omniture

SECON 2015 akan Diadakan Pada Mac 2015 di Ilsan, Korea

- Pemimpin Keselamatan Asia akan berhimpun di Satu Tempat.
- Merangkumi Keselamatan Fizikal hinggalah kepada Keselamatan IT termasuk IoT, sempadan akan dikaburkan.
SECON 2015 Exhibition Bureau
2014-11-13 20:22 319

SEOUL, Korea Selatan, 13 November 2014 /PRNewswire/ -- Sebilangan besar syarikat keselamatan terkemuka di Asia akan ke Korea pada Mac 2015 bagi menghadiri SECON 2015 (Pameran dan Persidangan Keselamatan Antarabangsa 2015: www.seconexpo.com), yang akan melibatkan pembentangan arah aliran dan teknologi global.

SECON 2015 to be held in March 2015, Ilsan, Korea
SECON 2015 to be held in March 2015, Ilsan, Korea

Syarikat yang terlibat akan mempamerkan teknologi keselamatan sedia ada dan baharu yang terdiri daripada peranti keselamatan video, sistem kawalan masuk/keluar hinggalah kepada penyelesaian pengesahan biometrik. Bantuan perlindungan maklumat peribadi turut dipamerkan, selain peralatan anti-keganasan, sistem keselamatan trafik AI dan juga penyelesaian keselamatan berkaitan dengan IoT.

Acara tahunan ini disokong oleh badan kerajaan pusat dan tempatan seperti MSIP (Kementerian Sains, ICT serta Perancangan Masa Depan), MOSPA (Kementerian Keselamatan dan Pentadbiran Awam), MOTIE (Kementerian Perdagangan, Industri dan juga Tenaga), Majlis Gyeonggi-do dan sebagainya, daripada segi pentadbiran dan penyelarasan pelbagai seminar dan juga persidangan sepanjang acara tersebut berlangsung. Secara ringkasnya, SECON 2015 akan menjadi pusat tumpuan bagi pertukaran maklumat dan wadah yang jelas bagi mendapatkan pengetahuan terkini.

Pada tahun 2015, SECON yang menetapkan arah aliran itu akan dipenuhi dengan kira-kira 450 perusahaan tempatan dan antarabangsa di lebih 900 gerai pameran, yang ingin mendapatkan peluang bagi mencapai kemajuan dalam pasaran keselamatan yang kian berkembang pada peringkat sosial ini. Jumlah pengunjung yang dianggarkan, dihitung daripada corak pertumbuhan bagi beberapa tahun lalu, adalah 45,000.

Tidak ketinggalan, Perkhidmatan Aduan Awam MOSPA, Sistem Perlindungan Data e-Kerajaan dan pelbagai aktiviti berkaitan dengan keselamatan dan maklumat yang dijalankan oleh pihak kerajaan tempatan Gyeonggi-do akan turut diketengahkan.

Sejumlah 10 atau lebih seminar dan persidangan besar serta kecil termasuk "Pameran Penyelesaian Keselamatan Maklumat e-Kerajaan 2015" dan "Simposium e-Penemuan" juga merupakan aktiviti yang tidak patut dilepaskan pada acara 3 hari itu. Buat julung kalinya dalam sejarah SECON, salah satu acara tersebut, "IoT Security Hall of Experience" akan diadakan agar para peserta dapat merasai pengalaman mengendalikan peranti dan alatan keselamatan berkaitan dengan IoT.

SECON 2015, yang menandakan bermulanya "Tahun Keselamatan" baharu, menjemput sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melangkah maju ke dalam dunia keselamatan yang sentiasa berubah, yang melaluinya IoT, penyatuan dan keselamatan alam siber terus berkembang pesat.

* Pra-pendaftaran untuk SECON 2015 (http://www.seconexpo.com/2015/eng/main/main.asp)

Maklumat Perhubungan Akhbar:

En. Sydney Suk
Biro Pameran SECON 2015
Tel: +82-2-70-5031-5309 
E-mel: secon@boannews.com
www.seconexpo.com/2015

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141112/8521406746

Source: SECON 2015 Exhibition Bureau
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Trade show news