omniture

Fragrance Du Bois Membawa Wangian Mewah Nic Terkemuka ke Asia Tenggara

Fragrance Du Bois
2015-05-14 14:45 548

SINGAPURA, 14 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Wangian mewah nic yang terkemuka di dunia kini boleh didapati di butik Fragrance Du Bois di Kuala Lumpur, Singapura, dan tidak lama lagi, di Bangkok. Dengan jenama seperti House of Sillage, Parfums de Marly, Illuminum, Sue Wong, Isabey dan Xerjoff menyertai rangkaian eksklusif wangian Fragrance Du Bois, para pelanggan kini boleh mengalami gelombang terbaru wangian mewah yang semuanya  mengagumkan di bawah satu bumbung.

Wangian House of Sillage tampil dengan pelbagai botol luar biasa yang dihias indah
Wangian House of Sillage tampil dengan pelbagai botol luar biasa yang dihias indah

"House of Sillage menampilkan wangian mewah dan sofistikated, dibawakan dalam botol kristal yang hebat dan unik," kata Arielle Chrisman – Duta Jenama, House of Sillage. "Kami mendapatkan khidmat nasihat daripada orang ramai yang telah mengabdikan kehidupan mereka kepada keindahan tersendiri ini, mengumpul unsur yang sukar ditemui daripada kawasan eksotik, bagi mencipta sintesis kesenian dan kraf, tradisi serta inovasi. Wangian yang boleh membawa anda ke tempat yang berbeza, zaman yang berbeza, dan inilah sebabnya kami memilih untuk bekerjasama dengan Fragrance Du Bois kerana wangian dan butik mereka yang hebat menzahirkan setiap pendirian kami sebagai sebuah jenama."

Walau pun dengan status 'nic' mereka, kebanyakan jenama ini sudah pun mencapai kejayaan yang membanggakan di peringkat global, mencerminkan pengguna hari ini yang semakin sofistikated yang mengiktiraf inovasi serta kualiti, dan sentiasa mencari keaslian. Sementara House of Sillage bangkit untuk menjadi jenama wangian mewah paling laris terjual di Rusia dan Timur Tengah, minyak wangi Oud Xerjoff pula menjadi wangian paling popular di Harrods, United Kingdom – dikatakan gedung membeli-belah paling terkenal di dunia. Illuminum merupakan salah satu daripada jenama wangian yang paling laris terjual di rangkaian niaga ikonik Bloomingdale's dan Fortnum and Mason, dan merupakan minyak wangi pilihan untuk Catherine, Duchess of Cambridge, semasa beliau mengahwini Putera William pada bulan April 2011. 

Koleksi Vintaj Casamorati Xerjoff iktiraf seni purba minyak wangi Itali
Koleksi Vintaj Casamorati Xerjoff iktiraf seni purba minyak wangi Itali

"Kami sangat gembira dapat mempamerkan wangian kami yang terbaik dan eksklusif di samping wangian Fragrance Du Bois," kata Sergio Momo – Pengasas dan Pengarah Kreatif Xerjoff. "Saya percaya Fragrance Du Bois berkongsi prinsip dan nilai penting yang sama dengan Xerjoff dalam dunia seni penghasilan minyak wangi. Sangat penting untuk Xerjoff diwakili oleh rakan kongsi yang berdedikasi yang boleh memperkenalkan dan menyokong falsafah jenama kami."

Baru sahaja selesai menikmati kejayaan aktiviti pop-up store' selama sebulan di Tang's, Singapura -- gedung membeli-belah premium negara itu yang terletak di tengah-tengah pusat membeli-belah bandar itu -- dan tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk melancarkan permata terbaharu dalam portfolio minyak wangi mereka, haruman Fragrance Du Bois bukan sahaja sedang melanda rantau ini, tetapi ia juga sedang merangsang minat seluruh dunia. Penambahan jenama mewah premium lain membesarkan lagi strategi perluasan Du Bois dan memenuhi misinya untuk membawa hanya yang terbaik kepada para pengguna dan pelanggan mereka.  

Koleksi Vintaj Casamorati Xerjoff iktiraf seni purba minyak wangi Itali
Koleksi Vintaj Casamorati Xerjoff iktiraf seni purba minyak wangi Itali

"Sejak membuka butik pertama kami di Singapura serta Kuala Lumpur pada Julai dan Oktober tahun lepas," kata Nicola Parker – Pengarah Jenama Fragrance Du Bois, "kami telah melihat perkembangan yang memberangsangkan dalam perniagaan kami. Pelanggan sedang belajar tentang, dan mula menghargai, keunikan serta nilai wangian nic mewah. Kami menganggap perkembangan yang merangkumi jenama wangian nic mengujakan yang berkualiti tinggi ini sebagai sebahagian daripada evolusi Fragrance Du Bois."

"Kami sudah pun mempunyai pengikut setia bagi wangian berasaskan Oud kami yang kami jual secara eksklusif dalam butik dan cawangan santai kami," sambung beliau, "dan kini kami boleh melengkapi semua ini dengan rangkaian produk rekaan cemerlang yang lebih luas, semuanya dengan identiti serta ciri yang tersendiri. Ini adalah prospek yang sangat menarik untuk kita semua."

"Kami sangat bertuah kerana semua minyak Oud kami dibekalkan oleh Asia Plantation Capital daripada ladang mampannya di rantau ini," simpul Nicola. "Kami tahu minyak Oud yang mereka bekalkan adalah 100% asli dan tulen, dan ini memberikan kami kelebihan unik dalam pasaran. Pelanggan sudah menjadi semakin arif, dan mereka berhak untuk mempunyai hanya bahan semula jadi yang berkualiti tinggi. Fragrance Du Bois dan semua rakan kongsi kami berada dalam kedudukan yang sempurna untuk menyediakan kualiti serta inovasi, dan kami gembira untuk mengumumkan pelancaran minyak wangi kami yang terbaharu, London Oud, yang bakal diadakan beberapa minggu sahaja lagi. Semasa dalam fasa percubaan jualan, ia mendapat sambutan hangat daripada lelaki dan wanita, jadi kami teruja untuk mengalu-alukan penambahan baharu ini kepada keluarga wangian kami tidak lama lagi."  

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan syarikat minyak wangi mewah nic yang bekerjasama rapat dengan ladang mampan di Asia, membawakan wangian berasaskan minyak Oud 100% organik baharu yang mengujakan kepada pasaran eksklusif seluruh dunia. Bersumberkan bahan mentah terbaik secara mampan dari seluruh dunia, bekerjasama dengan pembuat minyak wangi Perancis untuk mencipta rangkaian produk penuh, dan juga menyediakan perkhidmatan wangian buatan tersuai khusus, Fragrance Du Bois merupakan kemewahan peribadi berkesedaran tinggi. Dengan butik wangian eksklusif seluruh dunia iaitu di Dubai, Hong Kong, Thailand, Malaysia dan Singapura, Fragrance Du Bois mencipta hanya pengalaman yang terindah dalam penghasilan minyak wangi tersuai khusus.

Fragrance Du Bois dikenali sebagai Parfums Du Bois di Perancis dan dalam negara bukan berbahasa Perancis, dikenali sebagai Fragrance Du Bois.

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Fakta ringkas:

  • AS$ 600 juta – gabungan nilai aset yang dimiliki dan di bawah pengurusan
  • AS$ 53.5 juta – pusing ganti dalam tahun kewangan lepas
  • AS$ 100 juta – ramalan pusing ganti untuk tahun kewangan semasa
  • 2,000,000 – batang pokok Aquilaria hari ini, di ladang kayu gaharu.

Asia Plantation Capital (APC) merupakan pemilik dan pengendali pelbagai perniagaan perladangan dan pertanian komersial merentasi rantau Asia Pasifik serta di seluruh dunia, dan merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Fokusnya adalah terhadap projek perladangan berbilang budaya dan berkepelbagaian bagi memenuhi permintaan domestik dan komersial di negara tempat ia beroperasi. Bekerjasama rapat dan menyokong komuniti tempatan, merupakan prinsip teras dasar perniagaan APC, menyediakan sokongan sosial dan budaya, serta pelaburan, bagi membawa komuniti ini menjauhi pembasmian hutan dan aktiviti pembalakan haram, yang sebelum ini dilihat sebagai punca pendapatan utama bagi sesetengah rantau di Asia. Ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2008 (namun beroperasi secara swasta sejak 2002), kumpulan itu kini mempunyai ladang dan projek pertanian di empat benua, dengan projek yang sedang dikendalikan pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah.

Galakan untuk menggunakan kayu mampan dan diperakui merupakan cara yang terbaik untuk mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian bio, dan membasmi kemiskinan di rantau hutan hujan tropika. Bagi sektor kapal layar (pengguna utama kayu jati), yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dan sudah pun terlibat dalam usaha perlindungan alam semula jadi, ini juga merupakan cara untuk memastikan tiada kayu daripada pembalakan haram digunakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Adrian Heng
Pengarah Pemasaran Kumpulan
E-mel: adrian.heng@asiaplantationcapital.com
Telefon Bimbit: +65 6299 1778

Stephanie du Che
Pengurus Perhubungan Awam & Media Eropah
E-mel: stephanie.duche@asiaplantationcapital.com
Telefon Bimbit: +33 616 361 108

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150508/8521502959a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150508/8521502959b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150508/8521502959c

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Paper/Forest Products/Containers Retail New products/services