omniture

Asia Plantation Capital Thailand Melaporkan Angka yang Mencatat Rekod Semasa Mesyuarat Agung Tahunannya

Asia Plantation Capital
2014-11-05 16:28 405

SINGAPURA, 5 November 2014 /PRNewswire/ -- Asia Plantation Capital Thailand menyaksikan lebih 300 kehadiran pihak berkepentingan dan pemilik perladangan yang berpusat di Thailand, angka yang mencatatkan rekod semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Thai mereka baru-baru ini yang diadakan di Bangkok pada 11 Oktober 2014.

Asia Plantation Capital Annual Report – Thailand & Sri Lanka 2014
Asia Plantation Capital Annual Report – Thailand & Sri Lanka 2014

Melaporkan jumlah hasil tertinggi baharu sebanyak US$53.5 juta pada tahun kewangan 2013, dan pembayaran balik melebihi US$6 juta buat julung kalinya, kemas kini juga diberikan tentang perluasan berterusan serta pemerolehan ladang di Thailand, di samping perluasan besar-besaran ke dalam Malaysia dan negara Asia utama lain.

Clients and Investors attending the Annual General Meeting
Clients and Investors attending the Annual General Meeting

Sorotan lain termasuklah pengenalan teknik dan teknologi baharu yang direka untuk meningkatkan penghasilan kayu Agar dan Oud -- serta produk akhir lain daripada projek buluh, jati serta agroperhutanan yang dimilikinya. Pengenalan ini merupakan sebahagian besar daripada komitmen berterusan syarikat itu untuk penyelidikan dan pembangunan merentasi semua sektor perladangan terasnya.

Syarikat itu juga mengumumkan penubuhan rasmi Lembaga Khidmat Nasihat Saintifik mereka sendiri, yang terdiri daripada penasihat dan ilmuwan saintifik terkemuka dari serata rantau Asia Pasifik, semuanya memiliki pengalaman praktikal dan terbukti dalam beberapa sektor yang melibatkan operasi syarikat itu.

Ahli Lembaga Khidmat Nasihat Saintifik yang berasal dari Thailand, Profesor Madya Dr. Pakamas Chetpattananondh -- daripada Universiti Prince of Songkla -- menyampaikan kemas kini kepada hadirin tentang perkembangan semasa dalam program penyelidikan APC. Ini termasuklah inokulasi dan pemprosesan kayu Agar dan Oud, di samping penemuan terkini untuk penggunaan berpotensi. Ini memberi kesan langsung bagi menaikkan nilai Oud, diikuti peningkatan setara dalam harga pasaran syarikat itu.

Turut dikemas kini ialah perkembangan lanjut syarikat itu tentang bahan pembinaan daripada teknologi baharu berdasarkan buluh; termasuk sistem bangunan konkrit bertetulang dan papan pembinaan tereka bentuk syarikat itu sendiri. Secara teknikalnya, kedua-dua sistem ini telah ditunjukkan memberi prestasi yang jauh lebih baik berbanding sistem lain yang sedang digunakan, dan kedua-duanya mesra alam serta cekap daripada segi kos.

Mesyuarat agung tahunan itu menyaksikan wakil daripada syarikat bersekutu (seperti EcoTech Asia dan Fragrance Du Bois) memaklumkan hadirin tentang peluang berterusan yang mereka bayangkan melalui perkongsian mereka dengan Asia Plantation Capital.

EcoTech akan memperkenalkan produk mesra alam kepada pasaran dalam masa terdekat. Ini akan merangkumi basikal buluh, lantai buluh, produk pembinaan tereka bentuk, malah bagasi buluh. Untuk mempertunjukkan semua sistem ini, syarikat itu sudah pun menggunakan teknologi itu dalam pembinaan vila mereka sendiri di Royal Beach Resort Thailand di Hua Hin.

Pengarah Jenama Fragrance Du Bois, Nicola Parker, menyatakan kebarangkalian besar pasaran wangian global bernilai US$36 bilion pada tahun 2018 kelak (seperti yang dilaporkan oleh GIA – Global Industry Analysts), lebih tinggi daripada jangkaan US$33 bilion pada tahun 2015. Ini memberi petanda baik daripada segi permintaan berpotensi bagi Wangian berasaskan Oud.

Bagi memenuhi permintaan ini, jenama Fragrance Du Bois kini terlibat dalam rancangan untuk membuka butik dan outlet baharu dalam pasaran penting seluruh dunia -- di bawah pemilikannya, tetapi melalui kerjasama bersama rakan kongsi strategik utama. Fragrance Du Bois juga telah mendapatkan khidmat firma perundangan antarabangsa K and L Gates bagi menasihatkan syarikat itu tentang penyenaraian AIM berkemungkinan dalam Bursa Saham London bagi jenama mewah mampan yang berkembang pesat itu. K and L Gates merupakan pakar perundangan IPO terkemuka, dan mempunyai pengalaman yang sangat tinggi bersama syarikat yang berpusat di Asia.

