omniture

Dunkin' Donuts Umumkan Kembalinya Tawaran Donat Percuma pada hari Jumaat, 5 Jun bagi Meraikan Hari Donat Global

Dunkin' Donuts
2015-05-28 09:00 197

- Dunkin' Donuts undang tetamu di seluruh Asia Tenggara menikmati donat percuma dengan pembelian sebarang minuman pada 5 Jun 

CANTON, Massachusetts, 28 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Dunkin' Donuts, salah satu rangkaian makanan bakar dan kopi yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan tawaran istimewa untuk penggemar donat di seluruh Asia Tenggara. Pada hari Jumaat, 5 Jun, restoran Dunkin' Donuts yang mengambil bahagian di seluruh rantau ini dan seluruh dunia akan menawarkan tetamu dengan donat percuma mengikut pilihan mereka (sementara bekalan masih ada) dengan pembelian sebarang minuman sempena sambutan Hari Donat Global tahunan kali ketiga jenama itu.  

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150527/218840

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110224/NY53806LOGO

"Hari Donat Global merupakan acara yang kami tunggu-tunggu setiap tahun dan kami berbesar hati menawarkan tetamu kami di seluruh dunia dengan promosi enak ini bagi tahun ketiga berturut-turut," kata Chris Fuqua, Naib Presiden, Pemasaran Jenama, Pengetahuan Pengguna & Inovasi Produk Global, Dunkin' Brands. "Kami sentiasa mencari cara untuk memberi kejutan  an menggembirakan tetamu kami di seluruh dunia, dan dengan meraikan warisan donat kami merupakan cara yang seronok untuk melakukannya. Donat kami membawa kegembiraan kepada tetamu kami, jadi kami berharap tawaran daripada jenama kami iaitu sebiji donat percuma dengan pembelian mana-mana minuman pada 5 Jun akan menyebarkan lebih kegembiraan di seluruh dunia."

Tawaran istimewa Hari Donat Global iaitu sebiji donat percuma dengan pembelian mana-mana minuman boleh didapati di restoran Dunkin' Donuts yang mengambil bahagian di seluruh rantau di Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Selain itu, restoran Dunkin' Donuts yang mengambil bahagian di seluruh dunia juga akan menampilkan Donat Smiley Face untuk meraikan senyuman yang dibawa donat kepada wajah orang ramai. Donat Smiley Face merupakan donut cangkerang yis berinti yang dihiasi wajah dengan senyuman yang comel. Inti donat tersebut berbeza mengikut pasaran untuk memenuhi citarasa tempatan, dan termasuk inti seperti Jeli, Kreme Bavaria dan Kreme Coklat.

Tahun ini, Dunkin' Donuts turut memberikan tetamu di seluruh dunia dengan kebolehan untuk memilih donat yang paling memperlihatkan keadaan minda mereka yang positif, dengan penambahan Donat Emoticon. Bersama Donat Smiley Face, tetamu akan mempunyai rekaan senyuman tambahan untuk dipilih, termasuk Donat Wink yang enak. Donut Emoticon adalah cara yang sempurna untuk berkongsi senyuman pada Hari Donat Global dan sepanjang bulan Jun.

Selama 65 tahun, Dunkin' Donuts telah menjadi peneraju dalam kategori donat, dan tahun lalu telah menjual lebih 2.8 bilion donat serta makanan ringan lubang donat MUNCHKINS® di lebih 11,300 buah restorannya di 37 buah negara seluruh dunia. Ia menawarkan pelbagai pilihan luas donat yang enak dan kreatif, termasuk perisa yang digemari seperi Kreme Boston, Berglis dan Beraising Coklat.

Latar Belakang Dunkin' Donuts

Diasaskan pada tahun 1950, Dunkin' Donuts merupakan hentian sepanjang hari, setiap hari kegemaran Amerika untuk kopi dan makanan bakar. Dunkin' Donuts merupakan peneraju pasaran dalam kategori kopi panas biasa/dekaf/berperisa, kopi ais, donat, bagel dan mufin. Dunkin' Donuts telah memperoleh kedudukan pertama bagi kesetiaan pelanggan dalam kategori kopi oleh Brand Keys untuk sembilan tahun berturut-turut. Syarikat itu mempunyai lebih 11,300 buah restoran di 37 buah negara seluruh dunia. Berpangkalan di Canton, Mass., Dunkin' Donuts merupakan sebahagian daripada keluarga syarikat Dunkin' Brands Group, Inc. (Nasdaq: DNKN). Untuk maklumat lanjut, lawati  www.DunkinDonuts.com.

Source: Dunkin' Donuts
Related Stocks:
NASDAQ:DNKN
Keywords: Beverages Food/Beverages Restaurants Retail