omniture

Huawei Dinobatkan sebagai Pembekal SDN dan NFV Terbaik bagi Tahun Kedua Berturut-turut dalam Kaji Selidik oleh Current Analysis

Huawei
2014-12-20 07:19 104

-- 76 % responden daripada pengendali telekomunikasi global pilih Huawei sebagai pilihan utama vendor SDN/NFV

SHENZHEN, China, 20 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan hari ini ia telah dinobatkan sebagai pembekal terbaik bagi kemudahan Perangkaian Didefinisikan Perisian (SDN) dan Virtualisasi Fungsi Rangkaian (NFV) bagi tahun kedua berturut-turut oleh pengendali telekomunikasi utama, menurut satu kaji selidik 2014 yang dijalankan oleh firma penganalisis Current Analysis.

Dengan maklum balas daripada 100 eksekutif kanan daripada lebih 80 pengendali rangkaian telekomunikasi dari seluruh dunia (Nota 1), kaji selidik "SDN dan NFV: Keperluan Pelaksanaan yang Berkembang dan Kaedah untuk Memanfaatkannya" telah memfokuskan kepada perubahan pasaran SDN dan NFV, kecenderungan membeli, kebolehan vendor dan penempatan.

Huawei sekali lagi mencapai keputusan memberangsangkan bagi pelbagai kategori:

  • Persepsi vendor:
    -      Huawei berada di tempat pertama bagi persepsi vendor dalam kalangan pengendali telekomunikasi tahap satu (melebihi $50 bilion) di peringkat global
  • Kecenderungan membeli:
    -        Huawei dipilih sebagai vendor terbaik yang mana pengendali telekomunikasi global (76%) dan di Eropah (88%) cenderung membeli penyelesaian SDN/NFV daripadanya; Huawei juga merupakan pembekal SDN/NFV kedua paling dipilih bagi pasaran Amerika Utara
    -        Huawei ditempatkan sebagai pembekal terbaik yang pengendali bersepadu (77%) dan pengendali talian tetap/berbilang khidmat (80%) paling berkemungkinan membeli penyelesaian SDN/NFV daripadanya
    -        78% pembuat keputusan perancangan rangkaian memilih Huawei sebagai pembekal utama yang mereka paling berkecenderungan untuk membeli penyelesaian SDN/NFV daripadanya

"Industri telekomunikasi sedang berkembang pantas sepanjang kitaran penerimaan SDN dan NFV, dengan pengendali mengalihkan tumpuan mereka daripada pengurangan kos kepada penjanaan hasil," kata En. Jason Marcheck, Pengarah Perkhidmatan, Infrastruktur Penyedia Perkhidmatan, Current Analysis. "Dengan lebih banyak kes penggunaan menjadi tersedia dan ROI yang didefinisikan lebih jelas menjadi amat penting bagi mencetuskan pelaksanaan, kami menjangkakan 2015 menjadi masa yang penting dalam melaksanakan teknologi ini. Sehubungan itu, penyedia perkhidmatan akan mencari vendor yang diberikan kadaran tinggi, seperti Huawei, untuk membantu memandu mereka melalui apa yang akan pasti menjadi proses pelaksanaan dan penerimaan yang kompleks."

"Huawei telah mempromosikan dengan aktif pengkomersilan SDN/NFV sejak pengenalan strategi SoftCOM pada 2012. Sehingga kini, kami telah bekerjasama dengan lebih 20 syarikat telekomunikasi untuk melaksanakan lebih 60 projek inovasi SDN/NFV secara bersama, serta beberapa pemasangan komersial telah disempurnakan dengan jayanya pada 2014," kata En. Ken Wang, Presiden Pemasaran Global dan Jualan Penyelesaian, Huawei. "Kami amat menghargai kepercayaan dan pengiktirafan terhadap kemampuan kami yang telah diberikan oleh para pengendali serta kami akan terus komited untuk bekerja sebagai rakan kongsi strategik jangka panjang bagi pelanggan kami, membantu mereka meningkatkan prestasi rangkaian dan juga merealisasikan transformasi perniagaan terhadap penyatuan ICT melalui pemasangan penyelesaian SDN/NFV terulung industri."

SoftCOM merupakan wawasan berevolusi Huawei bagi seni bina rangkaian masa depan berasaskan konsep dan teknologi utama termasuk pengkomputeran awan, SDN, NFV serta operasi berasaskan internet. Melalui strategi SoftCOMnya, Huawei membantu syarikat-syarikat telekomunikasi mengambil peluang strategik zaman maklumat dan menguruskan cabaran yang dibawa oleh keterbatasan rangkaian sedia ada dengan berkesan.

Sebarang maklumat lanjut tentang kaji selidik tersebut, sedutan laporan Current Analysis itu dapat diakses di sini: http://www.currentanalysis.com/t/2014/SDNsurvey/

Nota 1: 100 responden terdiri daripada: 68 eksekutif daripada pengendali bersepadu, 19 daripada pengendali talian tetap/berbilang perkhidmatan dan 13 pengendali mudah alih. Responden telah dibahagikan sama rata bagi Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Afrika, serta Asia Pasifik.

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Awards Survey, Polls & Research