omniture

Jenama Minyak Oud Tulen Fragrance du Bois berkembang ke Timur Tengah

Wangian Fragrance Du Bois memikat kalbu dan menjadi bualan hangat dalam dunia wangian mewah di Timur Tengah.
Fragrance Du Bois
2014-09-12 11:05 752

SINGAPURA, 12 September 2014 /PRNewswire/ -- Sebagai satu-satunya jenama wangian di dunia yang menjamin penggunaan minyak Oud daripada sumber mampan sahaja – daripada kawasan kebunnya sendiri – ciptaan Du Bois sedang menggemparkan dunia penggemar wangian bercita rasa tinggi. Hasil tangan daripada segelintir pencipta wangian yang terkemuka dan paling inovatif di dunia, wangian Du Bois sangat eksotik, kompleks, padat dengan sari unsur serta luar biasa.

Fragrance Du Bois boutiques located at the Fullerton Hotel, Singapore and the Starhill Gallery, Kuala Lumpur, Malaysia
Fragrance Du Bois boutiques located at the Fullerton Hotel, Singapore and the Starhill Gallery, Kuala Lumpur, Malaysia

 

Oud Intense Range from Fragrance Du Bois
Oud Intense Range from Fragrance Du Bois

Pembukaan

Beberapa wangiannya dirumuskan di kilang wangian Fragrance Du Bois sendiri – yang terletak di kaki bukit Grasse, Cote d'Azur, Perancis – menyediakan rangkaian wangian mengagumkan yang mengasyikkan untuk butiknya yang baru dibuka di Hotel Fullerton yang ikonik di Singapura, dan pusat beli-belah mewah Starhill Gallery yang terletak di Kuala Lumpur. Rasa ingin tahu dan ketakjuban terhadapnya telah mencetuskan rasa minat yang tidak dapat dibendung terhadap jenama yang telah berjaya mengumpul peminat setia seluruh dunia dalam masa yang sangat singkat.

Memenangi Anugerah

Walaupun ia boleh dikatakan masih baharu dalam pasaran, Fragrance Du Bois sudah pun menerima banyak penghargaan, selepas salah satu daripada wangiannya – dicipta oleh Pakar Wangian generasi kelima Francois Merle-Baudoin – telah berjaya disenarai pendek dalam kalangan 10 wangian baharu terbaik di dunia semasa acara Anugerah Seni dan Olfaktori di Los Angeles, A.S. Para pelanggan merentasi Teluk Arab dan di kawasan dunia lain sudah pun terdiri daripada golongan kerabat diraja, selebriti berprofil tinggi dan juga VVIP.

Butik

"Setelah melihat minat yang kami terima daripada para pelanggan dan peruncit dari seluruh Timur Tengah," kata Pengarah Jenama dan jurucakap Paris Chloé Kurzmann, "kami telah membuat keputusan untuk bertumpu pada pembukaan butik dan cawangan kedai runcit dengan peruncit serta cawangan kedai barangan mewah yang sepadan dengan para pelanggan kami."

Beliau berkata lagi, "Anda tidak akan lihat jenama kami dijual di butik mewah sebagai jenama pasaran besar-besaran. Semua ciptaan kami adalah hasil buatan tangan, menggunakan minyak Oud organik dan tulen sepenuhnya, dengan beberapa vintaj pilihan; semuanya dibekalkan dari kebun yang diuruskan oleh Asia Plantation Capital. Orang ramai tidak boleh sekadar mengunjungi butik kami untuk mendapatkan minyak wangi kami. Mereka akan hadir agar setiap deria mereka akan menikmati pengalaman olfaktori tersendiri yang akan membantu memadankan wangian berasaskan Oud mereka dengan perwatakan mereka yang tersendiri. Tambahan lagi, pakar minyak wangi kami atau 'Penghidu', boleh bekerjasama dengan pelanggan bagi menghasilkan wangian tersendiri yang dicipta dengan tangan, khas untuk mereka sahaja. Malahan apabila pelanggan mahu memilih kotak dan pembungkusan untuk minyak wangi mereka, pelanggan kami boleh memilih daripada beberapa kotak bungkusan yang direka khas oleh tukang seni kami serta dalam pilihan beberapa kemasan mewah seperti baldu hinggalah kulit asli yang paling bermutu tinggi."

Permintaan

Laporan terkini menyarankan pasaran tahunan untuk wangian Oud di Timur Tengah sahaja adalah 6.1 bilion Riyal Saudi. Du Bois, dengan rangkaian wangian buatan khas berkualiti tinggi yang tersendiri dan tiada tandingannya, ingin menawarkan produknya merentasi Timur Tengah, dengan pembukaan di Arab Saudi, Dubai, Abu Dhabi, Bahrain serta Doha sudah pun dalam perancangan.

