omniture

Yili Melabur RMB 3 Bilion di New Zealand untuk Membina Tapak Pengeluaran Tenusu Bersepadu Terbesar Dunia

Inner Mongolia Yili Industrial Group Co., Ltd
2014-11-22 07:35 271

AUCKLAND, New Zealand, 22 November 2014 /PRNewswire/ -- Pada 21 November (waktu tempatan), pemimpin China dan Perdana Menteri New Zealand John Key bersama merasmikan Tapak Pengeluaran Yili Oceania, yang merupakan projek pertama dalam pakej kerjasama baharu antara kedua-dua negara itu. Projek itu yang meliputi pembungkusan, penghasilan, pemprosesan serta penyelidikan & pembangunan merupakan tapak pengeluaran tenusu bersepadu terbesar di dunia.

Pan Gang, President of Yili Group, and Tim Groser, Trade Minister of New Zealand
Pan Gang, President of Yili Group, and Tim Groser, Trade Minister of New Zealand

Yili telah meletakkan pelaburan sebanyak lebih RMB 3 bilion untuk projek itu, yang terletak di Waimate, Pulau South, New Zealand, termasuk pelaburan asal sebanyak RMB 1.2 bilion dan juga pelaburan yang baru ditambah sebanyak RMB 2 bilion.

Dilaporkan pelaburan baharu itu akan digunakan dalam empat bahagian, termasuk projek pemprosesan dalam susu mentah, projek susu cair UHT, kemudahan penghasilan tepung susu serta kemudahan pembungkusan. Projek pemprosesan dalam susu mentah dan juga projek susu cair UHT itu, dengan pelaburan RMB 200 juta dan hampir RMB 500 juta masing-masing, bakal menjadi teknologi terbesar dan paling canggih seumpamanya di New Zealand.

Pada hari yang sama, Yili Group dan Universiti Lincoln menandatangani Persetujuan Kerjasama Saintifik merentasi Rantaian Industri Tenusu Penuh. Menurut Persetujuan itu, kedua-dua pihak akan menjalankan kerjasama mendalam berdasarkan sumber tersendiri serta kelebihan teknologi mereka, bertumpu pada strategi rantaian industri tenusu penuh. Langkah pertama adalah untuk bertumpu pada teknologi inovatif bagi memperbaiki nutrisi dan jaminan kualiti dalam produk tenusu pada masa akan datang. Universiti Lincoln, dengan sejarahnya selama 136 tahun, merupakan satu-satunya institusi yang mengkhusus dalam pertanian dan sains makanan di Hemisfera Selatan serta institusi penyelidikan bertaraf dunia dalam kedua-dua bidang itu.

Yili merupakan satu-satunya Kumpulan yang menandatangani dua projek kerjasama sewaktu lawatan pemimpin China ke New Zealand, dan ia juga telah dijemput ke majlis makan tengah hari sambutan alu-aluan dan pameran pertanian bersama China-New Zealand, seraya menetapkan rekod baharu dalam sejarah perdagangan China-New Zealand dan juga kerjasama ekonomi daripada segi nilai projek dan penglibatan dalam aktiviti diplomatik.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141121/0861408781

Source: Inner Mongolia Yili Industrial Group Co., Ltd
Keywords: Agriculture Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Contracts Corporate Expansion Joint ventures