omniture

Vipshop dan The Economist Intelligence Unit Mengeluarkan Laporan tentang Kuasa Pembelian Dalam Talian Pengguna Wanita di Asia

Hampir 90 Peratus Wanita Asia yang Dikaji Selidik Membeli Pakaian dan Aksesori Dalam Talian Sementara 63 Peratus Responden Melayari Kedai Dalam Talian Setiap Hari
vip.com
2014-12-17 10:03 637

GUANGZHOU, China, 17 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Vipshop Holdings Limited (NYSE: VIPS, vip.com), peruncit diskaun dalam talian terbesar untuk jenama dalam China serta di seluruh dunia, dan peruncit peringkat e-dagang berorientasikan wanita No. 1 di China, telah memulakan dan bekerjasama dengan The Economist Intelligence Unit daripada Economist Group untuk satu kaji selidik berkenaan kuasa membeli pengguna wanita yang semakin meningkat di Asia.

Vipshop and The Economist Intelligence Unit Release Report on the Online Buying Power of Female Consumers In Asia
Vipshop and The Economist Intelligence Unit Release Report on the Online Buying Power of Female Consumers In Asia

Laporan bertajuk "Kenaikan dan dalam talian: Pengguna wanita di Asia," telah dikeluarkan hari ini, serta ia meninjau 5,500 wanita merentasi kawasan bandar di Rantau Besar China, India, Jepun, Korea Selatan, dan juga Singapura, selain juruanalisis pengguna, peruncit besar, dan pemilik jenama. Kajian itu mendapati wanita sedang memacu pertumbuhan amalan beli-belah dalam talian di rantau itu, malahan ramai yang lebih menggemari dalam talian berbanding luar talian. Daripada responden kaji selidik itu, 63 peratus melayari Internet sekurang-kurangnya sekali sehari untuk produk dan perkhidmatan, dengan hampir 30 peratus melakukannya dua kali atau lebih dalam sehari. Kurang sedikit daripada 80 peratus wanita seluruh rantau membeli barang runcit dalam talian, 83 peratus untuk alat kosmetik dan angka itu meningkat menjadi hampir 90 peratus untuk pakaian serta aksesori.

"Wanita merupakan kuasa pemacu yang unik dan penting dalam pasaran Asia. Di Vipshop, lebih 80 peratus daripada 90 juta ahli terkumpulnya adalah wanita, yang menyumbang kepada 90 peratus daripada jualan kami. Perkongsian dengan EIU memberi kami peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang tabiat membeli-belah pengguna dan untuk memperluaskan lagi kedudukan kepimpinannya bagi pasaran runcit dalam talian China," kata Eric Shen, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Vipshop.

Mungkin apa yang paling meresahkan peruncit yang menumpukan kepada perniagaan fizikal, hampir separuh – 49 peratus, daripada wanita yang dikaji selidik bersetuju atau sangat bersetuju yang mereka lebih menggemari pengalaman membeli-belah dalam talian berbanding di kedai-kedai. Angka itu adalah setinggi 69 peratus di tanah besar China.

Penemuan tambahan yang penting daripada laporan tersebut:

  • Wanita di bandar-bandar utama Asia menjadi semakin diperkasa. Di seluruh rantau, 43 peratus daripada wanita yang memberi maklum balas kepada kaji selidik itu mempunyai pekerjaan dalam bidang perkhidmatan pentadbiran, eksekutif, atau profesional, sementara 83 peratus lagi menyumbang kepada pendapatan isi rumah.
  • Kebanyakan wanita bertanggungjawab untuk keputusan belanjawan bagi kosmetik (81 peratus), pakaian dan aksesori (73 peratus), barangan runcit (67 peratus) serta produk ibu mengandung dan juga kanak-kanak (57 peratus), dan mereka sekurang-kurangnya merupakan pembuat keputusan bersama dalam kebanyakan kategori produk lain seperti barangan elektronik serta perkhidmatan pelancongan.
  • Sekurang-kurangnya di Internet, kebanyakan wanita Asia tidak kelihatan seperti menepati stereotaip individu yang tidak mementingkan diri dan menumpukan kepada keluarga semata-mata. Lebih 62 peratus wanita membeli barangan untuk diri sendiri kebanyakan masanya semasa membeli-belah dalam talian; di tanah besar China kadar itu meningkat menjadi 74 peratus, dan menjadi 77 peratus dalam kalangan wanita berusia 18-29 tahun.
  • Wanita mempunyai pelbagai sebab mengapa mereka menggemari amalan membeli-belah dalam talian. Kebanyakan daripada mereka mementingkan penjimatan kos (62 peratus) dan masa (60 peratus), tetapi mereka juga berasa mereka boleh bergantung kepada peruncit dalam talian untuk mendapatkan produk yang mereka ingin beli (59 peratus), serta mereka lebih menghargai kepelbagaian pilihan tawaran beli-belah dalam talian (56 peratus).
  • Semasa memilih peruncit dalam talian, wanita berkata harga (83 peratus) adalah penting atau sangat penting, tetapi begitu juga kualiti (83 peratus), produk tulen (82 peratus), dan kemudahan (77 peratus).
  • Sukar untuk mencapai cara pengiklanan yang berkesan. Sementara pengiklanan yang dituju kepada mereka sebagai pengguna pintar dan berdikari didapati menarik oleh 56 peratus wanita, 54 peratus berkata mereka mendapati pengiklanan yang ditujukan kepada mereka sebagai isteri, ibu, atau teman wanita adalah menarik.
  • Masa hadapan amalan membeli-belah dalam talian kelihatan mudah alih dan mengikut gerak hati. 58 peratus daripada demografi termuda yang dikaji selidik (18-29) membeli-belah dalam talian melalui telefon pintar mereka di rumah, berbanding 38 peratus daripada golongan berusia 40-49 tahun. Walaupun secara keseluruhannya, kira-kira 43 peratus dilaporkan membelanjakan lebih banyak wang bagi membeli-belah dalam talian berbanding di kedai-kedai fizikal, sekali lagi kadar dalam kalangan golongan berusia 18-29 tahun adalah lebih tinggi (56 peratus). Lebih separuh wanita berusia 18-29 tahun bersetuju mereka lebih berkemungkinan tinggi untuk membeli mengikut gerak hati apabila dalam talian.

