omniture

Projek Myanmar APR Energy Diiktiraf Sebagai Loji Kuasa Pantas Terbaik Tahunan oleh Anugerah Kuasa Asia

APR Energy
2014-09-20 08:05 115

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 September 2014 /PRNewswire/ -- APR Energy dengan sukacitanya mengumumkan loji kuasa 100 megawatt milik syarikat itu di Kyaukse, Myanmar telah diiktiraf sebagai Loji Kuasa Pantas Terbaik Tahunan bagi Anugerah Kuasa Asia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 September 2014.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140917/146867
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120207/FL48583LOGO

Anugerah Kuasa Asia mengiktiraf amalan 'terbaik dalam kalangan yang terbaik" bagi industri penjanaan kuasa dan bekalan kuasa di Asia, serta mengenal pasti projek, teknologi, perkhidmatan dan individu yang mempertingkat sektor kuasa secara signifikan di Asia.

Loji 100 megawatt milik APR Energy di Kyaukse adalah salah satu daripada loji kuasa haba terbesar di negara tersebut, membolehkan pembekalan tenaga elektrik dan kuasa kepada lebih enam juta penduduk. Kontrak bagi loji tersebut, yang telah ditandatangani pada Februari 2014, adalah perjanjian pertama antara syarikat yang berpusat di A.S. dengan kerajaan Myanmar bagi penjanaan kuasa sejak pemansuhan sekatan.

APR Energy telah diberikan kontrak tersebut kerana kemampuannya menyediakan bekalan dalam kerangka masa yang mencabar dan kecekapan teknologi penjanaan kuasanya. Dikuasakan oleh sumber gas asli peribumi Myanmar, loji itu mempunyai modul kuasa gas mudah alih pembebasan gas rendah Cat® generasi terkini dan menawarkan salah satu daripada penyelesaian penjanaan kuasa paling bersih di Myanmar.

Clive Turton, Pengarah Urusan Asia Pasifik APR Energy, menerima anugerah tersebut bagi pihak APR Energy. "Kami gembira projek kami di Kyaukse diiktiraf sebagai projek kuasa pantas terbaik di rantau ini. Myanmar adalah ekonomi yang berkembang pesat dan negara ini memerlukan kuasa andal bagi memenuhi potensinya yang luas. Loji kami di Kyaukse adalah satu langkah penting ke arah mewujudkan kemampuan penjanaan kuasa andal yang mencukupi di Myanmar, dan kami berharap dapat terus memainkan peranan untuk membantu Myanmar membekalkan kuasa secara cekap dan andal kepada rakyat dan industrinya."

Pencalonan anugerah tersebut telah diadili oleh John Yeap, Rakan Kongsi, Ketua Bahagian Tenaga – Asia di Pinsent Masons; John Goss, Pengarah Urusan Ceejay International Ltd; dan juga Andrew Bedford, Pemimpin Fungsi Global KBC Advanced Technology Pte Ltd.

Tentang APR Energy

APR Energy merupakan perniagaan kuasa turbin mudah alih pantas yang terkemuka di dunia. Kami menyediakan kuasa berskala luas dan pantas, menyediakan capaian cepat kepada kuasa elektrik andal pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja yang diperlukan oleh pelanggan kami. APR menggabungkan teknologicanggih dan cekap bahan api berserta kepakaran teknologi terunggul bagi menyediakan loji kuasa sedia guna yang dapat digunakan dengan pantas, boleh suai, dan boleh skala. Berkhidmat untuk segmen kemudahan dan perindustrian, APR Energy menyediakan penyelesaian penjanaan kuasa untuk para pelanggan dan masyarakat di seluruh dunia, dengan penekanan diberikan kepada Afrika, negara-negara benua Amerika, Asia Pasifik, dan juga Timur Tengah. Untuk maklumat tambahan, sila layari laman web syarikat di www.aprenergy.com.

Source: APR Energy
Related Links:
Keywords: Electrical Utilities Utilities Awards