omniture

Kemampuan Perumahan di Asia Tenggara

IQPC Worldwide
2014-09-19 11:02 83

SINGAPURA, 19 September 2014 /PRNewswire/ -- Dalam keadaan peningkatan populasi di negara ekonomi membangun di Asia Tenggara – terutamanya Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina antara lainnya, ketersediaan perumahan berkualiti kepada orang ramai kekal sebagai cabaran besar untuk kerajaan masing-masing.

Kebanyakan pemaju terkemuka di negara ekonomi membangun di Asia Tenggara menyedari potensi terpendam pembinaan perumahan besar-besaran. Walau bagaimanapun, membina perumahan mampu milik yang menguntungkan dengan menggunakan teknologi pembinaan berkos rendah serta mendapatkan akses kepada struktur kewangan yang lebih mudah masih kekal sebagai cabaran utama untuk para pemaju.

Oleh yang demikian, IQPC melancarkan forum Affordable Housing Asia 2014 bermula pada 3 - 5 Disember 2014 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Ekoran daripada beberapa kejayaan hebat acara perumahan mampu milik di Timur Tengah dan Afrika Selatan sejak beberapa tahun lalu, persidangan tersebut telah dirancang dengan teliti bagi membantu para pemaju, arkitek serta pereka untuk mengemudi landskap perumahan besar-besaran di Asia Tenggara yang kian berubah bagi membina projek perumahan mampu milik yang berdaya maju daripada segi komersil.

Dengar daripada golongan pakar dari seluruh Asia tentang bagaimana untuk menangani pelbagai cabaran berkaitan dengan seni bina, reka bentuk, pengurusan projek, kewangan antara isu penting yang lain. Melalui bengkel tertentu tentang teknologi pembinaan seperti Precast, Formwork dan sistem dinding Ricih, para peserta boleh mendapatkan maklumat terkini tentang inovasi terkini dan mengukur rujuk amalan mereka dengan amalan terbaik serantau.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menjalin hubungan dengan golongan pakar antarabangsa dan serantau, membina hubungan baharu dan melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kemahiran untuk memacu projek perumahan mampu milik bagi mencapai kejayaan komersil.

Acara:

Affordable Housing Asia 2014

Tarikh:

3 - 5 Disember 2014

Tempat:

Grand Millennium Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

Laman Web:

http://bit.ly/1uSQL2B

Hubungi:

enquiry@iqpc.com.sg atau +65-6722-9388

Nota kepada Editor

Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi:

Laurann de Verteuil
Pengurus Pemasaran
IQPC Singapura
Laurann.deverteuil@iqpc.com.sg
Tel: +65-6722-9459

Source: IQPC Worldwide
Related Links:
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Trade show news