Laurel West, penyunting laporan itu berkata, "Wanita sedang mengawal perbelanjaan dalam pelbagai kategori yang mana kita jangkakan, seperti pakaian dan aksesori, kosmetik serta barangan runcit. Tetapi mereka juga mempunyai pengaruh yang semakin besar bagi barangan yang berharga lebih tinggi seperti barangan elektronik. Banyak jenama sudah menyedari keadaan ini dan sedang berusaha untuk memahami dengan lebih baik apa yang penting kepada para pengguna wanita."

Menurut laporan EIU, wanita Asia menganggap "kualiti (83 peratus), harga (83 peratus) dan produk tulen (82 peratus) sebagai tiga faktor utama apabila mereka memilih peruncit dalam talian. Sudah jelas, model perniagaan Vipshop untuk "peruncitan diskaun dalam talian untuk produk berjenama dan tulen" berpadanan secara semula jadi dengan permintaan serta ciri-ciri wanita semasa membeli-belah dalam talian.

Laporan EIU juga menunjukkan wanita mempunyai kawalan perbelanjaan dalam talian dominan bagi pembelian pakaian dan aksesori, kosmetik, barangan ibu mengandung serta kanak-kanak, dan juga barangan rumah, yang secara kebetulan, membuktikan ketepatan strategi ekonomi wanita Vipshop yang dilakukannya setahun lalu. Sejak itu, Vipshop telah memperluaskan kategorinya daripada pakaian dan aksesori kepada kosmetik, barangan ibu mengandung serta kanak-kanak, dan juga barangan rumah bagi memanfaatkan kelebihan kuasa ekonomi wanita yang semakin meningkat.

Dengan memahami sepenuhnya peranan menyeluruh dan permintaan beli-belah wanita sebagai wanita berkerjaya serta berdikari, dan juga sebagai isteri/ibu/anak perempuan yang baik, Vipshop menyediakan barangan daripada 12,000 jenama untuk wanita dan keluarga mereka. Pada bulan September tahun ini, Vipshop melancarkan perniagaan "Jualan Global" mereka untuk mempelbagaikan tawaran membeli-belah dalam talian kepada wanita.

Tony Feng, Naib Presiden Vipshop, berkata semasa sidang akhbar pelancaran kaji selidik itu, "Di Vipshop, kami sentiasa mendesak diri sendiri untuk menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik dalam format yang terbaik, serta kajian ini dicetuskan daripada semua usaha ini yang menyasarkan kepada pasaran wanita yang semakin berkembang pesat. Ia menunjukkan keazaman kami untuk mengorak langkah lebih jauh dalam menumpukan sumber kami kepada pemahaman lebih baik dan penciptaan inovasi lebih canggih serta mengaturkan penggunaannya dalam bidang yang ingin kami tawani."

Untuk melihat laporan penuh, sila lawati http://www.economistinsights.com/marketing-consumer/analysis/rise-and-online atau http://going-global.economist.com/.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141216/0861409493

Source: vip.com
Related Stocks:
NYSE:VIPS
Keywords: Electronic Commerce Fashion Internet Technology Retail Survey, Polls & Research