omniture

Kemungkinan Baharu dalam Usaha Memerangi Barah Pankreas

AmVac AG
2014-12-19 16:00 112

ZUG, Switzerland, 19 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Lanjutan lesen dalam kontrak antara AmVac dan Pusat Helmholtz untuk adjuvan Malp-2 menawarkan potensi mampan kepada para pesakit, pakar perubatan bertugas, serta untuk penyelidikan farmaseutikal dan juga perubatan.

Kejayaan hasil lanjutan lesen

Lesen untuk Malp-2 telah berjaya dilanjutkan pada November 2014. Adjuvan itu kini boleh digunakan untuk kali pertama bagi semua penggunaan pencegahan dan terapeutik, contohnya dalam barah, terutamanya barah pankreas, lalu membuka kemungkinan baharu dalam kisah kejayaan Malp-2. Sebelum ini, adjuvan itu telah digabungkan dalam fasa praklinikal dengan pelbagai vaksin, membolehkan dos vaksin itu dikurangkan sambil meningkatkan keberkesanannya.

Keadaan sama-sama untung telah tercipta: orang yang divaksinkan mendapat faedah dua kali ganda dan pengeluar juga boleh menjimatkan kos secara signifikan. Dengan persetujuan lesen eksklusif yang kini telah dipersetujui bersama Pusat Helmholtz untuk Penyelidikan Jangkitan di Braunschweig, AmVac kini boleh melanjutkan skop penggunaan Malp-2 secara signifikan. Fokusnya di sini adalah untuk rawatan sesetengah barah seperti barah pankreas, yang mana ubat itu menawarkan peluang yang berharapan tinggi. Malp-2 boleh digunakan bersama ubat-ubatan lain atau secara berasingan.

Kajian menunjukkan Malp-2 boleh melanjutkan usia pesakit barah

Semasa tahun 2007, satu kajian yang dijalankan di Hospital Universiti Heidelberg menunjukkan Malp-2 boleh mewujudkan kemungkinan baharu. Kajian itu diwujudkan terutamanya bagi menunjukkan penggunaan selamat Malp-2 bagi pesakit barah pankreas dan kedua untuk mengesahkan penunjuk awal keberkesanannya menentang barah. Keputusan berjaya menunjukkan Malp-2 boleh digunakan secara selamat dalam kalangan pesakit dan ia membawa kepada lanjutan usia selamat yang signifikan. Penunjuk awal menunjukkan pengaktifan cekap sistem imun tubuh yang ditujukan kepada tisu barah. Ini adalah proses yang biasanya direncat secara aktif oleh barah itu.

Maklumat terperinci tentang Malp-2 dan penggunaanya boleh ditemui di laman sesawang Profesor Peter Mühlradt di http://malp-research.de/index.html

Langkah pembangunan seterusnya ialah kajian klinikal fasa II, yang akan melibatkan pengesanan tepat keberkesanan adjuvan itu bergantung kepada dos serta pencerahan lanjut tentang kaedah tindakan Malp-2 dalam memerangi barah. Hasil lanjutan lesen itu, potensi AmVac AG juga patut meningkat dengan banyak. "Dengan kepelbagaian pilihan yang ada, kami boleh menguatkan lagi saluran perancangan kami secara signifikan dan memperluaskan rangkaian penggunaan dengan ketara," jelas Melinda Karpati, Ketua Pegawai Eksekutif AmVac. Turut dilihat sebagai tanda positif adalah, di bawah persetujuan lesen itu, Helmholtz Institute akan meningkatkan kepentingan ekuiti yang dipegang setakat ini dalam AmVac.

