omniture

Continental Tires Melancarkan Kempen Bola Sepak Merentasi Rantau Asia Pasifik Sewaktu Piala Asia AFC 2015 Australia

-- Rakan tayar eksklusif dan penaja rasmi menyasarkan untuk memudahkan semangat bola sepak di seluruh rantau Asia Pasifik di bawah tema "Keterujaan Teknik"
-- Kempen termasuklah Aplikasi Conti-Footie, Belon Conti, Peminat Perlawanan dan Individu ke-12
Continental AG
2015-01-13 10:23 516

SHANGHAI, 13 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Piala Asia AFC Australia bermula pada hari Jumaat. 9 Januari di Melbourne. Sebagai rakan kongsi tayar eksklusif dan penaja rasmi untuk Piala Asia AFC Australia 2015, Continental Tires telah melancarkan beberapa kempen untuk memudahkan dan meningkatkan semangat keghairahan bola sepak dalam rantau Asia Pasifik di bawah tema "Keterujaan Teknik". "Bola sepak, sukan nombor satu dunia, merangkumi keghairahan, teknik, dan semangat kesukanan, semuanya ciri yang sudah sebati dengan jenama Continental Tires. Dengan sejarah penajaan sukan bola sepak yang panjang seluruh dunia, Continental Tires menunjukkan komitmennya terhadap bola sepak dan akan terus berkomunikasi melalui platform ini," kata Antonio Lopes de Seabra, Naib Presiden Eksekutif untuk Unit Perniagaan Penggantian Continentals Asia Pasifik, Tayar Kenderaan Penumpang dan Tayar Trak Ringan.

Keterangan gambar: Belon Conti terapung di Melbourne
Keterangan gambar: Belon Conti terapung di Melbourne

Aplikasi Conti-Footie

Agar dapat melibatkan pengguna sewaktu acara itu dalam cara yang menyeronokkan, Continental Tires menggalakkan para peminat berkongsi semangat keghairahan bola sepak mereka dengan rakan-rakan mereka di platform sosial seperti Facebook, Twitter, Line atau WeChat. Setelah mengetahui para peminat lebih gemarkan poster bintang dan poskad, serta ikutan yang hangat tersebar untuk mengambil selfie, satu aplikasi bola sepak Buat Sendiri (DIY) telah direka dan kini telah dilancarkan di China, Korea, dan Jepun. Aplikasi bola sepak DIY itu membenarkan pengguna mengambil satu gambar selfie dan memilih salah satu daripada 80 templat yang direka terlebih dahulu dengan pelbagai gaya, tema, dan kedudukan pemain bola sepak. Satu imej poskad dengan wajah pengguna itu sendiri kemudiannya akan dihasilkan secara automatik. Jika seorang pengguna berkongsi imej ini melalui SNS sosialnya, dan mendapat lebih daripada 10 klik 'Suka" daripada rakan-rakannya, poskad yang direka itu kemudiannya akan dicetak dan dihantar kepada peminat ini sebagai cenderahati.

Belon Conti

Belon udara panas akan terbang dalam lima buah bandar perlawanan utama di Australia: Sydney, Melbourne, Canberra, Gold Coast dan Brisbane. Belon udara panas besar berwarna jingga yang terpampang logo AFC dan Continental Tires akan terapung di langit biru bagi meraikan pesta bola sepak dalam rantau Asia Pasifik ini. Selain Belon Bola Sepak Conti, terdapat juga bas Continental berulang-alik di jalanan bandar perlawanan. Aktiviti lanjut akan dilangsungkan sewaktu perlawanan bagi menyemarakkan lagi keghairahan bola sepak daripada peminat seperti Cabaran Conti dalam zon peminat, Peminat Perlawanan dan Pengiring Pemain.

Individu ke-12

Sebagai rakan penaja selama empat tahun untuk Pasukan Kebangsaan China, Continental Tires China mahu memanfaatkan kelebihan Piala Asia 2015 untuk menghubungkan emosi positif para peminat bola sepak dengan jenama tayar unggul Continental serta untuk meningkatkan kesedaran jenamanya. Kempen "individu ke-12" telah dicetuskan dengan idea untuk "mencari orang ke-12 untuk Pasukan China" dan menjemput para peminat untuk bersorak bagi Pasukan China sewaktu Piala Asia 2015. Para peminat akan dihubungi terutamanya melalui platform digital sementara pemenangnya akan diterbangkan ke Australia untuk menonton Pasukan China beraksi.

"Para peminat seluruh dunia sangat menggemari kemahiran dan kejituan pemain bola sepak. Dalam cara yang sama, Continental Tires mempunyai prestasi terbaik berkenaan pembrekan, pengendalian, dan pengambilan sudut bagi kenderaan anda berasaskan teknologi tayar terkemuka yang direka bentuk di Jerman. Oleh itu, teknologi merupakan penghubung sempurna antara tayar dan bola sepak," kata Jing Wang-Winter, Pengarah Pemasaran, Unit Perniagaan Penggantian Continentals Asia Pasifik, Tayar Kenderaan Penumpang dan Tayar Trak Ringan.

Continental AG 
Continental membangunkan teknologi pintar untuk mengangkut orang ramai serta barangan mereka. Sebagai rakan kongsi yang andal, pengeluar tayar antarabangsa, pembekal automotif, dan rakan kongsi perindustrian ini menyediakan penyelesaian yang mampan, selamat, selesa, tersendiri, dan mampu milik. Pada tahun 2013, syarikat itu menjana jualan sebanyak kira-kira EUR33.3 bilion dengan lima divisyennya, Casis & Keselamatan, Dalaman, Rangkaian Kuasa, Tayar, dan ContiTech. Kini Continental menggajikan kira-kira 189,000 orang di 49 buah negara.
www.continental-corporation.com

Divisyen Tayar 
Divisyen Tayar kini mempunyai 24 lokasi pengeluaran dan pembangunan seluruh dunia. Rangkaian produk luas dan pelaburan berterusan dalam penyelidikan & pembangunan adalah sumbangan besar kepada kebolehgerakan yang menjimatkan kos dan mesra alam. Sebagai salah satu pengeluar tayar terkemuka dunia dengan lebih daripada 44,000 kakitangan, divisyen Tayar telah mencecah jualan sebanyak EUR9.6 bilion pada tahun 2013.

Tayar Kenderaan Penumpang dan Tayar Trak Ringan 
Continental adalah salah satu pengeluar tayar kenderaan penumpang dan tayar trak ringan terkemuka Eropah serta merupakan pengeluar tayar kenderaan penumpang dan juga tayar trak ringan keempat terbesar di dunia dalam sektor perniagaan peralatan tulen dan alat ganti. Tumpuan pembangunan produk jenama unggul Continental adalah untuk mengoptimumkan semua ciri yang berkaitan keselamatan, sambil meminimumkan kerintangan golek secara serentak.
www.continental-tires.com

Penajaan 
Divisyen Tayar Continental adalah penaja rasmi Piala DFB Jerman, Bola Sepak Liga Utama di AS dan Kanada, Piala Asia 2015 di Australia, dan kejohanan UEFA EURO 2016TM di Perancis.
www.ContiSoccerWorld.com

Pangkalan Data Media
www.mediacenter.continental-corporation.com

Untuk maklumat lanjut tentang Continental, sila lawati www.continental-tires.cn.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150112/0861500213

Source: Continental AG
Keywords: Auto Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements