omniture

CIFF Berwajah Baharu - Pameran Perabot Antarabangsa China ke-35 (Guangzhou) Bakal Berlangsung

China International Furniture Fair
2015-03-20 11:44 224

GUANGZHOU, China, 20 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China ke-35 (Guangzhou) ("CIFF") bakal berlangsung di Kompleks Pameran Import & Eksport China pada 18 Mac 2015. CIFF akan dipersembahkan dengan konsep dan wajah baharu berdasarkan 18 tahun sejarah dalam industri ini.

A New Look CIFF - The 35th China International Furniture Fair (Guangzhou) is Opening
A New Look CIFF - The 35th China International Furniture Fair (Guangzhou) is Opening

I. Berusaha membina platform perdagangan yang global, bersepadu, dan interaktif

Dalam kawasannya yang seluas 680,000 meter persegi, CIFF bakal menempatkan jenama dari 32 buah negara dan wilayah. Pameran itu bakal merangkumi pelbagai tema termasuk perabot kediaman, perabot pejabat, perabot hotel, perabot untuk ruang awam, perabot luar, hiasan rumah & tekstil kediaman, mesin perabot & bahan mentah. CIFF bekerjasama dengan lebih 500 kumpulan media profesional bagi menjemput pembeli profesional. Dianggarkan lebih 140,000 pengunjung dari lebih 190 buah negara dan wilayah bakal menghadirinya, lalu mewujudkan peluang tanpa had.

II. Platform Hebat untuk Mengukuhkan Pertukaran Maklumat

CIFF telah menjadi platform pelbagai fungsi bertaraf dunia untuk perdagangan, promosi jenama, pameran fesyen, dan pertemuan industri. Ia menikmati reputasi yang meluas dalam industri dan menyediakan platform untuk pertukaran berdasarkan persekitaran dan pengalamannya yang bagus. CIFF ke-35 akan terus menggalakkan penyepaduan mendalam pameran itu dengan forum seperti Rekaan di China ke-7 (Guangzhou), Astaka Tema Persekitaran Pejabat ke-6, Anugerah Rekaan Perabot dan Ramalan Perabot Pejabat Global, yang bakal menyentuh isu hangat dalam industri daripada sudut berbeza, mencetus idea, dan memperkayakan lagi platform itu bagi tujuan pertukaran maklumat.

III. Menginovasi dalam Perkhidmatan dan Memperbaiki Tahap Perkhidmatan

CIFF memberi tumpuan khusus kepada butiran perkhidmatan dan memperbaiki tahap perkhidmatan, serta mampu menawarkan peserta dengan pengalaman yang luar biasa memandangkan pihak penganjur juga merupakan pemilik kompleks konvensyen itu. CIFF ke-35 itu telah memudahkan lagi prosedur permohonan lencana kemasukan dan memperkaya laman sesawang rasmi mereka serta fungsi WeChat bagi memudahkan proses permohonan pempamer dan prapendaftaran kemasukan peserta forum. Ia juga mengaturkan bas ulang-alik dari Lapangan Terbang Baiyun ke kompleks itu dan di sekitar kompleks sewaktu pameran itu, menyediakan pengalaman yang selesa, mudah, serta berkesan kepada para pempamer dan juga pengunjung.

IV. CIFF (Guangzhou/Shanghai) Bakal Mengilhamkan Dunia.

Hasil kemajuan dan inovasi bertahun lamanya, CIFF telah menjadi salah satu pameran terbaik dan paling bernilai tinggi dalam industri perabot dunia. Bermula 2015, sesi September CIFF akan dipindahkan dari Guangzhou ke Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) ("NECC"). CIFF ke-36 (Shanghai) bakal menampilkan mesin perabot, bahan mentah dan produk siap dan hiasan, menghubungkan industri huluan serta hiliran, daripada rekaan kepada pengeluaran dan juga merangkumi pelbagai tema dalam seluruh rantai industri. CIFF (Shanghai) akan membina platform yang besar dan hebat untuk industri perabot.

Normal yang baharu membawa misi baharu yang mengilhamkan idea baharu. Lebih baik semasa musim bunga dan lebih segar semasa musim luruh. CIFF (Guangzhou/Shanghai) bakal membuat lebih baik lagi, menambah babak baharu kepada titik permulaan baharu dalam sejarah.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150319/0861502009

Source: China International Furniture Fair
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news