omniture

Asia Plantation Capital Menampilkan Minyak Oud Tulen di Esxence 2015

Asia Plantation Capital
2015-03-27 20:13 567

SINGAPURA, 27 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Fragrance Du Bois, sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Asia Plantation Group, dengan sukacitanya mengumumkan penampilan keduanya di Esxence, pertunjukan perdagangan wangian mewah terunggul di dunia. Tahun ini, Fragrance Du Bois bakal membawa tapak pamerannya ke Milan, mencipta semula glamor, daya tarikan dan kemewahan istimewa semua butiknya yang menetapkan tanda aras baharu seluruh dunia.

Minyak wangi dan serpai kayu Oud dipamerkan di Kedai Butik Utama Fragrance Du Bois
Minyak wangi dan serpai kayu Oud dipamerkan di Kedai Butik Utama Fragrance Du Bois

Pameran ini akan menampilkan 'Batang Pokok Oud' Fragrance Du Bois yang inovatif, dan akan mempamerkan minyak Oud tulen dan mampan, semuanya disahkan sebagai sumber oleh Asia Plantation Capital dan CITES, (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa untuk Spesies Terancam Liar Flora dan Fauna).

Minyak itu digunakan dalam penghasilan semua minyak wangi Fragrance Du Bois, dan kini dibekalkan kepada pengeluar minyak wangi dan syarikat kosmetik yang semakin meningkat jumlahnya. Ini termasuklah banyak jenama mewah yang dipamerkan dalam butik antarabangsa Fragrance Du Bois, serta jenama lain yang akan turut menyertai pameran Esxence, di samping kelompok syarikat berpusat di Teluk dan keluarga diraja yang semakin bertambah.

Jika melihat kepada nilai minyak Oud yang tinggi – dengan harga runcit yang mencecah lebih AS$250,000 per kilogram untuk sampel paling tulen – minyak bernilai sejumlah AS$5 juta akan dipamerkan di pameran Fragrance Du Bois. Cukup untuk mengatakan bahawa kawalan keselamatan adalah sangat ketat.

"Tahun ini di Esxence, kami berharap dapat membantu mendidik industri tentang nilai dan kepentingan rantaian bekalan yang diiktiraf," kata Gary Crates, Ketua Pegawai Eksekutif Eropah untuk Asia Plantation Capital dan Fragrance Du Bois. "Kisah 'Dari Tanah Kepada Minyak Kepada Anda' ini boleh dikaitkan dengan semua spesies tanaman kami, dan bukan sahaja Oud. Buat masa ini, kami menghasilkan minyak nilam, vetiver, dan mawar, di samping banyak lagi minyak dan damar mampan untuk pasaran antarabangsa. Pada tahun ini di Esxence, kami akan melancarkan banyak produk baru, sesetengah daripadanya merupakan yang pertama dalam industri ini. Ini termasuklah APC Essentials – divisyen baru Kumpulan itu yang berdedikasi untuk bekerja dengan syarikat kecil dan besar bagi membekalkan mereka dengan produk mereka sendiri yang disumberkan dan ditanam secara semula jadi. Ini melengkapi satu lagi inisiatif kami, L'Essence Du Bois, yang merupakan suatu perjalanan eksklusif melalui 52 esen alam semula jadi yang boleh ditemui dalam semua wangian mewah."

Sambung Crates lagi, "Kami juga memperkenalkan rangkaian kotak buatan tangan yang perlu ditempah terlebih dahulu dan penuh berseni yang boleh dipilih dan disuai khusus untuk setiap minyak wangi kami, serta rangkaian botol kristal buatan tangan yang halus buatannya untuk minyak Oud tulen kami, yang direka oleh pencipta barangan kristal mewah terunggul, Cristal de Paris. Bukan itu sahaja," kata Crates semasa mengakhiri ucapannya. "Kami juga turut akan  menjalin kolaborasi rekaan dengan Swarovski bagi rangkaian minyak wangi mewah Shades dan Privé oleh Fragrance Du Bois, menampilkan pilihan penutup botol bertatah permata yang boleh dipilih dengan teliti oleh para pelanggan serta dibuat khusus mengikut keinginan peribadi mereka bagi minyak wangi dalam semua butik kami."

