omniture

CONCACAF Raikan Kongres Biasa Ke-30

CONCACAF
2015-04-18 19:26 116

- Presiden CONCACAF Jeffrey Webb Dilantik Semula Tanpa Tentangan Untuk Penggal Kedua

NASSAU, Bahamas, 18 April 2015 /PRNewswire/ -- Persekutuan Persatuan Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah, dan Caribbean (CONCACAF) hari ini meraikan Kongres Biasa mereka yang ke-30 dan Kongres Luar Biasa mereka yang ke-21 di Kepulauan Bahamas, mengesahkan pelantikan Presiden Jeffrey Webb untuk penggal kedua sambil memfokuskan kepada pembaharuan berterusan yang telah mengukuhkan organisasi mereka. Ahli-ahli lain bagi Jawatankuasa Eksekutif CONCACAF turut dilantik.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150417/199297

"CONCACAF kini – lebih berbanding sebelum ini – disatukan dengan satu wawasan," kata Presiden Webb, yang dilantik tanpa tentangan. "Kami mewakili rantau kami di pentas dunia dengan satu suara yang kuat dan bersatu. Sempadan yang tidak kelihatan yang mengekang kemajuan rantau ini selama puluhan tahun kini semakin pudar, dan kami sedang melihat tahap kejayaan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di dalam dan di luar padang permainan."

Mesyuarat itu, yang dihadiri perwakilan kesemua 41 Ahli Persatuan, menampilkan orang kehormat termasuk Presiden FIFA Joseph Blatter, Menteri Pelancongan Bahamas Obediah Wilchcombe, selain calon Presiden FIFA Putera Ali bin Al-Hussein, Luis Figo dan Michael van Praag.

"Apa yang membina kekuatan Persekutuan ini adalah perpaduan dan sifat setiakawan," kata Presiden Blatter, yang berkata CONCACAF patut menerima tempat keempat dalam Piala Dunia akan datang. "Untuk kepimpinan yang cemerlang ini, kami mengucapkan tahniah kepada Jeffrey Webb dan menyatakan penghargaan untuk Jawatankuasa Eksekutif CONCACAF serta Ahli Persatuan."

Kongres itu turut mengesahkan perwakilan untuk menjawat pelbagai jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif CONCACAF dan FIFA:

  • Jeffrey Webb dilantik semula sebagai Presiden CONCACAF, yang mengesahkan jawatan beliau sebagai Naib Presiden FIFA bagi empat tahun akan datang,
  • Kapten Horace Burrell dilantik semula sebagai Naib Presiden CONCACAF, Zon Caribbean,
  • Justino Compean dilantik semula sebagai Naib Presiden CONCACAF, Zon Amerika Utara,
  • Pedro Chaluja dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif CONCACAF, Zon Amerika Tengah,
  • Sonia Bien-Aime dilantik bagi menjawat jawatan yang baru diwujudkan iaitu sebagai Ahli Wanita Jawatankuasa Eksekutif CONCACAF,
  • Eduardo Li dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA mewakili Zon Amerika Tengah CONCACAF.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150417/199298

Kongres itu menyorot laporan yang memfokuskan kepada tahap pentadbiran CONCACAF yang semakin bagus serta kekuatan kewangan yang semakin meningkat, termasuklah:

  • Cik Sonia Bien-Aime, Ahli Jawatankuasa Eksekutif CONCACAF, mengemas kini Kongres tentang inisiatif dalam Pembangunan Akar Umbi sukan bola sepak wanita termasuk pembangunan belia, Kejohanan Wanita Bawah 15 Tahun, Seminar Mari Bangunkan Sukan Bola Sepak Wanita yang berjaya, serta Hari Sukan Bola Sepak Wanita yang bakal menjelang.
  • Jawatankuasa Kewangan membentangkan laporan tahunannya, yang mencerminkan pertumbuhan melangkaui unjuran untuk kewangan badan pentadbiran itu. Kongres itu turut meluluskan belanjawan untuk kitaran empat tahun yang seterusnya.
  • Juruaudit bebas BDO turut hadir bagi membentangkan audit tahun 2014 kepada Kongres. Kongres mengundi untuk mengekalkan BDO sebagai juruaudit bebas.
  • Pengarah Pembangunan memberi kemas kini tentang perancangan program yang berjaya yang dijalankan bagi tujuan pembangunan belia, serta inisiatif yang diwujudkan untuk mengukuhkan Ahli Persatuan dalam Persekutuan itu yang melibatkan sukan bola sepak wanita dan belia, selain Bola Sepak Pantai.
  • Pengarah Komunikasi dan Pemasaran mengetengahkan pertumbuhan ikutan pesat inisiatif media sosial dan pemasaran Persekutuan, sambil memperkenalkan saluran TV CONCACAF Persekutuan itu, yang dijangka akan mula dipasarkan bulan ini.
  • Pengarah Pengadilan menilai kejayaan para pengadil Persekutuan di padang, serta pembangunan dan latihan berterusan untuk pengadil wanita dan pengadil muda.

Bidang tumpuan am Kongres itu adalah perpaduan dan demokrasi, sambil 41 Ahli Persatuan menyuarakan sokongan terbuka terhadap usaha Presiden Webb sepanjang tiga tahun lepas, sebelum melantik semula beliau untuk penggal seterusnya secara sebulat suara.

"Tiga tahun lalu, saya berkempen atas platform kesatuan, pembangunan, dan peningkatan, dengan janji untuk memajukan sukan kita serta menyatukan rantau dengannya. Ini semua merupakan matlamat yang terlalu bercita-cita tinggi – dan saya akui, mungkin mustahil dicapai – tanpa anda semua," kata Webb sewaktu menyampaikan ucapan beliau.

Tambahan lagi, Jawatankuasa Integriti CONCACAF, panel bebas yang menilai fungsi organisasi, melaporkan yang berikutan pengeluaran Laporan Penyiasatan, Persekutuan itu telah memenuhi lebih 30 pembaharuan yang disarankan yang diisytiharkan Jawatankuasa itu.

Melalui kelulusan sebulat suara Statut yang dipinda semasa Kongres Luar Biasa, CONCACAF turut mewujudkan kerangka kerja perundangan yang akan membenarkan pelaksanaan saranan yang diberikan sebelum ini serta pelaksanaan polisi pentadbiran yang patut.

Source: CONCACAF
Related Links:
Keywords: Sporting Events Sports Personnel announcements