omniture

Platform Dagangan MetaTrader 5 Kini Disediakan dalam Pasaran FX Moscow Exchange (MOEX)

MetaQuotes Software Corp.
2014-11-22 07:47 77

LIMASSOL, Cyprus, 22 November 2014 /PRNewswire/ --

MetaQuotes Software melaporkan pengguna platform MetaTrader 5 kini berpeluang untuk berurus niaga dalam Pasaran FX yang membentuk sebahagian daripada Moscow Exchange.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140424/683323 )

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/English/7384851-MetaTrader-trading-moscow-exchange/

Broker pertama yang melancarkan perdagangan MOEX melalui MetaTrader 5 ialah syarikat "Otkritie Broker". Khidmat ini diperkenalkan untuk para pelanggan Otkritie pada 18 November 2014. Pada halaman pendaftaran, sesiapa sahaja layak mengemukakan permohonan untuk menggunakan MetaTrader 5 secara percuma bagi pasaran pertukaran asing.

Kini para peniaga dapat mengakses pertukaran Rusia terbesar bagi menikmati kemudahan perdagangan mata wang satu klik dengan pilihan pertukaran "Kedalaman Pasaran" dan juga analisis pasaran kewangan menggunakan penunjuk teknikal terbina dalam. Dengan fungsi MetaTrader 5 yang luas, para peniaga boleh mengautomasikan proses perdagangan menggunakan robot, yang boleh dibangunkan sendiri, dipesan daripada ahli profesional ataupun dibeli daripada kedai aplikasi dagangan MetaTrader Market. Berita kewangan dan keluaran penting akan dipaparkan betul-betul di bahagian terminal bagi membolehkan para peniaga mengetahui keadaan terkini pasaran.

Moscow Exchange mengalami peningkatan aktiviti: pada suku ketiga tahun 2014, jumlah perdagangan telah meningkat hampir dalam semua pasaran, namun begitu keputusan terbaik adalah pada bahagian FX. Jumlah perdagangan keseluruhan bagi pasaran pertukaran asing telah meningkat sebanyak 26.4 peratus berbanding suku ketiga tahun 2013 dan berjumlah 55.86 trilion ruble. Dengan pelancaran MetaTrader 5 MOEX, di samping perdagangan, para pengguna dapat mengakses perkhidmatan paling terkenal – yang terdiri daripada perdagangan salinan kepada robot perdagangan automatik.

Selain itu, platform MetaTrader 5 dapat digunakan untuk perdagangan dalam kedua-dua Pasaran FX Moscow Exchange dan pasaran FORTS. Apabila perdagangan dilakukan pada dua pasaran itu daripada satu terminal, peniaga dengan mudah dapat beralih antara akaun broker (untuk FORTS dan bahagian FX MOEX).

"Kami berasa gembira kerana para pelanggan kami akan menjadi yang pertama untuk memanfaatkan MetaTrader 5 pada Pasaran FX Moscow Exchange," kata ketua Jabatan Perdagangan Internet Otkritie Broker Alexander Dubrov, mengulas tentang pelancaran perkhidmatan baharu itu. "Saya pasti para peniaga akan menghargai pelbagai ciri dan kemudahan yang disediakan pada platform ini."

Latar Belakang MetaQuotes Software
Diasaskan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah membangunkan platform perdagangan untuk pasaran kewangan di bawah tanda dagangan MetaTrader. Organisasi ini dikenali pada peringkat antarabangsa sebagai peneraju dalam pasaran perisian Forex. Platform perdagangan MetaTrader kini ditawarkan oleh lebih 700 syarikat broker dan bank di seluruh dunia. Platform terbaharu, MetaTrader 5, telah dibangunkan oleh Syarikat dengan memberi tumpuan kepada pasaran saham dan kini dipromosikan secara aktif bagi perdagangan di pelbagai bursa dunia.

http://www.metaquotes.net

Latar Belakang "Otkritie Broker"
"Otkritie Broker" telah ditubuhkan pada tahun 1995 untuk menjadi salah satu broker Rusia pertama yang menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi piawai antarabangsa yang tertinggi. Kini ia berada di kedudukan teratas daripada segi urus niaga pelanggan dalam pasaran saham. Syarikat ini telah menarik 42,000 pelanggan dengan jumlah aset melebihi 250 bilion ruble.

http://www.otkritie.com/en/business/broker/

Video: http://www.multivu.com/players/English/7384851-MetaTrader-trading-moscow-exchange/

Sumber: MetaQuotes Software Corp.

Source: MetaQuotes Software Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards