omniture

Schindler Transit Management Group Umumkan myPORT, Cara Serba Baharu untuk Bergerak Melalui Alam Bina

- memberi kesan besar kepada rekaan bangunan baharu
Schindler Transit Management Group
2014-12-04 01:26 792

HONG KONG, 4 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Schindler Transit Management Group hari ini memperkenalkan aplikasi berasaskan telefon pintar yang dikenali sebagai myPORT, yang memberikan lebih banyak ciri keselamatan kepada pemilik bangunan dan lebih banyak kebebasan kepada penghuni berbanding sebelum ini.

myPORT allows building owners much greater security and occupants much more freedom than ever before
myPORT allows building owners much greater security and occupants much more freedom than ever before

 

Dr Paul Friedli, Schindler’s Head of Advanced Research unveils the latest myPORT application
Dr Paul Friedli, Schindler’s Head of Advanced Research unveils the latest myPORT application

 

Unlocking a myPORT phone with a fingerprint or PIN code, provides the user with a pass to obtain entry.
Unlocking a myPORT phone with a fingerprint or PIN code, provides the user with a pass to obtain entry.

 

 

Seorang penghuni yang memasang aplikasi myPORT dalam telefon bimbitnya boleh memasuki bangunan dengan hanya menggunakan kod PIN itu atau Touch ID untuk mengaktifkan telefon mereka dan menunjukkannya kepada pembaca. Pada mereka, ia kelihatan ringkas, tetapi ia sebenarnya "tahap e-perbankan" keselamatan dengan Schindler, di belakang tabirnya, menggunakan gabungan masa, topologi bangunan, dan saluran data berbilang untuk melaksanakan pengesahan keselamatan 4 langkah itu. Apabila sudah berada di dalam bangunan, pemilik telefon pintar itu amat yakin beliau mempunyai hak untuk berada di dalamnya. Ini bermakna, pintu boleh dibuka, lif yang diatur cara terlebih dahulu boleh dipanggil, dan kehidupan secara keseluruhannya akan menjadi jauh lebih mudah, semua ini tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar daripada saku anda.

myPORT menyediakan sistem kawalan pelawat yang membolehkan sesiapa sahaja untuk masuk dengan menggunakan telefon bimbit, tanpa mengira sama ada mereka telah memasang aplikasi myPORT atau tidak. Sesiapa pun boleh dibenarkan untuk melawat dengan mendapat pesanan ringkas yang diwujudkan oleh ciri pelawat telefon myPORT menggunakan bentuk ringkas. Apabila pelawat itu tiba ke bangunan tersebut, mereka boleh klik pada pautan terbenam pada pesanan ringkas itu dan, jika lawatan mereka masih sah, mereka akan dihantar kod video khas yang boleh ditunjukkan kepada PORT kemasukan, agar dapat dibenarkan masuk. Kod video yang digunakan itu merupakan ciptaan Schindler yang membenarkan akses pantas memandangkan telefon tidak perlu dipegang pegun, dalam orientasi tertentu, atau pada jarak khusus daripada kamera PORT yang sedang membacanya.

myPORT boleh digunakan bersama dengan stesen pelawat PORT Technology agar mana-mana pelawat dalam lobi boleh menghantar imej dan suara mereka terus kepada telefon myPORT milik individu yang ingin dilawati itu, sama ada mereka berada di dalam bangunan itu atau tidak. Jadi, contohnya, jika seseorang penghuni pangsapuri ingin membenarkan pelawat masuk, dengan hanya satu butang pada myPORT membolehkan pintu luar dibuka, satu lif akan ditugaskan yang mana ia telah diatur cara terlebih dahulu untuk ke tingkat yang sepatutnya, dan, jika perlu, pintu terakhir pangsapuri itu dibuka kuncinya.

myPORT menyingkirkan keperluan untuk orang kurang upaya untuk mempelajari selok-belok sistem kawalan bangunan tertentu memandangkan perjalanan mereka boleh dikawal daripada telefon pintar yang sudah pun biasa digunakan oleh mereka. Schindler sedang bekerjasama dengan Pusat Sumber Kehidupan Berdikari di San Francisco, sebuah organisasi yang mana matlamatnya adalah untuk memastikan orang kurang upaya menjadi penyumbang sosial dan ekonomi yang aktif, dalam keluarga mereka serta dalam masyarakat yang boleh diakses sepenuhnya. Matlamatnya adalah untuk memastikan ciri-ciri myPORT untuk orang kurang upaya direka oleh mereka yang akan menggunakannya sendiri dan boleh menjadi sebagus yang mungkin.

Bagi penggunaan harian, myPORT menjamin akan menjadikan kehidupan orang ramai lebih mudah dan selamat tetapi kesan yang lebih luas adalah jauh lebih ketara seperti yang dijelaskan oleh Dr. Paul Friedli, Ketua Penyelidikan Lanjutan Schindler serta pengasas PORT Technology, "Gabungan PORT Technology dan myPORT menandakan model tatarajah bangunan tradisional untuk teras pusat, plat lantai, dan salutan yang dahulunya ditentukan oleh keperluan gugusan lif, tidak diperlukan lagi. Kesedaran ini telah membawa Schindler untuk bekerjasama dengan masyarakat seni bina bagi memahami peluang-peluang yang akan muncul dengan menyingkirkan semua kekangan ini ketika persekitaran bandar generasi seterusnya dirancang. Semua kesan ini sangat banyak, mengujakan, dan dilihat dapat menawarkan kemampuan untuk menyelesaikan banyak masalah yang diakibatkan oleh pembandaran yang pesat di bandar-bandar kita."

Latar Belakang Schindler

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1874, Schindler Group merupakan penyedia global terkemuka untuk lif, tangga bergerak, dan perkhidmatan berkaitan. Penyelesaian mobiliti Schindler menggerakkan satu bilion orang setiap hari di seluruh dunia. Di sebalik kejayaan syarikat itu adalah lebih 53,000 kakitangan di lebih 100 buah negara.

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141203/8521407199-a
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141203/8521407199-b
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141203/8521407199-c 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141202/8521407199LOGO-a 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141202/8521407199LOGO-b

Source: Schindler Transit Management Group
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Electronic Design Automation High Tech Security