Dengan kepentingan yang sama banyak diberikan kepada aktiviti komersil, terdapat juga kemas kini tentang cara APC telah melibatkan komuniti tempatan di rantau ladang tempat mereka beroperasi. Bekerja bersama kakitangan dan keluarga mereka, APC sedang membuat pelaburan signifikan dalam pembangunan masyarakat dan komuniti, memperbaiki keadaan sosial dan kerja serta mempertingkat infrastruktur bagi mewujudkan masa hadapan yang lebih baik untuk keluarga APC.

Kisah memilukan dan menyentuh hati telah dikongsi tentang bagaimana seluruh keluarga Asia Plantation Capital bersatu tenaga bagi membantu kakitangan yang kehilangan tempat kediaman serta harta benda keluarganya apabila semuanya hangus dalam kebakaran tahun lepas. Rumahnya dibina semula (dalam masa yang sangat pantas) manakala semua harta benda yang boleh digantikan pula telah digantikan, jadi dia dan keluarganya mendapat semula tempat bergantung dengan cepatnya.

"Saya bangga dengan apa yang telah dicapai Asia Plantation Capital dalam masa singkat kami menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini," kata Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif di Asia Pasifik. "Kami bukan sahaja dapat memberi pulangan tinggi kepada semua pihak berkepentingan kami dalam projek perladangan yang kami uruskan untuk mereka, tetapi kami juga berpegang kepada nilai kami, dan memenuhi misi kami untuk memajukan komuniti tempat kami berada."

Beliau berkata lagi, "Pihak berkepentingan kami, pemegang saham kami serta pasukan pengurusan kanan kami di mesyuarat agung tahunan itu semuanya berpuas hati dengan keputusan kami. 2013 merupakan tahun yang cemerlang untuk syarikat kami, dan kami sudah bersedia untuk meneruskan pertumbuhan kami yang mantap dan stabil. Pencapaian kami pada tahun 2014 sudah pun bakal mengatasi semua pencapaian kami tahun lepas."

"Daripada apa yang saya lihat setakat ini," simpul beliau, "Kami sangat yakin tahun 2014 akan menjadi satu lagi tahun yang hebat untuk kumpulan syarikat kami, dengan banyak kemajuan baharu yang menguja bakal dicapai dalam masa terdekat ini."

Clients being addressed by the CEO of Asia Plantation Capital, Mr. Barry Rawlinson
Clients being addressed by the CEO of Asia Plantation Capital, Mr. Barry Rawlinson

Video mesyuarat agung tahunan itu boleh ditonton di sini.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Adrian Heng
Pengarah Pemasaran Kumpulan
E-mel: adrian.heng@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +65-6222-3386
Telefon Bimbit: +65-9750-7440

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Fakta pantas:

  • US$ 600 juta -- nilai aset tergabung yang dimiliki dan di bawah pengurusan
  • US$ 53.5 juta -- perolehan pada tahun kewangan lepas
  • US$ 100 juta -- ramalan perolehan untuk tahun kewangan semasa
  • 2,000,000 -- bilangan pokok Aquilaria hari ini, di ladang kayu Agar

Asia Plantation Capital (APC) merupakan pemilik dan pengendali pelbagai perniagaan perladangan serta perkebunan komersil di serata rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia, dan merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Tumpuannya adalah terhadap projek perladangan berbilang budaya dan berkepelbagaian yang digiatkan bagi memenuhi permintaan domestik dan komersil negara tempat ia beroperasi. Menyokong dan bekerjasama rapat dengan komuniti tempatan, ialah prinsip teras dasar untuk perniagaan APC, menyediakan sokongan sosial dan budaya, serta pelaburan, untuk menjauhkan komuniti ini daripada aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram, yang sebelum ini dianggap sebagai sumber pendapatan utama di sesetengah rantau Asia. Ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara swasta sejak tahun 2002), kumpulan itu kini mempunyai projek perladangan dan pertanian di empat benua, dengan projek pengendalian pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara serta Eropah.

Menggalakkan penggunaan kayu yang mampan dan diperakui ialah cara terbaik untuk mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian biologi dan turut memerangi kemiskinan di rantau hutan hujan tropika. Bagi sektor kapal layar (pengguna utama kayu jati) yang berusaha untuk kecemerlangan dan sudah pun terlibat dalam usaha alam sekitar, ini juga merupakan cara untuk memastikan tiada kayu daripada pembalakan haram yang digunakan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141104/8521406534-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141104/8521406534-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141104/8521406534-c

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers Trade show news