omniture

Banyan Tree akan Buka Cassia Phuket pada Oktober, Kediaman Hotel Tersuai Pertamanya

Banyan Tree Hotels & Resorts
2015-08-13 10:00 662

SINGAPURA, 13 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Satu konsep hospitaliti baharu sepenuhnya, jenama terkini Banyan Tree Cassia (www.cassia.com) menampilkan rekaan canggih, dekor "seni jalanan" berwarna-warni dan opsyen kediaman dan hidangan yang boleh disesuaikan. Kombinasi bergaya hotel dan pangsapuri berservis untuk pasangan, keluarga atau kumpulan rakan-rakan, hartanah Cassia pertama akan dibuka pada Oktober 2015 di Phuket, Thailand.

Khidmat Lobi Avant Garde
Khidmat Lobi Avant Garde

Terletak dalam resort bersepadu Kumpulan tersebut Laguna Phuket, Cassia membawakan pendekatan inovatif kepada hospitaliti dengan 221 kediaman bergaya menampilkan pangsapuri satu dan dua bilik tidur bergaya kasual, masing-masing dengan ruang tamu berasingan dan dapur berkelengkapan penuh. Banyak kediaman mempunyai ruang santai Loft dengan pemandangan berpanorama lagun, lautan atau taman.

Cassia Phuket menampilkan ciri dan kemudahan asli seperti Wi-fi PERCUMA, dua buah kolam renang, kawasan persendirian di Pantai Bang Tao, Spa, pasat mini pelbagai, khidmat penghantaran ke rumah dan bahagian kerja rencam skrin sentuh.

Ruang Satu Bilik Tidur Cassia
Ruang Satu Bilik Tidur Cassia

Cassia membolehkan tetamu menjadikan makan malam dengan mudah melalui konsep kasual Market 23 Cafe iaitu hab sosial popular hotel, dan Street Bar yang menampilkan DJ hotel dan karya asli artis jalanan Thailand.

Tetamu-tetamu yang ingin menikmati hidangan di pangsapuri, boleh memasak masakan sendiri menggunakan bahan-bahan segar daripada Market 23 Cafe, memesan penghantaran makanan daripada restoran tempatan atau membawa pulang hidangan daripada penjaja jalanan.

Pilihan seperti pengangkutan, sesi Spa, tambahan bilik, pengemasan, cucian pakaian dan banyak lagi dapat dipilih lebih awal melalui laman sesawang ketika membuat tempahan atau di hotel itu sendiri.

Bagi meraikannya, Cassia Phuket menawarkan pakej luar biasa Cassia Grand Opening Big Bang untuk penginapan antara 21 Oktober - 19 Disember 2015, dan 10 - 31 Januari 2016: Beli satu malam dan terima satu malam secara percuma, termasuk dua Sarapan Continental Tiffin setiap bilik. Terma-terma, syarat-syarat dan perincian tempahan boleh didapati di www.cassia.com.

Karya Seni oleh TikkyWOW
Karya Seni oleh TikkyWOW

Latar Belakang Cassia Phuket:

Cassia Phuket terletak di Laguna Phuket, resort bersepadu pertama Asia di Teluk Bang Tao, 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket. Ia akan dibuka dengan 221 kediaman hotel, berkembang kepada 326 kediaman sebagai sebahagian daripada menara kedua yang ditambahkan menjelang tahun 2017. Kemudahan-kemudahan terdiri daripada Chill Spa, Bilik Permainan Kanak-kanak, Kolam Renang Infiniti, Market 23 dan Street Bar. Pusat Kecergasan serta Ruang Mesyuarat akan dibuka pada tahun 2017.

Maklumat akhbar dan imej - Mango PR: 

Singapura - helga.solares@mangopr.com | eliza.barrow@mangopr.com | +65 6536 6527
Hong Kongpoppy.mason-watts@mangopr.com | avon.wong@mangopr.com | +852 3955 9866

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20150812/8521505160-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20150812/8521505160-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20150812/8521505160-c
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150812/8521505160LOGO

Source: Banyan Tree Hotels & Resorts
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services