pameran termasuklah produk pelincir automotif dan produk penyelenggaraan bahan kimia automotif, minyak dan gris pelincir perindustrian, pelincir serta cecair kerja logam, bahan anti-karat, bahan tambahan pelincir dan juga minyak mentah, sistem pelincir dan mesin, pembungkusan, pengecasan serta peralatan pencampuran untuk penghasilan pelincir, ujian, kawalan kualiti, dan juga teknologi penilaian kitar semula, serta peralatan untuk produk pelincir, melincirkan sumber manusia, perundingan, media dan banyak lagi.

Inter Lubric China turut menawarkan pelbagai program sampingan yang berkualiti berkisarkan arah aliran industri, teknologi serta pemasaran. Sejak 14 tahun lalu, terdapat lebih 70 seminar dan persidangan yang diadakan sepanjang pameran tersebut. Inter Lubric China 2014 akan membawakan lebih banyak acara premium:

  1. Persidangan Pelincir, Minyak Mentah & Bahan Tambahan Antarabangsa China – Pelincir Auto
  2. Persidangan Pelincir, Minyak Mentah & Bahan Tambahan Antarabangsa China – Minyak Mentah & Bahan Tambahan
  3. Program Pengedar dan Peniaga Pelincir - Jenama & Saluran
  4. Sesi Keperluan Pelincir Baharu bagi Kawasan Perindustrian – Minyak Perindustrian & Penggunaan
  5. Sesi Pembaikan dan Penyelenggaraan Automobil
  6. Seminar Teknologi Ujian dan Analisis Produk Pelincir
  7. Seminar Produk & Teknologi
  8. Program Padanan Perdagangan Antarabangsa

Hubungi Kami:

Cik Apple Gu
TEL: +86 21 1 62952132
FAKS: +86 21 62780038
E-MEL: interlubric@intex-sh.com
Laman Web: www.interlubric.com

Source: INTEX SHANGHAI CO., LTD.
Keywords: Chemical Utilities Trade show news