omniture

Penyelesaian Beri Kesan Kepada Pembeli Tiket Penerbangan antara A.S. dan Asia, Australia, New Zealand, atau Kepulauan Pasifik

Cotchett, Pitre & McCarthy LLP and Hausfeld, LLP
2015-03-06 09:22 81

SAN FRANCISCO, 9 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Kenyataan berikut sedang dikeluarkan oleh firma perundangan Cotchett, Pitre & McCarthy LLP dan Hausfeld, LLP.

Penyelesaian telah dicapai dengan lapan syarikat penerbangan dalam tindakan undang-undang melibatkan harga tiket penerbangan. Defendan yang Menyelesaikan adalah: Air France; Cathay Pacific; Japan Airlines; Malaysia Airlines; Qantas; Singapore Airlines; Thai Airways; dan Vietnam Airlines. Tindakan undang-undang itu berterusan terhadap lima syarikat penerbangan Defendan yang Tidak Menyelesaikan: Air New Zealand; All Nippon Airways ("ANA"); China Airlines (Taiwan); EVA Airways; dan Philippines Airlines.

Tindakan undang-undang itu mendakwa Defendan-defendan telah bersetuju untuk menetapkan harga tiket bagi perjalanan udara transpasifik. Akibatnya, pembeli tiket mungkin telah membayar lebih daripada yang perlu. Defendan yang Menyelesaikan menafikan dakwaan tersebut, dan menafikan mereka mempunyai sebarang liabiliti. Syarikat penerbangan Defendan turut menafikan liabiliti, walaupun ANA telah mengaku menetapkan harga sesetengah tiket berdiskaun.

Pembeli terlibat sekiranya: (1) mereka membeli tiket untuk perjalanan udara daripada salah satu daripada 26 syarikat penerbangan; (2) tiket tersebut termasuk sekurang-kurangnya salah satu segmen penerbangan antara A.S. dan Asia atau Oceania; dan (3) pembelian tersebut dibuat antara 1 Januari, 2000 dan sekarang. Penerangan kelayakan yang lebih lengkap boleh didapati di www.AirlineSettlement.com, atau dengan menelefon 1.800.439.1781 (di A.S. atau Kanada) atau 1.612.359.2900 (Antarabangsa).

Defendan yang Menyelesaikan telah bersetuju membayar $39,502,000 ("Dana Penyelesaian"). Wang masih belum diagihkan, dan akan diagihkan mengikut Rancangan Agihan yang diluluskan oleh Mahkamah. Peguam Kelas akan meneruskan kes terhadap Defendan yang Tidak Menyelesaikan.

Maklumat Penting

  • Pembeli perlu menghantar Borang Tuntutan secara dalam talian atau melalui pos. Tarikh terawal untuk memfailkan tuntutan adalah 19 September 2015, tetapi mereka akan mempunyai sehingga 120 hari selepas Penyelesaian lengkap dan efektif untuk memfailkan tuntutan.
  • Pembeli yang tidak melakukan apa-apa tidak akan menerima bayaran dan menyerahkan hak untuk menyaman.
  • Pembeli yang mahu mengekalkan hak untuk menyaman Defendan mesti mengecualikan diri mereka sebelum 17 April 2015.
  • Pembeli yang kekal dalam Penyelesaian boleh menentangnya sebelum 17 April 2015.

Mahkamah akan mendengar kes ini pada 22 Mei 2015, untuk mempertimbangkan sama ada untuk meluluskan Penyelesaian. Peguam Kelas tidak meminta bayaran guaman dan pembayaran kos pada masa ini tetapi akan berbuat demikian sehubungan dengan pendengaran kes. Bagi Penyelesaian semasa, Peguam Kelas akan meminta sehingga satu pertiga daripada Dana Penyelesaian ditambah sehingga $7,500 bagi setiap wakil kelas. Peguam Kelas telah meminta Mahkamah menetapkan tambahan $3 juta daripada Dana Penyelesaian untuk merangkumi perbelanjaan akan datang.

Sila lawati laman sesawang, www.AirlineSettlement.com untuk maklumat lanjut, dokumen penting, dan kemas kini kes.

Source: Cotchett, Pitre & McCarthy LLP and Hausfeld, LLP
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel Legal issues Attorney/Lawsuit Investigation