omniture

Kerajaan Bermuda Kemukakan Deklarasi: "Kami Akan Menerima Pakai Pemilikan Bermanfaat Awam Apabila UK, AS dan Kanada Turut Serta."

Menteri Kewangan menegaskan kedudukan peneraju pasaran bagi Bermuda berkenaan dengan ketelusan korporat dan cukai.
The Government of Bermuda
2014-11-24 09:35 107

HAMILTON, Bermuda, 24 November 2014 /PRNewswire/ -- Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kerajaan Bermuda, YB E.T. (Bob) Richards J.P., M.P., hari ini mengumumkan Bermuda akan mengekalkan sebarang komitmen bagi mempertahankan model pemilikan bermanfaat UK yang membawa kepada pembangunan dasar antarabangsa dalam persada ini. Di samping itu, Bermuda akan menunggu sehingga UK, AS dan juga Kanada menerima pakai daftar pemilikan bermanfaat awam.

Susulan lawatan beliau ke London baru-baru ini, Menteri Richards berkata: "Walaupun tidak bertanggungjawab menubuhkan sistem cukai OECD (Pertubuhan Pembangunan Ekonomi dan Kerjasama), Bermuda telah menjadi peneraju daripada segi ketelusan sejak 75 tahun lalu, dengan menubuhkan rangka kerja perundangan yang mewajibkan individu yang berhasrat untuk bekerjasama dengan Bermuda agar menyediakan maklumat kepada pihak berkuasa pusat tentang pemilik perniagaan bermanfaat yang dicadangkan. Bermuda telah menandatangani Persetujuan Pertukaran Maklumat Cukai (TIEA) pertamanya bersama Amerika Syarikat pada tahun 1986 dan TIEA bersama United Kingdom pada tahun 2007."

"Jika kita bersetuju dengan sesuatu daftar awam sementara para pesaing kita di seluruh dunia pula tidak mempersetujuinya, kita bakal menanggung kerugian yang nyata, lalu menjejaskan keadaan ekonomi kita dengan teruk."

Pada masa kini, Bermuda telah mengadakan persetujuan pertukaran maklumat bersama 80 negara, termasuk 41 persetujuan TIEA bersama 90 peratus daripada G20, 76 peratus daripada OECD dan juga 52 peratus daripada negara anggota EU. Pada September 2013, Bermuda menyertai Konvensyen Pelbagai Hala OECD tentang Bantuan Bersama berkenaan dengan Isu Cukai bagi menggalakkan kerjasama antara bidang kuasa dalam penilaian dan kutipan cukai, khususnya untuk membanteras pengelakan cukai.

Menteri Richards turut berkata: "Bermuda tidak pernah menjadi bidang kuasa dengan undang-undang kerahsiaan bank. Walaupun kami menghormati privasi orang ramai yang diberikan oleh British Common Law, kami tidak berhasrat untuk menyimpan atau menyembunyikan wang pengelak cukai daripada pihak berkuasa yang sah. Jika anda merupakan pengelak cukai, pembiaya pengganas atau penipu, jangan ambil kesempatan terhadap Bermuda. Kami tidak berminat dengan urusan anda dan anda tidak akan mendapat perlindungan daripada negara kami."

Sektor perniagaan antarabangsa Bermuda menyediakan cadangan nilai yang jelas untuk ekonomi global. Bermuda yang menempatkan 16 daripada 40 syarikat insurans semula yang terkemuka di dunia dan menyokong sehingga 100,000 pekerjaan di UK serta 350,000 pekerjaan di AS, terus menonjol hasil daripada pasaran perkhidmatan kewangannya.

Nota kepada Editor

Latar Belakang Bermuda: 

Bermuda ialah Wilayah Luar Negeri British yang ditadbir sendiri di Lautan Atlantik meliputi kawasan seluas kira-kira 21 batu persegi dengan anggaran jumlah penduduk seramai 61,777 orang.

Ekonomi Bermuda terutamanya adalah berdasarkan perniagaan antarabangsa dan pelancongan. Pada tahun 2013 sektor tersebut mewakili kira-kira 26.2 peratus dan 4.7 peratus masing-masing, anggaran KDNK nominal Bermuda adalah $5.57 bilion. Kerajaan ini menganggarkan pada tahun 2013 sektor pelancongan menyumbangkan kira-kira 12 peratus pekerjaan. Anggaran KDNK nominal per kapita pada tahun 2013 adalah $85,747, antara yang tertinggi di dunia.

Bermuda merupakan pusat kewangan antarabangsa terkemuka dan dianggap sebagai "modal berisiko dunia" dengan aset insurans menyumbang lebih 60 peratus daripada kesemua aktiviti kewangan. Ia menyumbang sehingga 100,000 pekerjaan untuk ekonomi UK dan, hasil daripada sistem kawal selia yang mantap dan fleksibel serta sistem cukai berasaskan penggunaan, sejumlah besar syarikat insurans antarabangsa terkemuka beroperasi di Bermuda.

Wilayah tersebut menjadi peneraju dalam ketelusan dan kerjasama berkaitan hal percukaian antarabangsa dengan 41 Persetujuan Pertukaran Maklumat Cukai dengan 90 peratus daripada G20, 76 peratus daripada OECD dan juga 52 peratus daripada negara anggota EU.

Bermuda diberikan taraf A+ oleh Fitch Ratings Agency, A1 oleh Moody's Investor Service dan AA- oleh Standard and Poor's.

Bagi mendapatkan maklumat tambahan, sila hubungi:

Simon Brocklebank-Fowler, Pengerusi, Cubitt Consulting
+44(0)20-7367-5100 / simon.brocklebank-fowler@cubitt.com

Rose Schreiber, Pakar Runding, Cubitt Consulting
+44(0)20-7367-5100 / rose.schreiber@cubitt.com

Anthony Manders, Setiausaha Kewangan, Kerajaan Bermuda
+1(441)295-5151 / amanders@gov.bm

Source: The Government of Bermuda
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis