omniture

Pameran Automobil Macau ke-4 Raih Tempatnya di Pentas Antarabangsa

China National Automotive Industry International Corporation
2014-10-02 03:11 168

MACAU, 2 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Setelah mengambil masa selama tiga tahun untuk membuktikan kehebatannya, Ekspo Automobil Antarabangsa China (Macau) ke-4 ("Pameran Automobil Macau ke-4") berjaya menarik perhatian antarabangsa dengan menjadi platform untuk kenderaan yang direka dan dihasilkan di China oleh pembuat kereta tempatan negara ini meneroka pasaran global.

BMW Product Launch Press Conference at the 2013 Macau Auto Show.
BMW Product Launch Press Conference at the 2013 Macau Auto Show.

Pameran tersebut akan dianjurkan bersama oleh Perbadanan Industri Jentera Kebangsaan China, Nam Kwong (Group) Company Limited dan juga Persatuan Pameran & Konvensyen Macau, serta dianjurkan oleh Perbadanan Antarabangsa Industri Automotif Kebangsaan China dan Pusat Pameran & Konvensyen Nam Kwong. Acara tersebut akan diadakan di Ekspo Cotai di The Venetian Macao bermula pada 7 hingga 9 November 2014.

Macau telah pun memantapkan kedudukannya sebagai hubungan penting antara tanah besar China dan dunia, sebagai hab santai dan pelancongan yang diiktiraf pada peringkat global dan juga platform perkhidmatan untuk perdagangan China dengan beberapa negara berbahasa Portugis. Wilayah tersebut, dengan hasil sebanyak kira-kira US$44 bilion daripada lebih 29 juta pengunjung tahunan antarabangsa, menempatkan sejumlah hotel yang terkenal pada peringkat antarabangsa. Pendapatan perjudian Macau adalah 600 peratus lebih tinggi berbanding Las Vegas tahun lalu. Pertumbuhan yang pantas bagi kawasan tersebut bakal menjadikannya pusat rekreasi dan santai sebenar bertaraf tinggi pada peringkat global.

Melalui lokasi strategik Macau yang terletak di pintu masuk tanah besar China, Pameran Automobil Macau telah membuktikan capaian antarabangsanya dengan membawakan bersama lebih 60 jenama automobil utama dari 15 negara dan rantau dari serata dunia berserta beberapa jenama automobil proprietari China, termasuklah Dongfeng Motor, GAC Motor, Beiqi, Chang'an Automobile, SAIC Motor, JAC, China North Industries Group, Great Wall Motors, Zhengzhou Yutong Bus serta Shenzhen Wuzhoulong Motors. Di samping itu, Perikatan Industri Kenderaan Elektrik Perusahaan China Milik Kerajaan, bersama lapan pembuat kenderaan tenaga baharu milik kerajaan yang terkemuka di negara ini, termasuk FAW dan Potevio, akan turut terlibat dalam ekspo tahun ini. Jenama mewah dan import yang akan mengadakan pameran di acara tersebut ialah Bugatti, Pagani, Lamborghini, Bentley, Mercedes Benz, Land Rover, Jaguar, Volkswagen, Audi, Volvo, Lexus, BMW, Nissan, Noble, Mitsuoka, Lorinser dan juga Tesla. Beberapa acara yang berlangsung serentak dengan pameran tersebut termasuklah hampir 20 sidang kemuncak dan acara yang bertaraf tinggi. Acara tersebut, dengan ruang dewan pameran seluas lebih 62,000 meter persegi, dijangka akan menarik lebih 165,000 pengunjung, menjadikannya pameran profesional terbesar, berprofil tinggi dan paling banyak dikunjungi di Macau setakat ini serta mewujudkan pencapaian baharu dalam sektor pameran di rantau ini.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141001/0861407113   

SUMBER: China National Automotive Industry International Corporation  

Source: China National Automotive Industry International Corporation
Keywords: Auto Transportation Trade show news