omniture

Lakeland Industries Menyediakan Kemas Kini Aktiviti Perniagaan yang Berkaitan dengan Krisis Ebola

Lakeland Industries, Inc.
2014-10-31 08:13 105

RONKONKOMA, New York, 31 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Lakeland Industries, Inc. (NASDAQ: LAKE), pengeluar global terkemuka untuk pakaian perlindungan perindustrian untuk industri, perbandaran, penjagaan kesihatan serta pasukan kecemasan pada peringkat persekutuan, negeri dan juga tempatan, hari ini mengeluarkan kemas kini berikut tentang perkembangan korporat serta aktiviti perniagaan baru-baru ini.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120611/NY21959LOGO

Setelah menjangka krisis Ebola akan bertambah buruk, Syarikat itu telah mengumumkan pada 12 September niatnya untuk meningkatkan kemampuan pengeluaran untuk sut perlindungan khas yang akan dipakai oleh pekerja penjagaan kesihatan dan orang lain yang terdedah kepada Ebola. Syarikat itu telah mendapati wujudnya minat yang kian meningkat pada peringkat global untuk rangkaian sut perlindungan ChemMAX® dan MicroMAX® mereka. Pengeluaran rangkaian pakaian terpilih ini melibatkan proses milikan untuk pengapan kelim terkhusus, teknologi yang jauh lebih canggih untuk melindungi pemakai daripada bahaya sebaran virus termasuk cecair badan terjangkit berbanding produk yang tidak dipengap. Lakeland mempercepat program pelaburan modal mereka untuk mesin baharu agar dapat menampung tahap pengeluaran yang lebih tinggi dan turut meningkatkan perbelanjaannya untuk bahan mentah dan juga penggajian serta latihan kakitangan pengeluaran bagi menangani peningkatan permintaan produk ini.

"Perkembangan baru-baru ini telah membolehkan kami mengukuhkan kunci kira-kira kami, meningkatkan aliran tunai ke hadapan daripada penyingkiran perkhidmatan faedah ke atas hutang yang menelan kos tinggi, serta meningkatkan kemampuan pengeluaran bagi menyumbang kepada usaha memerangi penyebaran Ebola yang telah membawa kepada penambahbaikan bahan dalam perniagaan kami," kata Christopher J. Ryan, Ketua Pegawai Eksekutif Lakeland Industries, Inc. "Pada masa sama, kami juga mengalami penambahbaikan keadaan pengendalian untuk keseimbangan perniagaan kami pada peringkat global. Saya sangat bangga dengan cara pasukan seluruh dunia Lakeland Industries bertindak balas terhadap krisis Ebola sambil terus menyediakan tahap perkhidmatan dan pakaian berkualiti tertinggi kepada para pelanggan tradisional kami."

Kemampuan pengeluaran bulanan untuk rangkaian sut perlindungan ChemMAX dan MicroMAX kelim terpengap telah meningkat hampir 50 peratus dari Ogos 2014, sebelum permintaan produk berkaitan Ebola sehingga Oktober 2014, dan bakal meningkat 100 peratus daripada tahap itu menjelang Januari 2015, dengan kemampuan untuk peningkatan tambahan mengikut keperluan. Sebahagian besar kemampuan pengeluaran sedia ada pada Ogos 2014 telah diuntukkan kepada pembelian oleh pelanggan perindustrian Syarikat itu (untuk tujuan bukan berkaitan Ebola). Syarikat itu akan terus menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan perindustriannya yang bergantung pada Lakeland agar dapat menjalankan tugas mereka dengan selamat. Kemampuan diperluas itu perlu bagi memenuhi keperluan pelanggan tradisional serta perlindungan daripada penularan Ebola.

Melalui pasukan jualan langsungnya dan rakan kongsi pengedarannya yang ramai di seluruh dunia, Lakeland telah mendapatkan pesanan baharu yang berkaitan dengan usaha memerangi sebaran Ebola. Pesanan telah diterima daripada agensi kerajaan seluruh dunia serta pelanggan sektor awam dan swasta lain. Sesetengah kontrak ini memerlukan jaminan penghantaran atau pengiriman mingguan sepanjang suku pertama tahun 2015. Pengumpulan pesanan yang didapati oleh Lakeland ini yang dipercayai merupakan hasil daripada krisis Ebola, mencecah kira-kira 1 juta sut dengan pesanan tambahan untuk produk lain seperti hud, penutup kaki serta sarung tangan. Lakeland mula menghantar pesanan sebegitu hanya pada bulan Oktober, yang merupakan akhir tempoh laporan suku ketiga tahun fiskal 2015 mereka. Impak utama daripada pesanan berkaitan Ebola yang diterima setakat ini tidak akan dimuktamadkan sehingga suku keempat tahun fiskal 2015 Syarikat yang berakhir pada 31 Januari 2015.

