omniture

Apabila TAG Heuer Membuat Jenson Button Menari dengan Helang

TAG Heuer
2014-11-24 09:12 99

ABU DHABI,United Arab Emirates, 24 November 2014 /PRNewswire/ -- Jenson Button, pemandu Formula 1 McLaren Mercedes dan duta TAG Heuer memberikan persembahan pemburuan dengan helang yang menguja dan memperkenalkan jam tangan Formula 1 baharu.

TAG Heuer, pembuat jam tangan avant-garde Switzerland, dikenali seluruh dunia kerana jam tangan dan kronografnya yang berketepatan tinggi, meraikan perlumbaan terakhir musim Grand Prix di Abu Dhabi dengan penuh bergaya apabila bintang Formula One McLaren Mercedes dan duta jenama TAG Heuer Jenson Button memberikan pertunjukan menguja bersama dua Gyrfalcon daripada Kelab Pelatih Helang Abu Dhabi. Sambutan itu turut menyaksikan pemandu bintang itu melancarkan jam tangan inovatif terkini jenama itu.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila layari:
http://www.multivu.com/players/English/7382551-TAG-Heuer-Jenson-Button/

Acara eksklusif itu memperlihatkan juara Formula 1 Jenson Button yang menunjukkan kemahiran melatih helang beliau apabila beliau mempersembahkan dua Gyrfalcon daripada Kelab Pelatih Helang Abu Dhabi yang eksklusif dalam gaya penuh ranggi. Burung Gyrfalcon yang putih bersih dianggap sebagai yang unggul dalam bakanya. Dengan rentang sayap sepanjang hampir 1 meter dari kanan ke kiri dan dilitupi warna putih menyilaukan, burung Gyrfalcon Kelab Pelatih Helang Abu Dhabi menzahirkan kegagahan dan kehebatan.

En. Stephane Linder, Ketua Pegawai Eksekutif TAG Heuer sendiri mengalu-alukan Jenson Button ke acara itu, dan menghadiahi beliau jam tangan Automatik 16 kaliber Formula 1 TAG Heuer terkini. Jam tangan berilhamkan perlumbaan bermotor dengan titanium hitam penuh dengan sentuhan merah yang menarik, telah diperkenalkan pada malam yang sama oleh burung helang itu sendiri.

Majlis yang benar-benar avant-garde itu di Hotel Viceroy yang ikonik menyaksikan beberapa VIP terkenal menghadirinya, kebanyakan daripada mereka datang secara khusus dari negara lain hanya untuk menghadiri majlis berprofil tinggi ini, lalu menjadikannya acara yang ingin dihadiri oleh sesiapa sahaja.

HUBUNGI:

Zeina El-Dana
Shawn Stephens
Z7 Communications FZ-LLC
+9714 365 2778
shawn@z7communications.com
info@z7communications.com

Source: TAG Heuer
Keywords: Fashion Retail Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories Licensing/marketing agreements New products/services