omniture

ivi Lancarkan TV Terperibadi Pertama Seumpamanya yang Disepadukan dalam Perkhidmatan VOD

ivi.ru
2015-05-28 18:10 381

MOSCOW, 28 Mei 2015 /PRNewswire/ --

ivi, perkhidmatan VOD sah yang terbesar di Rusia, mengumumkan pelancaran ivi tv - perkhidmatan TV terperibadi pertama seumpamanya yang berasaskan dan disepadukan ke dalam platform VODnya. Keringkasan TV tradisional akhirnya bersatu dengan peluang inovatif yang ditawarkan VOD, seperti algoritma saranan, katalog kandungan yang besar, dan pilihan untuk memilih apa yang ingin ditonton dan waktu untuk menontonnya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150528/740580 )

Perkhidmatan tersebut dibina berasaskan idea untuk menggabungkan TV tradisional dengan sistem saranan, dibangunkan oleh ivi selepas bertahun-tahun mengkaji tahap kecenderungan pengguna. Oleg Tumanov, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ivi, berkata: "TV tidak melalui sebarang perubahan penting sejak 50 tahun lalu. Ia telah melakukan perkara yang sama: menyiarkan kandungan kepada pelanggan, tidak meminta sebarang maklum balas daripada penggunanya atau menyediakan sebarang pilihan untuk mengurus strim video anda sendiri. Kami memutuskan untuk menyatukan kefungsian meluas VOD dan kemudahan TV tradisional untuk menyediakan penyelesaian berkesan untuk pengguna kami yang pada suatu ketika tidak mahu membuat pilihan: mereka hanya mahu menghidupkan TV dan menonton."

Terdapat beberapa saluran di ivi yang diagregasi melalui sistem saranan untuk setiap pengguna individu; ia dikemas kini setiap harian, bergantung kepada sejarah filem dan program yang telah ditonton sebelumnya. Selain saluran-saluran terperibadi ini, ivi tv menawarkan lebih 40 saluran genre yang terdiri daripada lebih 25,000 unit kandungan, selain saluran khas yang dihasilkan oleh pasukan editor ivi tv dan termasuk kandungan video terbaik daripada seluruh pustaka ivi.  

Selain rutin TV standard seperti mengubah saluran melalui alat kawalan jauh, ivi tv menawarkan pelbagai pilihan untuk mengurus strim video anda: memutar semula, kembali ke permulaan, berjeda, dll. Perkhidmatan itu dilancarkan awal bulan ini pada platform LG SMART TV dan kini boleh didapati melalui Samsung. Ia akan diperluas kepada platform lain dalam beberapa bulan akan datang.

ivi sentiasa menawarkan inovasi teknologi kepada para penggunanya dan telah membangunkan beberapa projek lain, seperti panggung dalam talian ivi, music.ivi, dan perkhidmatan video untuk kanak-kanak. ivi telah membina model penjanaan keuntungan bercampur yang berkesan bagi kandungan dalam talian dan telah mencapai titik pulang modal tahun lalu - menjadikannya perkhidmatan VOD pertama di Rusia yang mencapainya.

Ketahui lebih lanjut di http://www.ivi.ru/news/novost/2420/

Untuk semua pertanyaan media sila hubungi: Nadejda Gak, Pengarah Perhubungan Awam, +7-985-458-31-69, ngak@ivi.ru

Sumber: ivi.ru

Source: ivi.ru
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Television