Minyak Oud yang dihasilkan oleh Asia Plantation Capital didatangkan dengan sejumlah pensijilan dan anugerah yang tidak pernah didapati sebelum ini, termasuklah kelulusan daripada CITES dan IFRA (Persatuan Wangian Antarabangsa), dengan ketulenan serta bukti sumber dikukuhkan lagi dengan Lampiran Data Keselamatan Produk dan juga Permit Import EU.

Asia Plantation Capital juga berbangga kerana berjaya meraih banyak anugerah baru-baru ini, dicalonkan sebagai peserta akhir dalam Anugerah Kecantikan Lestari, peserta akhir dalam Anugerah Seni dan Olfaksi, dan diiktiraf sebagai 'Syarikat Pengurusan Perhutanan Mampan Terbaik – Global' Capital Finance International (CFi.co) untuk tahun 2014. Penting untuk menyatakan bahawa produk Asia Plantation Capital mematuhi peraturan Syariah, dan untuk memastikan komitmen syarikat itu terhadap kemampanan, ia menjamin akan menanam semula minimum dua pokok bagi setiap pokok kayu gaharu yang dituai.

Jelaslah bahawa pengguna barangan mewah di seluruh dunia menjadi lebih sedar dan memberi perhatian kepada sumber produk yang mereka beli, dan kira-kira lebih 60% dagangan global kayu gaharu masih berpunca daripada sumber haram, dan adalah penting untuk syarikat yang terlibat dalam penggunaan dan perdagangan gaharu memastikan rantaian bekalan mereka selamat serta sah daripada segi undang-undang.

Walaupun pengiktirafan semasa masih tidak memberi sebarang jaminan, dengan Oud yang kini menjadi salah satu minyak mewah yang paling banyak mendapat 'permintaan hangat' di seluruh dunia, penting bagi semua syarikat memberi respon positif kepada rantaian bekalan yang hanya boleh diberikan oleh Asia Plantation Capital (dan hanya sedikit pembekal lain). Ia tidak  pernah menjadi lebih penting daripada kini untuk menerima yang kos tidak sepatutnya menjadi faktor apabila pembalakan haram, penyeludupan, dan kemusnahan alam sekitar masih menjadi sebahagian daripada proses itu.

Semua pengunjung di Esxence tahun ini bakal menerima sambutan yang mesra dan beraroma di tapak pameran Fragrance Du Bois, dan pasukan di sana akan menunjukkan kepada pelanggan rangkaian minyak wangi luar biasa syarikat itu serta produk rantaian bekalan mampan bahagian belakang yang membantu menyediakan salah satu komoditi mewah yang paling dicari-cari di dunia.

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital (APC) merupakan pemilik dan pengendali rangkaian perniagaan penanaman dan perladangan komersial yang berkepelbagaian tinggi merentasi rantau Asia Pasifik dan di seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Fokusnya adalah kepada projek penanaman berbilang budaya dan berkepelbagaian tinggi yang diusahakan bagi memenuhi permintaan domestik dan komersial negara tempat ia beroperasi. Bekerjasama rapat dengan, dan menyokong komuniti tempatan, adalah prinsip teras perniagaan APC, menyediakan sokongan sosial dan budaya, serta pelaburan, bagi mengelakkan komuniti ini daripada aktiviti pembasmian hutan serta pembalakan haram, yang sebelum ini dilihat sebagai sumber pendapatan utama sesetengah rantau di Asia. Ditubuhkan secara rasmi pada 2008 (tetapi beroperasi secara swasta sejak 2002) kumpulan itu kini mempunyai projek penanaman dan pertanian di empat benua, dengan projek beroperasi pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah.

Menggalakkan penggunaan kayu mampan dan diperakui adalah cara terbaik bagi mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian biologi, dan memerangi kemiskinan dalam rantau hutan hujan tropika. Bagi sektor kapal layar (pengguna utama kayu jati) yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dan sudah pun terlibat dalam usaha melindungi alam semula jadi, ini juga merupakan cara untuk memastikan tiada kayu daripada pembalakan haram digunakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Stephanie du Che
Pengurus Perhubungan Awam & Media Eropah
E-mel:stephanie.duche@asiaplantationcapital.com
Telefon Bimbit: +33 616 361 108

Adrian Heng
Pengarah Pemasaran Kumpulan
E-mel:adrian.heng@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +65 6222 3386
Telefon Bimbit: +65 9750 7440

Gambar - 

http://photos.prnasia.com/prnh/20150325/8521501899

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Cosmetics & Personal Care Household Products Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers New products/services Trade show news