omniture

Liqui-Box Raih Anugerah Inovasi Teknikal untuk Penyelesaian Pembungkusan Aseptik

Liqui-Box
2015-03-05 23:06 130

RICHMOND, Virginia, 5 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Liqui-Box, pemimpin dunia dalam penyelesaian pembungkusan cecair fleksibel, berbesar hati mengumumkan mereka adalah penerima anugerah yang menunjukkan kemampuan mereka untuk merekabentuk, membangunkan dan menghasilkan teknologi pembungkusan fleksibel yang inovatif. Anugerah Perak untuk Inovasi Teknikal telah disampaikan kepada Liqui-Box hasil daripada pembangunan dan pengkomersilan pakej makanan pukal FlexAsept™.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150304/179521

Diperkenalkan pada 2012, pengedaran FlexAsept™ terus berkembang di seluruh dunia. Pakej FlexAsept™ memberikan fleksibiliti hebat, ketahanan termal dan Kadar Transmisi Oksigen (OTR) yang dipertingkat. Pakej ini memberikan pelanggan penjimatan signifikan dengan mengurangkan alas, pengendalian tambahan dan kerosakan produk akibat rekahan fleks. Sesetengah pelanggan dapat menghapuskan 100% alas yang digunakan untuk melindungi daripada rekahan fleks!

Anugerah tersebut disampaikan semasa Majlis Anugerah Pencapaian Pembungkusan Fleksibel & Makan Malam Aluan FPA 2015 pada Selasa 3 Mac 2015 yang diadakan sempena Perjumpaan Tahunan FPA 2014 (3-5 Mac 2015) di Ritz Carlton Golf Resort di Naples, FL.

Persatuan Pembungkusan Fleksibel (FPA) menghakimi enam puluh enam penyertaan pakej yang menampilkan penyertaan inovatif yang menyepadukan trend dan keperluan pelanggan dengan kemajuan teknikal dalam bahan, grafik, struktur, serta kelestarian untuk menghasilkan penyelesaian pembungkusan fleksibel yang hebat. Sembilan belas pembungkusan telah diiktiraf dengan dua puluh tiga Anugerah Pencapaian Pembungkusan Fleksibel dalam satu atau lebih kategori termasuk Kecemerlangan Pembungkusan, Pencetakan dan Impak Rak, Inovasi Teknikal dan Kelestarian.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan daripada Liqui-Box sila lawati www.liquibox.com.

Latar Belakang Liqui-Box

Liqui-Box merupakan penginovasi utama bagi penyelesaian pembungkusan lestari untuk penyampaian yang pantas, segar dan menjimatkan kos untuk produk-produk cecair serta separa cecair. Liqui-Box mengeluarkan pembungkusan fleksibel beg dalam kotak dan saku untuk kegunaan pelbagai industri, termasuk pasaran tenusu, minuman dan makanan pukal di peringkat global. Aplikasinya termasuk sirap minuman pancuran, adunan susu kocak, minuman kopi, makanan cecair boleh dipam seperti pekatan dan sos, selain produk bukan makanan seperti minyak serta cat. Liqui-Box menawarkan kelengkapan mengisi paling pantas dalam industri, bersama pembungkusan boleh guna termasuk substrat filem, beg dengan pepasangan, dan saku. Liqui-Box merupakan sebuah syarikat portfolio The Sterling Group; sebuah firma ekuiti persendirian pasaran pertengahan yang berpangkalan di Houston dengan lebih 30 tahun pengalaman mempertingkat dan mengembangkan perniagaan pembungkusan serta industri lain.

Hubungi: Paul Kase
Naib Presiden, Pemasaran & Strategi
pkase@liquibox.com
+1.804.433.3834

Source: Liqui-Box
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers Awards