omniture

Pengerusi Hisense Zhou Jianhou Membentangkan "Pelan Pembangunan Lima Tahun Tersendiri"

Zhou Jianhou: Hisense Merancang untuk Mendahului Daripada Segi NPS
Hisense Group
2014-11-22 07:27 159

QINGDAO, China, 22 November 2014  /PRNewswire/ -- "Keyakinan pengguna terhadap Hisense dijangka akan berganda dalam masa lima tahun seterusnya memandangkan syarikat itu berada pada kedudukan yang sesuai untuk menyaingi pemain bertaraf dunia daripada segi Markah Penggalak Bersih (NPS)," kata Jianhou Zhou, Pengerusi pengeluar perkakas kediaman China Hisense Group, semasa sambutan ulang tahun ke-45 syarikat itu. Zhou menjelaskan lagi yang hasil jualan Hisense dijangka akan melebihi 100 bilion yuan (kira-kira AS$ 16 bilion) bagi tahun 2014. Zhou tidak bertumpu pada data kewangan dan masa hadapan syarikat, sebaliknya beliau bercakap tentang pentingnya kewibawaan, kualiti berkarisma yang memecahkan sempadan psikologi antara manusia dalam diam. Hubungan yang andal hanya boleh dibina antara orang ramai berdasarkan kejujuran dan kelurusan mereka.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141120/159905

Hisense menganggap NPS sebagai penunjuk pengendalian dengan kepentingan yang sama seakan data kewangan sejak permulaan tahun ini. Pada pandangan Zhou, kewibawaan serta keandalan merupakan nilai teras dan sebahagian daripada misi Hisense.

Usul bagi Hisense sememangnya tidak moden dan mungkin kedengaran agak luar biasa; namun begitu keandalan telah menjadi kualiti yang penting dan akan menjadi semakin tinggi nilainya dalam zaman ketika urus niaga dapat dimuktamadkan dalam masa beberapa saat dengan hanya beberapa klik. Pengguna perlu percaya yang apa mereka beli daripada Hisense ialah produk berkualiti tinggi yang sama padan nilainya dengan wang mereka seperti yang dijanjikan dalam maklumat produk serta setiap komitmen yang Hisense janjikan kepada pelanggannya akan sentiasa dipenuhi. Hasilnya, keandalan itu sendiri merupakan alat komunikasi yang paling cekap. Kewibawaan merupakan aspek penting ekonomi pasaran dan unsur paling asas bagi sesuatu syarikat unggul, berdasarkan peranan mekanisme pasaran. Ia bukan sahaja membuka pintu kepada lebih banyak peluang perniagaan, ketersediaan modal serta keputusan kewangan yang bagus tetapi ia juga menjamin kesetiaan pelanggan selain kepercayaan dan juga sokongan keseluruhan masyarakat yang lebih luas. Semua ini diamalkan secara seiring bagi membantu memastikan keputusan kewangan jangka panjang syarikat itu.

Hisense percaya ia telah memenangi kepercayaan pengguna dan berada dalam kedudukan yang sempurna bagi menyaingi syarikat terkemuka dunia daripada segi NPS, lalu menghasilkan peningkatan dalam hasil dan keuntungannya.

Source: Hisense Group
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics