omniture

Aplikasi Carian Baharu: Selamat Tinggal Risalah Kertas - Selamat Datang Flyer App

Flyerapp
2014-12-20 03:27 137

HAMBURG, Jerman, 20 Disember 2014 /PRNewswire/ --

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) dan http://www.presseportal.de/pm/115576/ -

Tidak syak lagi: pengiklanan boleh benar-benar menjelikkan anda. Keadaan menjadi buruk apabila kita disogokkan dengan maklumat tidak berguna pada masa yang tidak sesuai. Cukup sekali anda menggunakan fungsi carian bagi mencari subang untuk teman wanita anda sempena Krismas dan anda akan dihujani dengan iklan rentang sehingga Hari Easter. Sesiapa yang menggunakan telefon pintar mereka untuk mencari farmasi atau kedai papan luncur air terdekat semasa bercuti berkemungkinan akan dibanjiri dengan lambakan hasil carian. "Flyer App" dihasilkan untuk menyelesaikan masalah ini. Maklumat sesuai dari seluruh dunia,tentang rangkaian pelbagai topik yang luas, tepat apabila diperlukan, kesemuanya boleh didapati dalam satu aplikasi yang padat. Cari sesuatu dengan cepat dan mudah, atau layari kategori yang tersusun jelas.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141218/721146-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141218/721146-b )

Terima atau kirimkan risalah digital ke seluruh dunia dalam masa tiga minit

Dengan menggunakan App Flyer, begitu cepat dan mudah menghubungi pelanggan serta mereka yang berminat tentang produk dan juga perkhidmatan, tanpa kos mahupun liputan yang dibazirkan. Setelah memilih kategori dan Drop Zone (carian kawasan sekitar sehingga lingkungan 25 kilometer), hasil carian dipaparkan sebagai risalah digital mesra telefon dengan perancang perjalanan dan pilihan panggilan dipautkan. Anda boleh menerbitkan kandungan anda dalam masa hanya tiga minit: tip konsert, menu tengahari, risalah kelab, acara, jualan musim sejuk,gambar haiwan kesayangan hilang atau basikal yang dicuri, mahupun bantahan terhadap lebuhraya yang dirancang. Aplikasi sehenti ini meliputi semuanya, daripada A untuk peguam ('attorney') hingga Z untuk zoo. Ini bermakna pengguna dapat memadam iklan tertentu tentang topik yang jarang mereka cari daripada telefon mereka. Tambahan pula, Flyer App mempunyai pangkalan data dengan bilangan entri yang banyak dari seluruh dunia, walaupun risalah digital pada masa akan datang mempunyai nilai maklumat yang lebih tinggi.

"Flyer" berfungsi dalam talian dan sebagai aplikasi untuk tablet serta telefon pintar (iOS 7/8, Android daripada 2.2.3 Froyo)dalam bahasa Jerman, Inggeris, Cina, Sepanyol, Portugis, Jepun, Rusia, Itali dan juga Perancis. Cari "Flyer App" melalui App Store atau Google Play atau imbas kod QR untuk memuat turun aplikasi tersebut secara terus.

https://itunes.apple.com/de/app/flyer/id490601768?mt=8

https://play.google.com/store/apps/details?id=de.webdoctors.flyer

http://www.flyerapp.net

Maklumat perhubungan media: Dederichs, Reinecke & Partners | Schulterblatt 58 | 20357 Hamburg
Thomas Reinecke | Tel. +49(0)40-20-91-98-220 | E-mel: media (at) flyerapp.net

Sumber: Flyerapp

Source: Flyerapp
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services