Tambahan lagi, Syarikat itu kini turut serta dalam bidaan sejumlah besar permintaan pelanggan untuk kuantiti tambahan. Kuantiti tambahan ini mungkin tidak mencerminkan sebarang keperluan global untuk strategi kesediaan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan serta organisasi penjagaan kesihatan yang tercetus akibat krisis itu dalam jangkaan senario penularan wabak masa hadapan. Ambil maklum yang permintaan produk dalam situasi krisis dan kecemasan sangat sukar untuk diramal, dan Syarikat tidak membuat sebarang jaminan untuk kemampuannya dalam mendapatkan urusniaga tambahan.

Lakeland kekal komited untuk menyertai usaha memerangi penularan Ebola. Tenaga kerja global dan pasukan pengurusan Syarikat itu sangat berwaspada dalam bertindak balas kepada tahap permintaan yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan dalam meningkatkan lagi pengeluaran bagi memenuhi keperluan penghantaran. Untuk maklumat produk tambahan atau untuk membuat pesanan, sila layari www.lakeland.com atau hubungi talian khidmat pelanggan:

Amerika Syarikat di +1-256-350-3873
Argentina di +54-11-4897-5760
Brazil di +55-11-3613-3700
Kanada di 800-489-9131
Chile di +562-551-8562
China di +010-6437-9226
India di +91-8447556757
Mexico di 800-837-9236
Rusia di +7-495-775-72-64
UK di +44-14304-78140

Latar Belakang Lakeland Industries, Inc.:
Lakeland Industries, Inc. (NASDAQ: LAKE) mengeluarkan dan menjual rangkaian menyeluruh pakaian dan aksesori keselamatan untuk pasaran pakaian perlindungan perindustrian. Produk Syarikat itu dijual pasukan jualan langsung dan melalui wakil jualan bebas kepada rangkaian yang terdiri daripada lebih 1,200 pengedar keselamatan dan bekalan kilang. Pengedar ini pula membekalkan pelanggan perindustrian pengguna akhir seperti kimia/petrokimia, automobil, keluli, kaca, pembinaan, lebur urai, pembersihan, farmaseutikal dan juga pengeluar elektronik berteknologi tinggi, serta hospital dan makmal. Tambahan lagi, Lakeland membekal kepada agensi persekutuan, negeri dan juga kerajaan tempatan, jabatan bomba dan polis, unit penyelamat hempasan lapangan terbang, Jabatan Pertahanan, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, serta banyak lagi agensi persekutuan dan negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Lakeland, sila lawati Syarikat itu dalam talian di www.lakeland.com.

Kenyataan "Lindung Diri" di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995: Kenyataan pandang ke hadapan yang melibatkan risiko, ketidakpastian, dan juga andaian seperti yang digambarkan dari masa ke masa dalam Siaran Berita dan Borang 8-K, kenyataan pendaftaran, laporan suku tahunan dan laporan tahunan dan juga laporan serta pemfailan lain yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa atau dibuat oleh pihak pengurusan. Semua kenyataan, selain kenyataan fakta bersejarah, yang bercakap tentang jangkaan Lakeland untuk sumber atau penggunaan modal ataupun yang menyatakan jangkaan Syarikat untuk masa hadapan yang berkaitan dengan prestasi kewangan atau strategi pengendalian boleh dikenal pasti sebagai kenyataan pandang ke hadapan. Hasilnya, tiada jaminan keputusan masa hadapan Lakeland tidak akan berbeza dengan ketara daripada yang digambarkan di dalam sini melalui perkataan "dipercayai", "diunjurkan", "dirancang", "diniatkan untuk", "dijangka", "dianggarkan", atau "diduga" ataupun perkataan lain yang mencerminkan pandangan semasa Syarikat berkaitan kejadian masa hadapan. Kami menasihatkan pembaca agar berwaspada yang kenyataan pandang ke hadapan ini hanya benar setakat tarikh siaran ini. Syarikat dengan ini menafikan sebarang tanggungjawab atau usaha untuk mengeluarkan kepada awam sebarang kemas kini atau semakan semula apa jua kenyataan bagi mencerminkan sebarang perubahan dalam jangkaan Syarikat itu atau sebarang perubahan dalam kejadian, keadaan, mahupun perkara yang menjadi sandaran kenyataan itu dibuat.

Apa jua pelanggan yang dinyatakan atau dibayangkan melalui rujukan dalam siaran berita ini tidak mewakili sebarang endorsmen untuk Lakeland Industries ataupun produknya.

Source: Lakeland Industries, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:LAKE
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Public Safety