omniture

Pengeluar Pencetakan 3D Tiertime Umumkan Pelancaran Global Pencetak 3D Atas Meja UP BOX

Tiertime
2014-09-18 21:29 185

-- UP BOX Dipilih sebagai Pilihan Terbaik untuk Pengguna Profesional

BEIJING, 18 September 2014 /PRNewswire/ -- Beijing Tiertime Technology Co. Ltd. (Tiertime) telah mengumumkan hari ini pelancaran global pencetak 3D atas meja baharunya, UP BOX. Dengan menyasarkan para pengguna profesional dan pendidik, UP BOX memperkenalkan model pemecah kebiasaan yang ketiga dalam Siri UP pencetak 3D atas meja yang memenangi anugerah.

UP BOX
UP BOX

UP BOX meneruskan prestasi mantap UP Plus 2 dan nilai prestasi/harga UP mini yang menerajui industri, dengan menambahkan ciri yang kebanyakan pengguna telah nantikan selama ini. Volum Binaan Lebih Besar, 255x205x205mm, atau 10x8x8inci (WxHxD) di samping meningkatkan resolusi cetakan kepada 0.1mm yang amat halus dan turut mempercepat kelajuan pencetakan sehingga 30 peratus lebih pantas daripada UP Plus 2.

Di samping resolusi cetakan lebih halus dan kecekapan pencetakan, UP BOX berbangga dengan tiga ciri "Baharu" yang inovatif:

  • Platform automatik sepenuhnya ditetapkan dengan kalibrasi automatik tanpa memerlukan campur tangan manusia, menyediakan pengalaman pencetakan 3D yang lancar
  • Disertakan dengan Sistem Penapisan Udara yang memastikan persekitaran anda terpelihara dengan meminimumkan hingar operasi dan menyimpan wasap yang terhasil daripada proses pencetakan
  • LED berfungsi Nadi-Cahaya, pencahayaan suasana yang menghidupkan UP BOX anda dengan memaparkan status cetakan berterusan

Ciri "Baharu" UP disepadukan sepenuhnya dengan standard terbukti UP seperti Perisian UP dengan Sokongan Pintar, Platform Binaan Dipanaskan Sepenuhnya untuk pencetakan ABS yang konsisten dan bebas meleding serta Perkhidmatan dan Waranti Terhad UP selama 1-Tahun yang menerajui industri.

"Matlamat kami adalah untuk menjadi penyedia paling andal bagi penyelesaian dan teknologi 3D kepada para pelanggan kami di seluruh dunia," kata Pengurus Besar Tiertime, Encik Guo Ge, "UP BOX ialah bukti kami memenuhi keperluan pengguna profesional dan menunjukkan kepimpinan berterusan Tiertime dalam teknologi 3D."

Sokongan Pintar ialah algoritma proprietari, generasi struktur sokongan automatik yang menghasilkan secara automatik struktur sokongan boleh tanggal dan mudah ketika proses pencetakan. Ini memastikan output bebas droop dengan membolehkan reka bentuk yang sukar dan kompleks dicetak dengan mudah. Di samping itu, perisian UP mempunyai ciri antara muka mesra pengguna dan fungsi pencetakan komprehensif yang akan mudah untuk dikendalikan oleh pengguna baharu dan peminat siri UP.

UP BOX berharga $1899 dalam pasaran AS sebagai harga rujukan pada peringkat global, dan boleh didapati untuk pembelian di seluruh dunia pada November 2014 melalui rakan kongsi pengedaran peringkat global Tiertime serta peruncit utama seperti Amazon.com.

Latar Belakang Tiertime

Beijing Tiertime Technology Co., Ltd. (Tiertime) ialah peneraju industri teknologi 3D dan dengan bangganya menjadi penyedia penyelesaian pencetakan 3D terbesar Asia dalam pasaran pencetakan 3D global. Tiertime mereka bentuk dan mengeluarkan siri prototaip pantas berskala industri, Inspire, dan juga Rangkaian Pencetak 3D Atas Meja UP yang memenangi anugerah. Tiertime beribu pejabat di Beijing, China dan mempunyai beberapa divisyen A.S. di California dan New York.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140918/0861406655

Source: Tiertime
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories New products/services