omniture

Global Rockstar merasmikan pertandingan muzik dalam talian terbesar di dunia

Global Rockstar GmbH
2014-09-01 10:00 137

VIENNA, 1 September 2014 /PRNewswire/ --

Model promosi dan pembiayaan orang ramai yang revolusioner untuk bintang masa hadapan

Global Rockstar sedang mencari bakat terbaik di dunia: sehingga 30 September, pemuzik dalam setiap genre boleh menghantar penyertaan lagu asal mereka kepada pusingan kelayakan kebangsaan bagi merebut peluang untuk mewakili negara mereka dalam Pertandingan Akhir Global. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 25,000. Global Rockstar membantu menyediakan bantuan kewangan untuk semua kumpulan muzik yang menyertainya serta meningkatkan kesedaran untuk muzik mereka.

Pertandingan muzik dalam talian terbesar di dunia telah bermula. Sehingga tarikh akhirnya pada 30 September, kumpulan muzik, artis solo, penyanyi dan penulis lagu serta artis lain dari seluruh dunia berpeluang untuk memasuki pusingan kelayakan kebangsaan di www.globalrockstar.com. Lagu daripada semua genre muzik layak menyertai – asalkan gubahan asli dan bukan lagu olahan semula. Para pemenang kebangsaan akan ditentukan dengan undian awam, dan akan terus bertanding bagi merebut hadiah utama sebanyak USD 25,000 dalam Pertandingan Akhir Global mulai Disember. Tiga bakat terbaik juga akan menerima peralatan daripada AKG oleh Harman bernilai sejumlah USD 10,000. Pertandingan ini tentu akan menarik perhatian seluruh dunia: pada tahun 2013, lebih 2,400 artis dari 73 negara berbeza telah mengambil bahagian dalam projek perintis Global Rockstar. Lebih 3.5 juta peminat muzik mengundi, dengan kumpulan muzik rock Portugis Kandia muncul sebagai pemenang.

Global Rockstar: pentas global untuk artis yang menanti pendedahan

"Kami mewujudkan Global Rockstar kerana kami percaya pada muzik. Terdapat begitu ramai artis dan lagu hebat yang belum mendapat pendedahan di dunia ini – terutamanya dari negara yang jarang mendapat tempat dalam carta popular. Kami ingin memberi pendedahan kepada para pemuzik sebegini. Artis yang menghantar lagu mereka bagi Global Rockstar boleh mempersembahkan muzik mereka kepada para pendengar seluruh dunia. Pendedahan global ini amat bernilai untuk kumpulan muda yang ingin mengetengahkan muzik dan nama mereka ke persada dunia," jelas Christof Straub, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Global Rockstar. Penyokong Global Rockstar termasuklah berbilang bintang antarabangsa seperti pemenang Anugerah Grammy Macy Gray dan The Commodores atau legenda gitar Al Di Meola.

Model pembiayaan orang ramai yang revolusioner untuk muzik

Global Rockstar bukan sahaja memberikan pendedahan seluruh dunia kepada artis yang mengambil bahagian – ia juga menawarkan sokongan kewangan, dalam bentuk model pembiayaan orang ramai yang inovatif. Peminat muzik seluruh dunia boleh mengundi bakat yang mereka gemari melalui media sosial, menggunakan Free Votes, tetapi mereka juga boleh mencabut undi khas "ROCK'N VOTES", yang boleh didapati dengan membuat sumbangan. Separuh daripada keuntungan bersih daripada "ROCK'N VOTES" akan diberikan terus kepada artis yang terpilih, dan para peminat akan mendapat ganjaran eksklusif, seperti muat turun lagu atau kemeja-T dengan tanda tangan.

"Dewasa ini lebih ramai pemuzik sedang memikirkan cara bagaimana mereka boleh mencari punca pendapatan daripada karya mereka. Dengan Global Rockstar, kami percaya kami telah menemui cara yang revolusioner serta sangat berharapan tinggi bagi menjana pendapatan. Para artis mendapat perhatian daripada peminat seluruh dunia, serta daripada pakar dalam industri, stesen radio dan juga penaja berpotensi. Pengiktirafan global ini meningkatkan lagi peluang kejayaan mereka daripada segi pembiayaan orang ramai," nyata Ronny Steibl, Ketua Pegawai Pemasaran dan pengasas bersama Global Rockstar.

Prosedur pertandingan Global Rockstar 2014

Proses berbilang peringkat akan diadakan bagi memilih pemenang Global Rockstar 2014. Pusingan kelayakan kebangsaan akan bermula pada 1 September dan berlangsung sehingga 4 November 2014 – selepas itu pemenang dari setiap negara akan dipilih. Para pemenang kebangsaan akan diumumkan sebagai sebahagian daripada persembahan secara langsung pada 4 November di ORF Radiokulturhaus di Vienna, yang akan disiarkan seluruh dunia melalui siar web. Mulai 6 November ke 1 Disember 2014, para peminat seluruh dunia boleh mengundi untuk pemenang kebangsaan bagi memilih 64 bakat paling popular. Kemudian, antara 2 hingga 14 Disember, 16 bakat teratas akan dipilih daripada senarai ini. Mulai 15 Disember, para peminat boleh mengundi untuk Global Rockstar mereka daripada 16 artis dalam senarai akhir tersebut. Pemenangnya akan diumumkan pada 20 Disember. Sepanjang pertandingan itu, kemas kini serta maklumat latar belakang akan disediakan melalui Pertunjukan Web Global Rockstar, siri video 20 bahagian yang akan dirakam di Vienna dan akan memaparkan para pemuzik yang hebat-hebat belaka.

Ringkasan tarikh penting:

1 September: Pusingan kelayakan negara dibuka

4 November: Pemenang setiap negara diumumkan (pertunjukan langsung dengan siar web serentak)

6 November: Pentas global bermula

1 Disember: 64 bakat terbaik dunia diumumkan

14 Disember: 16 bakat terbaik dunia diumumkan

20 Disember: Pemenang Global Rockstar 2014 diumumkan

Muat turun foto akhbar: www.globalrockstar.com/press

Latar belakang Global Rockstar

Global Rockstar (www.globalrockstar.com) ialah platform muzik antarabangsa yang beribu pejabat di Austria. Global Rockstar mengendalikan pertandingan muzik dalam talian terbesar di dunia, dengan ribuan peserta dari lebih 120 negara dan menawarkan hadiah utama sejumlah USD 25,000 untuk pemenangnya. Ini menjadikan Global Rockstar platform yang terbesar untuk bakat yang belum ditemui serta penyedia kandungan antarabangsa untuk stesen radio. Global Rockstar juga menyokong semua artis yang mengambil bahagian dengan menggunakan model pembiayaan orang ramai yang baru dibangunkan: bagi sumbangan serendah lebih 1 Euro sahaja, para peminat boleh mendapat "ROCK'N VOTES" – 50 peratus daripada keuntungan bersih ini akan diberikan terus kepada artis yang terpilih. Global Rockstar ditubuhkan pada tahun 2011 oleh komposer, penulis lirik, pemain gitar ("Papermoon") serta penerbit Christof Straub bersama profesional pemasaran Ronny Steibl.

Hubungi:
Pejabat Media Global Rockstar
Stefan A. Sengl, Florian M. Haas
E: press@globalrockstar.com 
T: +43 (0)1 505 26 25

Source: Global Rockstar GmbH
Keywords: Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Music New products/services