omniture

Fragrance Du Bois Sertai Minggu Fesyen Kuala Lumpur Sedia Dipakai

Fragrance Du Bois
2015-08-27 16:32 463

KUALA LUMPUR, Malaysia, Ogos. 27, 2015 /PRNewswire/ -- Minggu Fesyen Kuala Lumpur Sedia Dipakai (KLFW) 2015 telah dianjurkan oleh Andrews Models mulai 12 - 16 Ogos 2015, di Pavilion Kuala Lumpur. KLFW mempersembahkan 'THE RUNWAY COLLECTION' - rangkaian pilihan dan struktur baharu tersendiri yang layak diperagakan di pentas fesyen yang belum lagi dipasarkan secara besar-besaran.

Fragrance Du Bois – Wangian Rasmi Minggu Fesyen Kuala Lumpur RTW 2015
Fragrance Du Bois – Wangian Rasmi Minggu Fesyen Kuala Lumpur RTW 2015

Tahun ini, syarikat wangian mewah nic Fragrance Du Bois, berbangga dapat menjadi Rakan Kongsi Wangian Rasmi untuk KLFW. Fragrance Du Bois menjemput semua pengunjung Minggu Fesyen ke tapak pameran mereka (terletak di hadapan COACH), bagi mengalami sendiri rangkaian wangian eksklusif dan eksotik mereka.

Fragrance Du Bois diiktiraf sebagai satu-satunya jenama wangian di dunia yang menjamin penggunaan hanya minyak Oud tulen yang disumberkan secara mampan (daripada ladang mereka sendiri), dalam ciptaannya yang menawan hati, semuanya dibuat sendiri secara khusus oleh antara pembuat minyak wangi paling terkemuka dan inovatif di dunia. Minyak yang sukar didapati dan sangat berharga ini dibekalkan secara eksklusif oleh Asia Plantation Capital, sumber yang dipercayai untuk minyak Oud tulen, yang mana ladangnya yang mampan dan dimiliki penuh itu kini menghasilkan antara minyak Oud yang paling berkualiti tinggi dalam pasaran semasa.

Dengan rangkaian wangian eksklusif yang membangkitkan kenangan dan keanggunan, Fragrance Du Bois mendapat ikutan setia seluruh dunia, dicetuskan rasa ingin tahu serta ketakjuban terhadap wangian mewah Oud yang mempesonakan. Selain daripada minyak wanginya yang memikat dan menawan hati, Fragrance Du Bois turut menarik perhatian signifikan sebagai jenama mesra alam dalam kalangan pelanggan bijak di seluruh dunia yang mencari bahan semula jadi, mampan dan berkualiti tinggi dalam pembelian mereka.

Fragrance Du Bois -- Wangian Rasmi Minggu Fesyen Kuala Lumpur RTW 2015

Minggu Fesyen Kuala Lumpur Sedia Dipakai telah dicetuskan pada tahun 2013 sebagai platform 'perniagaan kepada pengguna' untuk para pereka Malaysia untuk 'memperlihatkan bakat mereka' serta mempamerkan koleksi mereka. Beberapa tahun sebelum ini, acara itu menyediakan peluang yang hebat bagi menunjukkan inovasi dan kreativiti yang telah menjadi kekuatan industri fesyen Malaysia untuk para pelanggan dalam dan luar negara.

Pada 2014, Minggu Fesyen itu berjaya mengumpulkan lebih 100,000 orang secara bersama selama lima hari di Pavilion Kuala Lumpur, dan menonjolkannya kepada lebih tujuh juta pengunjung sepanjang tiga bulan tempoh promosi itu serta Minggu Fesyen utama itu sendiri.

Tajaan ini adalah sebahagian daripada matlamat Fragrance Du Bois untuk meningkatkan dan mempertingkatkan kesedaran jenamanya, serta sumber Minyak Oudnya yang mampan daripada Asia Plantation Capital. Dengan keterujaan dan minat yang timbul daripada Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Fragrance Du Bois gembira dapat turut terlibat dalam acara yang mencerminkan nilai serta etika jenama eksklusifnya.

Latar Belakang Fragrance Du Bois
Fragrance Du Bois merupakan syarikat minyak wangi mewah nic yang bekerjasama rapat dengan ladang-ladang mampan di Asia, membawakan wangian berasaskan minyak Oud 100% organik baharu yang mengujakan kepada pasaran eksklusif seluruh dunia. Dengan memperoleh sumber bahan mentah yang terbaik secara mampan dari seluruh dunia, bekerjasama dengan pembuat minyak wangi Perancis untuk mencipta rangkaian penuh produk, dan juga menyediakan perkhidmatan wangian buatan tersuai khusus, Fragrance Du Bois merupakan kemewahan peribadi berkesedaran tinggi. Dengan butik wangian eksklusif seluruh dunia, di Dubai, Hong Kong, Thailand, Malaysia dan Singapura, Fragrance Du Bois mencipta hanya pengalaman yang terindah dalam penghasilan minyak wangi tersuai khusus.

Fragrance Du Bois dikenali sebagai Parfums Du Bois di Perancis dan dalam pasaran bukan berbahasa Perancis, sebagai Fragrance Du Bois.

Latar Belakang Asia Plantation Capital
Fakta ringkas:

  • AS$ 600 juta - gabungan nilai aset yang dimiliki dan bawah pengurusan
  • AS$ 53.5 juta - pusing ganti dalam tahun kewangan lepas

Asia Plantation Capital merupakan pemilik dan pengendali pelbagai perniagaan perladangan dan pertanian komersial merentasi rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Fokusnya adalah terhadap projek perladangan berbilang budaya dan berkepelbagaian bagi memenuhi permintaan domestik serta komersial untuk negara-negara tempat ia beroperasi. Bekerjasama rapat dengan, dan menyokong komuniti tempatan, merupakan prinsip teras dasar perniagaan Asia Plantation Capital, menyediakan sokongan sosial dan budaya, serta pelaburan, bagi membawa komuniti ini menjauhi aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram, yang sebelum ini dilihat sebagai punca pendapatan utama bagi sesetengah rantau di Asia.

Ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2008 (namun beroperasi secara swasta sejak 2002), kumpulan itu kini mempunyai ladang dan projek pertanian di empat buah benua, dengan projek-projek yang sedang dikendalikan dalam pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah.

Galakan penggunaan kayu mampan dan diperakui merupakan cara terbaik untuk mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian biologi dan membanteras kemiskinan di rantau hutan hujan tropika. Bagi sektor kapal layar (pengguna utama kayu jati), yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dan sudah pun terlihat dalam usaha perlindungan alam semula jadi, ini juga merupakan cara untuk memastikan tiada kayu daripada pembalakan haram digunakan.

Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
zureina@fragrancedubois.com
+60-13-774-1009

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
zaahira@fragrancedubois.com
+60-12-203-5344

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150817/8521505329

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Fashion Retail New products/services