omniture

David Beckham Mengucap Selamat kepada Pengunjung di Cannes dengan Wiski Scotch Malt Tunggal HAIG CLUB(TM) Baharu

Diageo GTME
2014-10-30 17:50 172

CANNES, Perancis, 30 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- David Beckham, rakan kongsi dengan Diageo bagi wiski HAIG CLUB™ baharu mereka, mengucap selamat kepada para pengembara global semasa beliau tiba ke Cannes hari ini untuk Pameran & Persidangan Dunia TFWA 2014, pameran perdagangan bebas cukai tahunan terbesar dunia.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141028/713255 )

Lawatan mengejut Beckham ke pameran itu adalah sebahagian daripada jelajah dunia ketika beliau mempromosikan HAIG CLUB, Wiski Scotch Bijirin Tunggal baharu yang tersendiri dan bercita rasa tinggi yang dihasilkan melalui perkongsian dengan Diageo dan usahawan Britain Simon Fuller. Pada September, beliau singgah di Lapangan Terbang Changi di Singapura bagi mempertunjukkan koktel HAIG CLUB, menggembirakan pengembara di lapangan terbang itu.

HAIG CLUB boleh dibeli oleh para pengembara di kedai bebas cukai terpilih dan di dalam kapal terbang syarikat penerbangan terpilih pada peringkat global mulai bulan ini.

Lawatan hari ini dijalankan berikutan pelancaran iklan televisyen pertama untuk HAIG CLUB, yang diarahkan oleh Guy Ritchie, yang ke udara di UK awal bulan ini.

Doug Bagley, Pengarah Urusan Diageo Global Travel, berkata: "Kehadiran David bersama kami hari ini menguatkan lagi komitmen beliau dalam mengalu-alukan kedatangan era baharu untuk Wiski Scotch. Matlamat kami adalah untuk memberikan minuman keras yang baharu dan menguja kepada para pengembara. Tidak syak lagi, HAIG CLUB merupakan salah satu daripada kemajuan paling inovatif untuk minuman Scotch sejak sekian lama. Ia mewakili perkongsian yang dinamik serta ikonik dan kami percaya ia akan mempunyai tarikan global."

HAIG CLUB ialah inovasi baharu daripada House of Haig, dinasti wiski bijirin tertua Scotland. Ia dihasilkan menggunakan proses tersendiri yang menggabungkan wiski bijirin daripada tiga jenis tong. Ini menghasilkan rasa yang bersih dan segar yang menyerlahkan perasa butterscotch dan tofi untuk rasa sangat lancar yang dipercayai syarikat itu akan dinikmati para pakar wiski serta mereka yang belum pernah mencuba Wiski Scotch.

David Beckham turut sama berkongsi kepercayaan Diageo yang mementingkan kualiti daripada kuantiti dan tampil dengan suara paling kuat dalam menggalakkan amalan minum secara berhemah, yang tersemat di teras HAIG CLUB.

HAIG CLUB mula dijual di dalam kedai bebas cukai seluruh dunia mulai Oktober pada harga runcit saranan sebanyak £40 GBP / $62.50 USD untuk botol 70 sentiliter.

Tonton iklan televisyen HAIG CLUB yang baru dikeluarkan di YouTube.com/HaigClub.

SELAMAT DATANG KE HAIG CLUB. NIKMATI DENGAN BERHEMAH.

NOTA KEPADA EDITOR

Latar belakang HAIG CLUB™

HAIG CLUB ialah Wiski Scotch Bijirin Tunggal baharu daripada Diageo yang dihasilkan melalui perkongsian dengan ikon global David Beckham dan usahawan Simon Fuller. HAIG CLUB meneruskan tradisi dan warisan, sebagaimana Wiski Scotch direka untuk dunia moden kita. Dengan meneruskan warisan penyulingan selama hampir 400 tahun, Wiski Scotch Bijirin Tunggal ini direalisasikan dalam cara baharu yang radikal. HAIG CLUB mengalu-alukan orang ramai menikmati kehidupan mewah dan minum secara bersederhana. Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, David Beckham menyokong falsafah kempen amalan minum secara berhemah HAIG CLUB serta kepercayaan yang mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Maklumat tambahan tentang HAIG CLUB boleh ditemui di http://www.HaigClub.com atau http://www.facebook.com/HaigClub.

Latar belakang Diageo

Diageo ialah peneraju global dalam minuman beralkohol dengan koleksi jenama mengagumkan merentasi kategori arak, bir serta wain. Semua jenama ini termasuklah Johnnie Walker, Crown Royal, JεB, Buchanan's, wiski Windsor dan Bushmills, vodka Smirnoff, Cîroc serta Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan juga Guinness.

Diageo merupakan syarikat global, dan produk kami dijual di lebih 180 negara seluruh dunia. Syarikat ini termasuk dalam senarai Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO). Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan kami, jenama kami serta prestasi kami, lawati kami di http://www.diageo.com. Lawati sumber amalan minum secara berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk mendapatkan maklumat, inisiatif, dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana sahaja.

Latar belakang David Beckham

David Beckham ialah salah seorang ahli sukan paling ikonik di dunia. Dengan kerjaya bola sepak profesional selama lebih dua puluh tahun, beliau menjadi kapten mewakili negara beliau selama enam tahun, memenangi Liga Perdana Britain sebanyak enam kali, Liga Juara UEFA (dengan Manchester United) pada tahun 1999, serta calon kedua bagi Anugerah 'Pemain Dunia Terbaik Tahun Ini' FIFA pada tahun 1999 dan 2001.

Setelah meninggalkan Manchester United pada tahun 2003 untuk empat musim yang berjaya bersama Real Madrid, Beckham beralih kepada LA Galaxy pada tahun 2007, membawa pasukan itu ke dua Kejohanan Piala MLS (2011,2012) sambil mengambil bahagian dalam persetujuan perkongsian masa tersendiri bersama AC Milan, mula-mula pada Januari 2009 dan kemudian sekali lagi pada Januari 2010.

Kini setelah bersara, Beckham telah dilantik sebagai duta global untuk Persatuan Bola Sepak China dan telah mengumumkan beliau akan menjadi pemilik bersama pasukan perluasan Bola Sepak Liga Utama di Miami. Suami kepada Victoria dan ayah kepada empat anak, nama Beckham harum bukan sekadar di padang bola sepak. Dikenali sebagai penyokong kuat untuk kerja amal, beliau telah menyokong UNICEF sejak beliau bersama Manchester United, menjadi Duta Muhibah pada tahun 2005 dengan tumpuan khas pada program Sukan untuk Pembangunan UNICEF. David turut menyertai Majlis Kepimpinan untuk badan amal Malaria No More.

Sebagai ahli perniagaan yang pintar, David Beckham akan memainkan peranan penting dalam membangunkan jenama Haig Club, strateginya dan penetapan kedudukannya. Tambahan lagi, beliau akan memimpin promosi program minum secara berhemah untuk Haig Club, yang tersemat di teras jenama itu.

Source: Diageo GTME
Keywords: Beer, Wine & Spirits Food/Beverages Trade show news