Salah satu pakar terkemuka yang paling dihormati bagi wangian mewah, Roja Dove, baru-baru ini telah menerbitkan filem pendek tentang nilai Oud dan kepentingannya dalam dunia wangian anggun – dengan tumpuan khusus terhadap kedudukannya dalam budaya Timur Tengah. Rangkaian wangian mewah Roja Dove sendiri turut mempunyai beberapa wangian harum yang berasaskan minyak Oud, dan beliau begitu unggul dalam bidang ini sehingga beliau telah diberi kepercayaan untuk mengurus kilang penapisan minyak wangi di Tingkat Kelima di Harrods, London – salah satu emporium wangian mewah paling berprestij di dunia, yang sering dikunjungi ramai tokoh elit kawasan Teluk apabila melawat United Kingdom.

Kemampanan

Pengarah Pembangunan Perniagaan untuk Asia Plantation Capital Gary Crates berkata, "Permintaan untuk minyak Oud dan cip kayu kami di Timur Tengah dan Asia telah meningkat secara eksponen dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan ini sebahagian besarnya adalah disebabkan jenama global seperti Tom Ford – serta pakar yang dihormati seperti Roja Dove – mula memahami kepentingan bahan yang mistik dan mewah ini. Ini membawa kepada penghargaan yang lebih meluas terhadap nilainya, dan betapa pentingnya bekalan yang tekal dan mampan untuk minyak Oud tulen sepenuhnya, yang kami boleh bekalkan."

Beliau turut berkata, "Pasaran untuk Oud dan produknya telah bertumbuh secara tekal sejak catatan rekod bermula pada tahun 1880, ketika nilainya naik sebanyak 4 peratus setiap tahun sewaktu itu, dan sebanyak 15 peratus setahun dalam masa dua dekad lepas. Ini adalah menurut CITES dan Traffic Reports, dan kami percaya pertumbuhan ini akan terus meningkat, saban tahun. Lebih membanggakan lagi," simpul Crates, "kami mendapat sokongan daripada pencinta alam sekitar dan organisasi mesra alam terkemuka seperti Putera Albert daripada Yayasan Monaco, yang telah memainkan peranan besar dalam meningkatkan dan turut memperluas kesedaran pengguna."

Semangat

Sudah jelas betapa minyak Oud dan wangian yang dihasilkan daripada bahan semula jadi unggul ini akan terus dinikmati oleh generasi akan datang, sebahagian besarnya hasil daripada syarikat yang bertanggungjawab dan berhemah seperti Asia Plantation Capital, serta jenama wangian yang bertanggungjawab daripada segi sosial dan alam sekitar seperti Fragrance Du Bois. Dengan penyelidikan, inovasi serta dedikasi berterusan para pencipta wangian dan ilmuwan seperti Roja Dove, momentum sedang dibina dalam usaha untuk menjadikan pengguna dan dunia sedar akan kewujudan dan berpeluang untuk menikmati produk yang amat mengasyikkan ini.

Nota kepada Editor:

Latar belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois ialah syarikat wangian mewah bidang khusus yang bekerjasama rapat dengan kebun penanaman mampan di Asia, membawakan wangian berasaskan minyak Oud organik sepenuhnya yang baharu dan menguja kepada pasaran eksklusif seluruh dunia. Mendapatkan sumber secara mampan daripada bahan mentah paling berkualiti tinggi di serata dunia, bekerjasama dengan pakar wangian Perancis bagi mencipta rangkaian penuh produk, dan turut menyediakan perkhidmatan wangian buatan khas, Fragrance Du Bois ialah kemewahan peribadi yang berhemah tinggi. Dengan kedai wangian eksklusif seluruh dunia, di Dubai, Hong Kong, Thailand, Malaysia serta Singapura, Fragrance Du Bois menghasilkan hanya pengalaman paling berkualiti tinggi daripada segi minyak wangi buatan khas.

Fragrance Du Bois dikenali sebagai Parfums Du Bois di Perancis manakala dalam pasaran bukan berbahasa Perancis pula, dikenali sebagai Fragrance Du Bois.

Fragrance Du Bois, Hotel Fullerton #01-07, 1 Fullerton Square, 049178 Singapura
Tel: + 65 653 657 71 | E-mel: pr@fragrancedubois.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140911/8521405190-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140911/8521405190-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services