omniture

"AIR CHINA SAYANG CHINA"

- Kapal terbang dengan skema warna baharu telah tiba di Beijing; 29 September menandakan hari penerbangan sulungnya
Air China
2014-09-29 23:19 483

BEIJING, 29 September 2014 /PRNewswire/ -- Kapal terbang Air China yang menampilkan skema warna "AIR CHINA SAYANG CHINA" telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing pada 28 September waktu Beijing, dan 29 September menandakan hari penerbangan sulungnya CA1501 BeijingShanghai. Selepas itu, ia akan beroperasi pada laluan Beijing-Shanghai/Guangzhou.

Air China’s aircraft which sports the “AIR CHINA LOVES CHINA” color scheme arrived at Beijing Capital International Airport on September 28, Beijing time, and September 29 marks the day of its maiden flight CA1501 Beijing – Shanghai. After that, it will be operated on routes Beijing-Shanghai/Guangzhou.
Air China’s aircraft which sports the “AIR CHINA LOVES CHINA” color scheme arrived at Beijing Capital International Airport on September 28, Beijing time, and September 29 marks the day of its maiden flight CA1501 Beijing – Shanghai. After that, it will be operated on routes Beijing-Shanghai/Guangzhou.
Air China’s aircraft which sports the “AIR CHINA LOVES CHINA” color scheme arrived at Beijing Capital International Airport on September 28, Beijing time, and September 29 marks the day of its maiden flight CA1501 Beijing – Shanghai. After that, it will be operated on routes Beijing-Shanghai/Guangzhou.
Air China’s aircraft which sports the “AIR CHINA LOVES CHINA” color scheme arrived at Beijing Capital International Airport on September 28, Beijing time, and September 29 marks the day of its maiden flight CA1501 Beijing – Shanghai. After that, it will be operated on routes Beijing-Shanghai/Guangzhou.
AIR CHINA LOVES CHINA
AIR CHINA LOVES CHINA

Warna latar belakang karya seni baharu ialah putih. Ekor kapal terbang itu memampangkan rekaan "AIR CHINA SAYANG CHINA", yang memberi penghormatan kepada bendera kebangsaan merah yang dicat di muncungnya. Fuselaj dihiasi corak sutera merah, unsur budaya China, yang melambangkan ikatan antara Air China dan China dan mengetengahkan keraian besar-besaran Hari Kebangsaan China. Huruf "C" dalam perkataan "CHINA" direka dalam cara penuh seni yang seakan merangkul aksara "sayang", yang menyampaikan mesej penting kepada orang ramai berketurunan Cina di seluruh dunia yang Air China menyayangi China.

Menurut seorang eksekutif Air China, entiti terdahulu Air China adalah Pentadbiran Penerbangan Sivil China Cawangan Beijing yang ditubuhkan pada 1 Januari 1955. Perkembangan Air China dalam tempoh hampir 60 tahun lalu merupakan mikrokosma kesejahteraan negara itu yang semakin mekar. Syarikat penerbangan itu telah memasuki arena antarabangsa dan telah berada sebaris dengan syarikat penerbangan terbaik lain. Oleh itu, skema warna baharu yang ditayangkan oleh kapal terbang itu bertujuan untuk menyampaikan ucapan tahniah Air China kepada ibu pertiwi. Untuk menghasilkan suasana kemeriahan, sewaktu Hari Kebangsaan nanti Air China akan meletakkan papan iklan luar dan menggunakan pelekat bagasi, pas masuk, dan pelekat kenderaan yang mempunyai rekaan "AIR CHINA SAYANG CHINA" bagi menandakan ulang tahun ke-65 penubuhan republik itu.

