omniture

Telkomsigma Memilih Platform Mudah Alih i-exceed Appzillon bagi Memperkasa Perusahaan dalam Inisiatif Mobiliti Mereka

I-Exceed Technology Solutions Pvt Ltd
2015-01-30 13:53 194

BANGALORE, India, 30 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Telkomsigma, syarikat penyelesaian teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) terkemuka Indonesia, bekerjasama dengan i-exceed bagi penggunaan platform pembangunan aplikasi mudah alih (MADP) terpenting mereka Appzillon.

Buat masa kini Telkomsigma menawarkan produk dan perkhidmatan dalam industri perbankan, kewangan, dan pasaran modal. Dengan melihat kepada pertumbuhan luar biasa dalam permulaan penggunaan teknologi mudah alih, penting untuk mereka memastikan tawaran perkhidmatan semasa mereka boleh diakses dalam ruang mudah alih dengan risiko penyepaduan rendah berserta sistem perusahaan sedia ada.

Mengikut prasarana berpaksikan perkhidmatan yang sebenar, Appzillon membolehkan pembangun mencipta aplikasi mudah alih bebas yang bersepadu lancar dengan sistem perusahaan sedia ada.

Encik Joseph John, Pengarah Urusan i-exceed mengulas, "Kami berbangga dapat dikaitkan dengan usaha Telkomsigma bagi memperbaiki pengalaman pelanggan dan pengguna. Appzillon adalah platform yang akan menggerakkan, mengubah, dan menyatukan pengalaman pengguna bagi sistem perusahaan dengan kos yang rendah serta masa yang singkat. Platform ini juga akan membantu Telkomsigma memendekkan secara drastik masa pembangunan aplikasi mudah alih dan meminimumkan risiko yang berkaitan dengan penyepaduan sistem.

Encik Bimo Purbo, Naib Presiden Pengurusan Produk Aplikasi di Telkomsigma mengulas, "Appzillon akan membantu kami mencapai matlamat mobiliti kami dengan lebih pantas. Ia boleh menjana aplikasi silang platform dalam masa yang singkat dengan ciri-ciri seperti penjanaan skrin automatik, penyepaduan yang lancar, dan keselamatan berbilang peringkat."

Latar Belakang i-exceed: 

i-exceed merupakan sebuah organisasi produk dan perkhidmatan IT, yang memberi tumpuan kepada penyediaan produk nic nilai tertambah serta menawarkan khidmat rundingan khusus dalam bidang mobiliti perusahaan, perbankan teras, dan reka bentuk prestasi. Platform pembangunan aplikasi mudah alih (MADP) i-exceed Appzillon digunakan oleh organisasi terkemuka seluruh dunia.

i-exceed mempunyai pejabat di India, Singapura, dan A.S.

Latar Belakang Telkomsigma: 

Ditubuhkan pada tahun 1987, PT Sigma Cipta Caraka (Telkomsigma) merupakan sebuah syarikat Penyelesaian ICT terkemuka di Indonesia. Dengan kekuatan lebih 1200 kakitangan termasuklah para profesional IT berkelayakan antarabangsa, Telkomsigma menawarkan penyelesaian perisian dan perkhidmatan IT menyeluruh yang terdiri daripada rundingan, pembangunan perisian, pengkomputeran awan, pusat data tersepadu, dan perkhidmatan IT terurus dalam sektor perbankan (konvensional dan berasaskan Syariah), kewangan, telekomunikasi, pengeluaran, pengedaran, dan sektor lain.

Hubungan Media:
Kumar K P
i-exceed technology solutions private limited
+91-9900018377 | kp.kumar@i-exceed.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150129/727550

Source: I-Exceed Technology Solutions Pvt Ltd
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Contracts