omniture

Aplikasi InList Ciptaan Michael Capponi dan Gideon Kimbrell Menjemput Selebriti dan Tokoh Terkemuka bagi Melancarkan Acara

InList
2014-09-19 07:07 101

MIAMI, 19 September 2014 /PRNewswire/ -- Ikon hiburan malam Michael Capponi dan pakar perisian Gideon Kimbrell telah mengumumkan pengeluaran besar-besaran yang telah dirancang bagi aplikasi mudah alih revolusioner mereka InList pada petang Selasa di atas bumbung Dream Downtown di New York bersama Katie Holmes, Rohan Marley serta Pengasas Majalah DuJour, Jason Binn.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140918/146937

InList ialah aplikasi mudah alih hanya untuk ahli semata-mata yang membolehkan para pengguna membuat tempahan yang diinginkan bagi senarai terpilih pesta muzik dan tempat hiburan malam mewah di serata dunia. Aplikasi ini kini menyediakan cadangan untuk lebih 100 tempat eksklusif di 22 ibu kota hiburan malam termasuklah New York, Miami, Las Vegas, Los Angeles, London, Paris, Moscow, Ibiza, Dubai, Milan serta Sao Paolo.

Michael Capponi, penganjur hiburan malam yang terhubung hebat dianggap sebagai salah seorang perintis asal South Beach, mengajak rangkaian global pemilik kelab dan pengusaha bagi melancarkan InList dan platform proprietarinya telah dibangunkan oleh usahawan siri dan jurutera perisian Gideon Kimbrell.

Capponi melihat InList sebagai konsep yang lama tertangguh. "Inilah masa depan hiburan malam. Dalam pasaran global disertai dengan beberapa peranti mudah alih yang amat canggih, platform seperti kami ialah langkah logik seterusnya untuk industri hiburan malam, hiburan serta acara," kata beliau.

Acara tersebut, dianjurkan bersama oleh majalah DuJour, menarik sekumpulan tokoh terkemuka bagi hiburan, hospitaliti, fesyen dan juga hartanah yang arif serta sering mengembara.

Para tetamu terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Cablevision Jim Dolan, Ketua Pegawai Eksekutif Furla USA Jim Mullaney, Keith George daripada Gilt, pengasas Dream Hotels Vikram Chatwal, ketua bersama bagi bakat di ICM Partners Adam Schweitzer, Gena Smith daripada LVMH, wartawan NBC Brian Steel, ketua pengarang DuJour Media Nicole Vecchiarelli, Jane dan Richie Notar daripada Notar Hospitality, Shawn Modell daripada Modell Sports, Tatiana Brunetti daripada Mari Vanna, Shauna Brook daripada Zegna, Cristiano Mancini daripada Roberto Cavalli, Veronica Pankratova daripada Max Mara, Camille Douglas daripada LeFrak, pengasas A Small World Erik Wachtmeister, Natasha Vardi daripada Moinian Group, dan juga Eric Sheiffer daripada Maserati.

Aplikasi InList boleh didapati untuk iPhone dan Android serta akan terus diperluas untuk melibatkan satu lagi set ibu kota hiburan malam antarabangsa. Terdapat juga rancangan untuk memperkenalkan platform web bagi tempahan secara dalam talian di bawah arahan Kimbrell, sebelum ini merupakan jurutera perisian untuk pelbagai Syarikat Fortune 100 termasuklah Johnson & Johnson dan Barnes & Noble, yang melaluinya beliau telah membangunkan sistem kejuruteraan yang digunakan oleh berjuta-juta individu di seluruh dunia.

www.inlist.com/app
www.inlist.com

Source: InList
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services