omniture

STAR Prototype Perkenal Pengilangan AddSub

STAR Prototype
2015-08-03 16:30 237

ZHONGSHAN, China, 3 Ogos 2015 /PRNewswire/ --

Khidmat pengilangan Aditif / Subtraktif pertama dunia dilancarkan 

Sebuah pengilang pantas milik British yang berpangkalan di China telah melancarkan Pengilangan AddSub – satu proses yang menggabungkan pencetakan 3D logam dan pemesinan CNC 5 paksi untuk menghasilkan komponen berisipadu rendah yang kompleks dengan pantas, yang sebelum ini memerlukan input daripada dua biro berasingan.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150730/250154 )

STAR Prototype, yang berpangkalan di Wilayah Guandong, menyediakan perkhidmatan tersebut setelah ia mengenal pasti permintaan signifikan terhadap bengkel sehenti untuk komponen-komponen sedemikian.

Gordon Styles, presiden STAR, berkata: "Kebanyakan bahagian bercetak 3D logam tidak digunakan sebagai prototaip, tetapi sebagai komponen yang dikilangkan dengan isipadu rendah yang kompleks, dan kebanyakan bahagian ini memerlukan ciri-ciri berketepatan tinggi tertentu yang hampir mustahil untuk dihasilkan hanya melalui pencetakan 3D."

"Masalah timbul kerana kebanyakan syarikat pencetakan 3D tidak menjalankan pemesinan sekunder, ini bermakna, pelanggan perlu melakukannya sendiri atau menyerahkannya kepada biro pemesinan khusus."

STAR telah memansuhkan bahagian yang mengambil masa yang lama dan kerap berlaku kesilapan daripada proses pengilangan dengan pembangunan Pengilangan AddSub. Sistem rintis ini membolehkan bahagian-bahagian dipindahkan secara terus daripada mesin pencetakan 3Dnya kepada mesin CNC tanpa perlu dialihkan daripada plat binaan – satu perkembangan yang turut menyelesaikan isu bermasalah oleh subkontraktor yang cuba menyesuaikan bahagian bercetak 3D.

"STAR terkenal di seluruh dunia kerana kemampuan pemesinan CNCnya dan pendekatan berpandangan jauh dalam menerima teknologi baharu serta meningkatkan penyediaan khidmat pelanggan," sambung Gordon. "AddSub terhasil daripada kombinasi kedua-duanya dan kami yakin ia akan memberi manfaat besar kepada perniagaan di seluruh dunia."

STAR melihat unsur CNC Subtraktif AddSub sebagai ideal untuk permukaan sepadan, pengorekan berketepatan, lubang bertebuk, spigot dan banyak lagi ciri berketepatan tinggi yang amat diperlukan, serta merasakan AddSub berkemungkinan amat berguna kepada bidang sukan permotoran, aeroangkasa, ketenteraan, perubatan dan juga pergigian.

Sebarang maklumat lanjut tentang Pengilangan AddSub dan STAR Prototype, lawati http://www.star-prototype.com atau hubungi +86-760-2222-2556.

Lawati http://www.youtube.com/watch?v=npQHM81w7Ws untuk melihat Pengilangan AddSub yang dijelaskan oleh presiden STAR, Gordon Styles.

Wakil akhbar:

Daniel Kennedy di Source Marketing
T: +44(0)1133801644
M: +44(0)7906035933    
E: daniel@sourcemc,co.uk

Gordon Styles di STAR Prototype
T: +86-138-2272-8700
E: gordon.styles@star-prototype.com

Sumber: STAR Prototype

Source: STAR Prototype
Keywords: Banking/Financial Service