omniture

Syarikat Pengangkutan Awam Jerman Terima Pakai Storan Tentuan Perisian IBM untuk Mengurus Data Besar

IBM
2014-10-22 08:09 252

-- Stuttgarter Strassenbahnen meningkatkan prestasi SAP dan tempoh tindak balas pelanggan dengan Awan IBM dikuasakan oleh penyelesaian infrastruktur Storan Tentuan Perisian, Kilat serta Power Systems

ARMONK, New York, 22 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- IBM (NYSE: IBM) hari ini mengumumkan Stuttgarter Strassenbahnen AG (SSB), syarikat pengangkutan awam Jerman terkemuka beralih kepada Awan IBM, Storan Tentuan Perisian dan juga Kilat (Flash) untuk meningkatkan prestasi aplikasi perniagaan dan tempoh tindak balas pelanggan.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20090416/IBMLOGO

SSB, organisasi pengangkutan awam utama di Bandar Stuttgart, mengendalikan rangkaian meluas yang terdiri daripada aliran ringan dan bas, untuk menyediakan perkhidmatan kepada lebih 171 juta penumpang setiap tahun. Kawasan metropolitan yang lebih luas di bandar itu telah berkembang kepada 5.3 juta, lalu menyebabkan jumlah data SSB meningkat sebanyak 10 peratus setiap tahun. Hasilnya, capaian kepada data korporat menjadi perlahan, prestasi aplikasi SAP yang meluas juga berkurang dan kemampuan syarikat itu untuk memenuhi perjanjian aras khidmat serta mengekalkan perkhidmatan pelanggan dalam talian yang mantap, pula menyusut.

"Cabaran data kami memberi kesan kepada perniagaan kami," kata Roland Wagner, Ketua Pasukan untuk Teknologi Sistem di SSB. "Jelas sekali isu IT kami bukan sahaja melibatkan sistem atau komponen tunggal semata-mata, tetapi infrastruktur itu sendiri. Ini disebabkan ia tidak disesuaikan kepada jumlah dan peluasan yang kami alami dan jangkakan."

Pada saat itulah SSB beralih kepada IBM untuk baik pulih seluruh infrastruktur yang turut melibatkan pembaharuan IBM Power Systems yang sedia ada, dan juga penerimaan Storan Tentuan Perisian IBM, Kemayaan serta Kilat.

Syarikat tersebut menggunakan IBM Power Systems untuk membantu meningkatkan ketersediaan dan mengurus beban data yang kian meningkat secara konsisten. Ia turut mewujudkan awan persendirian pada pelayan IBM Power Systems yang mengendalikan PowerVM untuk menjalankan aplikasi SAP ERPnya, termasuk Sumber Manusia dan Kewangan.

SSB menyaksikan penambahbaikan signifikan daripada segi prestasi aplikasi keseluruhan. Sebagai contoh, jabatan Sumber Manusianya mampu mengurangkan tempoh pemprosesan upah daripada enam jam kepada enam minit.

"Semakin banyak organisasi seperti SSB menyedari kesan positif infrastruktur IT yang strategik terhadap hasil perniagaan," kata Jamie Thomas, Pengurus Besar, Storan dan Sistem Tentuan Perisian, IBM Systems & Technology Group.

Bagi mempercepat tempoh tindak balas data untuk aplikasi SAP dan pelbagai perkhidmatan dalam taliannya, SSB menerima pakai FlashSystem 840 IBM dan menyepadukannya dengan perisian kemayaan storan Pengawal Jumlah SAN IBM sedia ada. Dengan penyelesaian yang disepadukan itu, yang dikenali sebagai Kilat Tentuan Perisian, SSB beroleh masa hidup yang konsisten serta kemampuan untuk menghadapi segala cabaran dalam perniagaan dalaman dan dalam talian – sambil mengekalkan overhed pengurusan pada tahap minimum.

"Para pelanggan kami menjangkakan ketersediaan tinggi sepanjang masa dan juga tempoh tindak balas yang amat pantas," kata Wagner di SSB. "FlashSystem begitu fleksibel yang membolehkan kami segera bertindak balas terhadap keperluan prestasi yang berubah dan, apabila diperlukan, mempercepat sistem secara dinamik."

Latar Belakang Stuttgarter Strassenbahnen AG
Stuttgarter Strassenbahnen AG (SSB) merupakan syarikat pengangkutan terbesar di ibu negara Baden-Wurttemberg dengan lebih 2,900 pekerja. http://www.ssb-ag.de/

Maklumat perhubungan:
Mike Zimmerman
Perhubungan Media IBM
+1-914-766-4935
mrzimmerman@us.ibm.com

Hans-Jurgen Rehm
IBM Deutschland GmbH
Unternehmenskommunikation IBM Deutschland
Tel: +49 7034 151887
Tel. Bimbit: +49 171 5566940
hansrehm@de.ibm.com

IBM, logo IBM, ibm.com, IBM FlashSystem, IBM Power System serta IBM PowerVM merupakan tanda dagangan International Business Machines Corporation, didaftarkan dalam pelbagai bidang kuasa seluruh dunia. Nama produk dan perkhidmatan lain mungkin merupakan tanda dagangan IBM atau syarikat lain. Bagi mendapatkan senarai terkini tanda dagangan IBM, sila layari www.ibm.com/legal/copytrade.shtml.

Source: IBM
Related Stocks:
NYSE:IBM
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Transportation Licensing/marketing agreements