Tumor yang berterusan 

Adenokarsinoma pankreas serta jenis-jenisnya yang lain merupakan antara tumor malignan yang paling biasa didapati. Adenokarsinoma merupakan nama yang diberi kepada tumor malignan yang terbentuk daripada tisu kelenjar. Ia merupakan punca 18,000 ke 100,000 kes baharu setiap tahun, serta merupakan barah ketiga paling biasa berlaku dalam saluran penghadaman. Barah pankreas merangkumi tiga peratus daripada kes barah di Jerman dan berada pada kedudukan kesembilan bagi lelaki serta ketujuh untuk wanita. Di Switzerland, kira-kira 1,100 orang didiagnosis dengan barah pankreas setiap tahun, yang juga bersamaan dengan kira-kira 3 peratus daripada semua barah. Apa yang paling menonjol di sini adalah kadar kematian yang tinggi: di Eropah, barah itu berada pada kedudukan keempat dan ketujuh, bergantung kepada negara.

Apa itu Malp-2?

Malp-2 dikenali sebagai ubat prospektif. Ia merupakan molekul kecil yang terdiri daripada satu bahagian lipid dan satu bahagian peptida. Aktiviti Mal-2 telah ditemui secara tidak sengaja dalam kultur sel yang telah dicemari mikoplasma. Mikoplasma merupakan bakteria yang sangat kecil yang dahulunya disangka sebagai virus, kerana ia dapat menembusi penapis yang menapis bakteria.

Malp-2 berfungsi begini: kita mempunyai sistem imun "semula jadi" dan "boleh suai" dengan memori untuk penyakit yang telah berjaya diatasi, contohnya. Sistem imun semula jadi terdiri daripada unsur fagosit lain, termasuk makrofaj. Sistem imun boleh suai terdiri daripada sel darah putih lain, iaitu limfosit. Makrofaj dan sel dendrit (yang memantau sistem imun) bekerjasama melalui penghantar serta hubungan sel dengan limfosit. Dalam tikus, Malp-2 telah meningkatkan penghasilan antibodi, dan ia juga telah mempercepatkan penyembuhan kecederaan kronik dalam tikus obes. Semua haiwan ini menghidap kencing manis dan seperti juga manusia, luka mereka juga sukar sembuh. Tambahan lagi, Malp-2 telah disuntik semasa pembedahan pada manusia dengan tumor yang tidak boleh dibedah keluar. Dengan cara ini, terbuktilah usia pesakit dengan barah pankreas mungkin dapat dilanjutkan.

Latar Belakang AmVac 

AmVac merupakan syarikat biofarmaseutikal yang menghasilkan dan memasarkan vaksin inovatif. Ibu pejabatnya terletak di Zug, Switzerland, dan ia mempunyai makmal penyelidikan di Jerman serta Itali dan juga kemudahan penghasilan di Hungary. Oleh itu syarikat antarabangsa itu boleh bergantung kepada kepakaran pakar Eropah yang merupakan peneraju dalam bidangnya.

Portfolio syarikat itu kini termasuklah lima calon vaksin dan tiga teknologi platform - Gynevac, Sendai dan Malp. Semua ini dilesenkan oleh satu rakan kongsi Hungary serta institut terkemuka Jerman Helmholtz- dan Max-Planck-Gesellschaft.

Produk terkemuka AmVac ialah Gynevac, yang sudah pun diluluskan untuk petunjuk serta rantau terpilih dan kini sedang dibangunkan dengan luas terutamanya untuk rawatan penyakit urogenital kerap. Hasil profil keselamatannya yang tiada tandingan, buat kali pertama, syarikat ini sudah boleh menawarkan rawatan atau pencegahan bebas kesan sampingan yang berkesan untuk pembesaran prostat yang tidak berbahaya, radang kelenjar prostat, vaginitis bakteria dan jangkitan trikomonas. 

Hubungi
Marie-Christine Kopkow, Presiden Lembaga
Tel.: +41-(41)-7253230, e-mel: kopkow@amvac.eu
AmVac AG, Metallstrasse 4, 6300 Zug, Switzerland
http://www.amvac.eu

Sumber: AmVac AG

Source: AmVac AG
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements