omniture

Persatuan Pengurusan Data Klinikal: Mengenang 2014, Menanti 2015

The Society for Clinical Data Management (SCDM)
2015-01-29 21:22 115

BRUSSELS, 29 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Selepas tahun yang cemerlang, Persatuan Pengurusan Data Klinikal (SCDM) sedang bersedia menantikan tahun 2015 yang akan turut sama meraih kemajuan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150127/727235 )

SCDM meraikan Ulang Tahun ke-20 dengan bergaya semasa Persidangan Tahunan 2014 di Las Vegas, disertai 700 rakan dan penyokong dari seluruh dunia serta mewakili industri. Sebanyak 280 buah syarikat hadir semasa Persidangan itu dan penilaian pascaacara mengesahkan yang ia merupakan pengalaman peribadi dan banyak memberi pengajaran yang berinspirasi untuk semua hadirin.

Forum Kepimpinan CDM di Leiden, Belanda – acara Eropah pertama yang dianjurkan oleh SCDM sejak penubuhannya – menghimpunkan wakil-wakil industri yang paling berpengalaman dan pengawal selia EMA bagi membincangkan topik hangat dalam industri.

Tambahan lagi, 2014 menyaksikan penerbitan kertas putih SCDM yang pertama tentang Pelaksanaan eSumber dalam Penyelidikan Klinikal: Suatu Perspektif Pengurusan Data, membentangkan modaliti pengumpulan data berguna untuk eSumber dan pertimbangan berkaitan bagi kejayaan pelaksanaan. Kertas putih itu – dipetik oleh FDA – bukan sahaja menerima input daripada CFDA, tetapi ia juga disediakan oleh antara pemimpin CDM paling berpengetahuan seluruh dunia.

Aktiviti tertumpu dan pemantauan perbelanjaan agresif membolehkan SCDM menikmati tahun yang menguntungkan daripada segi inisiatif dan kewangan. Oleh itu, Persatuan itu lebih galak melabur dalam aktiviti yang akan memenuhi misinya dalam memajukan profesion pengurusan data klinikal ke peringkat antarabangsa.

Sambil mengenal pasti peluang terbaik, di Asia dan juga Eropah, SCDM berhasrat untuk menjalankan perluasan global, yang akhirnya dapat menyumbang kepada matlamat utama: menggabungkan jejak globalnya dan memajukan profesion itu dalam semua rantau seluruh dunia.

Ini termasuklah acara tempatan yang diadakan sepanjang tahun dan program pendidikan lain yang menangani cabaran paling genting yang dihadapi oleh para profesional pengurusan data klinikal seluruh dunia.

Persidangan Tahunan SCDM 2015 akan dilangsungkan di Washington, D.C., mulai 20-23 September.

Teruskan mengikuti SCDM di http://www.scdm.org.

Latar Belakang SCDM 

Persatuan Pengurusan Data Klinikal adalah sebuah pertubuhan profesional global yang bukan berasaskan keuntungan dengan 2,600 ahli seluruh dunia, khusus untuk menggalakkan kecemerlangan dalam pengurusan data klinikal melalui pembangunan profesional, pendidikan, dan pensijilan. Antara program-program utama SCDM termasuklah, Amalan Pengurusan Data Klinikal yang Baik, pensijilan CCDM©, pembelajaran dalam talian, dan Persidangan Tahunan.

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.scdm.org.

Source: The Society for Clinical Data Management (SCDM)
Keywords: Health Care/Hospital