omniture

GreenRoam Menghapuskan Sempadan Telekomunikasi Antara Negara

GreenRoam Limited
2015-02-05 05:38 320

HONG KONG dan SINGAPURA, 5 Februari 2015 /PRNewswire/ -- GreenRoam Limited, anggota Taisys Holding Co. Ltd., hari ini mengumumkan perkhidmatan muat turun OTA SIM lembut mereka mula boleh didapati di Amerika Utara, Eropah, dan Asia Tenggara melalui aplikasi slimduet® mereka.

slimduet - Log  masuk
slimduet - Log masuk
slimduet - Pilih Negara dan Pakej Perkhidmatan Mudah Alih
slimduet - Pilih Negara dan Pakej Perkhidmatan Mudah Alih

Kesejagatan telah mewujudkan letusan yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam pelancongan. Pada tahun 2014, AS dan UK masing-masing menerima 19.2 juta dan 1.61 juta pengunjung Asia. Setakat November 2014, jumlah bilangan pelancong dari China yang berkunjung ke luar negara mencatat rekod sebanyak 100 juta orang dengan kuasa perbelanjaan sebanyak AS$102 bilion. Dengan lebih sepuluh juta pengguna China berhubung dengan perkhidmatan mPerbankan berasaskan SIM tipis Taisys, perkhidmatan slimduet® akan memberi kelebihan jelas kepada GreenRoam berbanding pemain pasaran lain dalam merebut perniagaan telekomunikasi ke luar negara yang besar dari China.

"Dengan tambang penerbangan yang lebih berpatutan menggalakkan orang ramai untuk melancong, kami lihat terdapat ikutan yang tidak boleh diundurkan lagi bagi membawakan keterhubungan mudah alih tanpa sempadan yang arif, mampu milik, dan menyenangkan kepada pelancong," kata Encik Moter Du, Ketua Pegawai Eksekutif GreenRoam. "Pelanggan kami akan menetapkan ikutan mengembara seluruh dunia dengan hanya satu aplikasi, dan satu SIM tipis dalam telefon bimbit mereka. Dalam bulan-bulan akan datang, kami akan meluaskan lagi liputan rangkaian slimduet® sambil lebih banyak MNO dan MVNO menyertai perkongsian slimduet® bagi menyediakan perkhidmatan mudah alih berkualiti tinggi untuk pengembara dunia."

Limitless Mobile, penyedia penyelesaian dan perkhidmatan prasarana untuk penyedia perkhidmatan MNO, MVNO, dan MSM, sedang membolehkan pengguna slimduet® untuk membuat perayauan yang menjimatkan kos apabila melancong ke UK. Encik Atte Miettinen, Ketua Pegawai Eksekutif Limitless Mobile, berkata, "Saya berbesar hati dalam memudahkan fungsi ini dalam UK bersama GreenRoam. Kolaborasi kami membenarkan kami membawakan teknologi maju dan perkhidmatan keterhubungan yang berkos lebih rendah kepada pengembara seluruh dunia."

GreenRoam akan melancarkan perkhidmatan slimduet® secara rasminya semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2015 dan menjemput lebih banyak MNO dan MVNO bagi menyertainya dalam perikatan strategik bagi menyediakan pengalaman mudah alih berorientasikan pelanggan tanpa sempadan untuk semua pengguna.

Apa itu slimduet®

Platform slimduet® merupakan pusat arahan bagi pengagihan perkhidmatan mudah alih berasaskan teknologi SIM tipis eksklusif GreenRoam, SIMoMETM.. Sebelum ke luar negara, pengguna akan mengakses aplikasi slimduet® bagi membeli perkhidmatan mudah alih prabayar tempatan melalui perkhidmatan muat turun melalui udara (OTA). Apabila berada di luar negara, pelancong boleh menikmati hubungan serta-merta melalui perkhidmatan telekomunikasi tempatan. Perkhidmatan slimduet® mengelakkan pelancong terkejut dengan bil yang tinggi sambil menyediakan pengalaman pengguna yang lebih mudah.

Hubungi:

Maggie Chien
+886-2-2627-0927
maggie.chien@taisys.com

http://photos.prnasia.com/prnh/20150203/8521500680-a   http://photos.prnasia.com/prnh/20150203/8521500680-b

Source: GreenRoam Limited
Keywords: Internet Technology Telecommunications Travel Wireless Communications Corporate Expansion