Sejak pesawat Boeing 777-300ER pertama dalam industri penerbangan China dimulakan perkkhidmatannya oleh Air China pada bulan Julai 2011, pesawat jenis itu telah menjadi popular dalam kalangan pengembara. Hari ini Boeing 777-300ER telah menjadi jenis pesawat pilihan utama untuk laluan antarabangsa utama Air China ke bandar Eropah dan Amerika seperti Los Angeles, New York, San Francisco, Washington, Houston, Vancouver, Frankfurt dan Paris serta laluan domestik terkenal dari Beijing ke Shanghai, Chengdu dan Guangzhou. Daripada semua jet enjin berkembar jarak jauh, kapal terbang badan lebar Boeing 777-300ER mempunyai banyak kelebihan daripada segi jarak dan muatan penumpang. Ia lebih cekap bahan api dan lebih senyap, sejajar dengan konsep penerbangan hijau yang disokong di seluruh dunia. Air China komited sejak sekian lama untuk menyediakan ruang penerbangan yang lebih baik dan pengalaman penerbangan yang hebat bagi para penumpang. Dalam pesawat Boeing 777-300ER Air China, tempat duduk Kelas Pertama yang ultra besar boleh memuatkan 2 orang yang sedang makan pada masa yang sama; tempat duduk Kelas Perniagaan boleh menjadi katil yang boleh diturunkan sepenuhnya; tempat duduk Kelas Ekonomi direka berdasarkan prinsip ergonomik. Penumpang Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan boleh mempunyai akses eksklusif ke Bar Pusat. Semua kelas perkhidmatan dilengkapi dengan sistem hiburan persendirian, punca kuasa, dan tandas tanpa penghalang. Sistem pencahayaan boleh menyerupai saat yang diingini dalam sehari dari matahari terbit hingga matahari terbenam. Boeing 777-300ER telah menjadi pilihan untuk pengembara perniagaan, dan memainkan peranan yang penting dalam membantu Air China memperluaskan kehadirannya dalam pasaran antarabangsa.

Menurut pakar industri, syarikat penerbangan China sedang memperbaharui rangkaian kapal terbang jarak jauh mereka. Dengan teknologi dan kemudahan canggih mereka, kapal terbang badan lebar seperti Boeing 777-300ER dan Boeing 747-8 akan menjadi jenis pesawat utama yang akan membantu syarikat penerbangan China menembusi pasaran jarak jauh antarabangsa. Dalam tahun kebelakangan ini, Air China telah menyaksikan bilangan kapal terbang badan lebar yang dihantar kepadanya serta bilangan laluan jarak jauh antarabangsanya meningkat dengan pantas, jauh mengatasi persaingan. Menjelang bulan Jun 2014, Air China mempunyai rangkaian 512 kapal terbang daripada keluarga Boeing dan Airbus (termasuk yang dikendalikan oleh syarikat yang memegang pelaburan oleh Air China). Semua pesawat ini berusia 6.22 tahun secara purata. Air China mempunyai rangkaian kapal terbang paling muda di China dan struktur rangkaian pesawat yang munasabah dengan kapal terbang jarak jauh dan jarak sederhana. Penambahan kapal terbang baharu akan membantu meluaskan lagi rangkaian laluan Air China.

Dalam bulan Oktober ini, dilaporkan kapal terbang badan lebar antara benua Boeing 747-8 yang baru diserahkan kepada Air China akan dimulakan perkhidmatan. Dijangka menjelang hujung Pelan Lima Tahun ke-12, rangkaian kapal terbang Air China (termasuk kapal terbang syarikat yang memegang pelaburan oleh Air China) akan mencecah kira-kira 665 kapal terbang. Pada masa hadapan, Air China akan terus memperkenalkan kapal terbang badan lebar yang sangat cekap dan berprestasi baik seperti Boeing 787-9 dan Airbus 350. Menjelang akhir tahun 2015, Air China akan menerima 7 kapal terbang Boeing 747-8, menawarkan penumpang pengalaman pengembaraan yang indah. Kini, Air China telah menjadi syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Ia mengendalikan 323 laluan penumpang, berkhidmat untuk 162 bandar dalam 32 negara (rantau). Bergantung pada rangkaian laluan Star Alliance, Air China boleh menerbangkan penumpang ke 1328 destinasi dalam 195 negara.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140928/0861407052-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140928/0861407052-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140928/0861407052-c
Logo - http://www.prnasia.com/sa/2008/12/26/200812261146.jpg  

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel