omniture

Sembilan Guru dari Malaysia Mendapat Inspirasi untuk Sertai Honeywell Educators @ Space Academy

Honeywell
2015-05-28 02:38 265

- 205 orang guru dari 24 buah negara akan hadiri program tahun 2015; Lebih 2 juta pelajar telah didekati dan diilhamkan oleh 2,381 orang guru matematik & sains dari 55 buah negara sejak tahun 2004

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Lebih 200 orang guru dari seluruh dunia, termasuk sembilan dari Malaysia, kini bersedia untuk menyertai perjalanan terhebat seumur hidup ke Honeywell Educators @ Space Academy (HESA), pengalaman hebat yang memberi ilham kepada guru-guru untuk menggalakkan para pelajar melanjutkan pelajaran dan kerjaya dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Diwujudkan dengan kerjasama Pusat Angkasa Lepas & Roket A.S. (USSRC), Honeywell (NYSE:HON) telah membangunkan program biasiswa yang memenangi anugerah itu untuk membantu guru-guru matematik dan sains sekolah menengah menjadi pendidik yang lebih berkesan dalam STEM. Sepanjang 11 tahun lalu, Honeywell telah menganugerahkan biasiswa kepada 2,381 orang guru dari 55 buah negara, termasuk 16 dari Indonesia.

"Memberi inspirasi kepada pelajar bermula dengan mengilhamkan guru-guru dan program ini adalah tentang menyemarakkan semula semangat guru-guru kita," kata Michael A. Bennett, Presiden, Honeywell Hometown Solutions, inisiatif kemasyarakatan korporat syarikat itu. "Pengalaman ini membantu para guru mempelajari teknik baharu untuk menanamkan sifat ingin tahu terhadap matematik dan sains untuk jurutera, pengatur cara, ahli matematik dan angkasawan generasi akan datang."

Menurut Jabatan Perdagangan A.S., sejak 10 tahun lalu, permintaan terhadap pekerjaan berkaitan STEM meningkat tiga kali lebih pantas berbanding pekerjaan dalam bidang lain. Walau bagaimanapun, menurut Jabatan Pendidikan A.S., hanya 16 peratus pelajar tahun akhir sekolah menengah dianggap cekap dalam matematik dan berminat dengan kerjaya STEM. Hanya separuh daripada pelajar yang mengikuti kursus STEM di kolej benar-benar meneruskan kerjaya dalam bidang STEM.

"Amat mengujakan apabila melihat peningkatan yang besar dalam jumlah peserta akhir dari rantau tersebut bagi tahun ini, yang menandakan peningkatan minat dari negara tersebut dan impak berterusan program yang hebat ini," kata Jim Bujold, presiden Honeywell Southeast Asia untuk Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina. "Saya ingin melihat momentum ini berterusan dan lebih ramai guru dan pelajar menerima manfaat daripadanya."

Sejak tahun 2004, para pendidik telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka bersama lebih 2 juta pelajar, memberi inspirasi kepada ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran dan kerjaya STEM. Bermula dengan memenangi geran daripada kerajaan tempatan dan persekutuan, kepada memasukkan pelajar dalam projek pendidikan antarabangsa dan NASA, seterusnya mengadakan program lepas sekolah berfokuskan STEM, kesan HESA mampu diteruskan hingga ke luar bilik darjah.

Tahun ini, 205 orang guru dari 24 buah negara akan menghadiri satu daripada dua program selama lima hari yang ditawarkan dalam minggu-minggu berturutan bermula pada 10 - 23 Jun di USSRC di Huntsville, Ala. Guru-guru akan diberi latihan yang mendalam berfokuskan sains dan eksplorasi angkasa termasuk senaman gaya angkasawan seperti simulasi jet berprestasi tinggi, misi angkasa berasaskan senario, latihan kelangsungan hidup di darat dan air, serta program dinamik penerbangan yang interaktif.

Bagi menghadiri Honeywell Educators @ Space Academy, calon-calon mesti melengkapkan proses permohonan yang teliti. Guru-guru yang layak dianugerahkan biasiswa, tambang udara pergi balik, yuran kursus, makanan dan tempat tinggal yang ditaja oleh Honeywell serta kakitangannya.

Sumber Sokongan

Latar Belakang Honeywell Hometown Solutions

Honeywell Educators @ Space Academy merupakan sebahagian daripada Honeywell Hometown Solutions, inisiatif kemasyarakatan korporat syarikat itu, yang memfokuskan lima bidang yang amat penting: Pendidikan Sains & Matematik, Keselamatan & Sekuriti Keluarga, Perumahan & Rumah Perlindungan, Habitat & Pemuliharaan, serta Bantuan Kemanusiaan. Bersama institusi awam dan juga insitusi tanpa untung yang terkemuka; Honeywell telah membangunkan program hebat untuk menangani keperluan ini dalam komuniti yang diberi khidmat. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://citizenship.honeywell.com/hometown-solutions/

Latar Belakang Honeywell

Honeywell (www.honeywell.com) merupakan peneraju teknologi dan pengilangan Fortune 100 yang pelbagai, memberi khidmat kepada pelanggan seluruh dunia dengan produk dan perkhidmatan aeroangkasa; teknologi kawalan untuk bangunan, kediaman dan industri; pengecas turbo; serta bahan berprestasi. Operasi Honeywell di Malaysia bermula pada tahun 1985 dan hari ini, ia mempunyai lebih 1,450 kakitangan di enam buah bandar di seluruh Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Pulau Pinang, Kemaman dan Johor Bahru. Teknologi dan penyelesaian Honeywell telah menyokong Malaysia dalam pembangunan masyarakat yang lebih selamat, terjamin dan jimat tenaga. Untuk mendapatkan berita dan maklumat lanjut tentang Honeywell, sila lawati http://www.honeywellnow.com/.

Wakil Media:

Chong Wu
+8621 28942700
chong.wu@honeywell.com

Source: Honeywell
Keywords: Education Higher Education Corporate Social Responsibility Socially Responsible Investing