omniture

Hitachi Consulting Mengumumkan Rancangan Persaraan KPE Philip Parr

Hitachi Consulting
2015-09-02 08:35 192

-- Naib Presiden Eksekutif Perkhidmatan Global Hitachi Data Systems Hicham Abdessamad Dilantik sebagai Pengganti

DALLAS, 2 September 2015 /PRNewswire/ -- Hitachi Consulting, penyedia penting bagi khidmat perundingan dan pengurusan IT, hari ini mengumumkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Philip Parr akan bersara pada penghujung September 2015. Naib Presiden Eksekutif Perkhidmatan Global Hitachi Data Systems, Hicham Abdessamad akan mengisi jawatan tersebut, berkuat kuasa 1 Oktober 2015.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150611/222495LOGO

Parr akan bersara setelah lebih enam tahun memainkan peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan 13 tahun bersama Hitachi Consulting. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, syarikat itu berkembang maju daripada sebuah firma perundingan teknologi yang sebahagian besarnya berpangkalan di AS dengan 1,200 orang kakitangan, kepada perniagaan serta khidmat runding IT global dengan lebih 6,500 orang kakitangan yang bertutur dalam 25 bahasa serta beroperasi di 50 buah negara. Syarikat itu mempunyai beberapa lokasi penghantaran luar pesisir dan rangkaian pejabat di semua rantau utama seluruh dunia, sambil menggandakan hasil sebanyak tiga kali ganda dan mewujudkan portfolio yang seimbang antara perundingan perniagaan, pelaksanaan teknologi serta khidmat penyumberan luar.

"Menyaksikan syarikat ini berkembang maju, kumpulan bakat kami berkembang di seluruh dunia, dan meletakkan Hitachi Consulting sebagai syarikat perundingan dan khidmat IT global Hitachi merupakan tempoh yang mengujakan serta amat memuaskan bagi saya sebagai presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif," kata Parr. "Namun, apa yang paling menyeronokkan dalam perniagaan ini adalah ketika menjalinkan kerjasama dengan pelanggan kami dan mereka yang berbakat. Sejak bekerja bersama Hicham beberapa tahun ini, saya menghormati kemampuan beliau sebagai pemimpin, dan saya yakin kami berkongsi keghairahan yang sama dalam mencapai kecemerlangan dan keinginan untuk menyampaikan tahap nilai pelanggan yang tertinggi. Saya amat gembira Hicham akan memimpin Hitachi Consulting ke arah pusingan pertumbuhan dan inovasi perkhidmatan seterusnya."

Abdessamad kini berkhidmat sebagai naib presiden eksekutif perkhidmatan global di Hitachi Data Systems dan merupakan ahli lembaga semasa Hitachi Consulting. Abdessamad akan melaporan diri kepada Jack Domme, pengerusi lembaga Hitachi Consulting. Abdessamad menerima peranan baharu ini setelah berjaya memimpin perniagaan Khidmat Global Hitachi Data Systems (HDS) – menggandakan hasil tahunan kepada AS$1.3 bilion. Beliau akan mengosongkan jawatannya di HDS, berkuat kuasa 30 September.  

"Hicham merupakan pemimpin penting dalam membantu Hitachi Data Systems berubah daripada sebuah syarikat perkakasan kepada syarikat yang mempunyai penyelesaian lengkap, yang melaluinya, perisian dan perkhidmatan membentuk lebih 60 peratus daripada hasil keseluruhan kami," kata Domme. "Beliau telah membantu mendorong sinergi yang dipertingkat antara Hitachi Consulting dan HDS selama beberapa tahun bagi membantu pelanggan perusahaan bersekutu kami, selain projek-projek yang pesat membangun untuk menyokong perniagaan Inovasi Sosial Hitachi. Hicham merupakan eksekutif kanan terbukti yang membawakan keghairahan terhadap kemenangan, kemampuan membina dan memimpin pasukan bertaraf dunia, serta tumpuan setajam laser terhadap pengalaman pelanggan yang tiada tandingan."

"Phil telah membangunkan Hitachi Consulting menjadi peneraju global dalam perkhidmatan perundingan dan telah menjadi rakan kerjasama rapat bersama pasukan saya di HDS selama bertahun-tahun," kata Abdessamad. "Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan beliau, bukan sahaja kepada Hitachi Consulting, tetapi kepada seluruh ekosistem Hitachi. Saya teruja dengan peranan baharu ini, dan tidak sabar untuk membantu mendorong pertumbuhan berterusan untuk Hitachi Consulting dan, paling penting, nilai strategik yang lebih besar untuk para pelanggan kami di seluruh dunia."

Latar Belakang Hitachi Consulting

Hitachi Consulting merupakan perniagaan perundingan dan khidmat IT global bagi Hitachi Ltd., peneraju teknologi global dan pemangkin kepada perubahan kemasyarakatan yang mapan. Melalui semangat yang sama – dan mengembangkan warisan teknologinya – Hitachi Consulting merupakan pemangkin bagi perubahan perniagaan positif, mendorong syarikat-syarikat untuk maju ke hadapan dengan memungkinkan prestasi operasi yang hebat. Dengan mengusahakan proses-proses sedia ada mereka dan memfokuskan cabaran kefungsian bersasaran, kami membantu para pelanggan kami menangani perubahan global yang dinamik melalui pengetahuan dan ketangkasan. Pendekatan unik kami menyediakan hasil perniagaan yang boleh dinilai dan mapan serta pengalaman perundingan yang lebih baik. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.hitachiconsulting.com

Latar Belakang Hitachi, Ltd.

Hitachi, Ltd. (TSE: 6501), beribu pejabat di Tokyo, Jepun, menyediakan inovasi yang menangani cabaran masyarakat dengan pasukan berbakat serta pengalaman kami yang terbukti dalam pasaran global. Hasil tergabung syarikat itu bagi tahun fiskal 2014 (berakhir 31 Mac 2015) adalah berjumlah 9,761 bilion yen ($81.3 bilion). Hitachi kini meletakkan fokus yang semakin tinggi ke atas Perniagaan Inovasi Sosial, yang melibatkan sistem kuasa & infrastruktur, sistem maklumat dan komunikasi, jentera pembinaan, bahan & komponen dengan fungsi tinggi, sistem automotif, penjagaan kesihatan dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut tentang Hitachi, sila kunjungi laman sesawang syarikat di http://www.hitachi.com.

HITACHI merupakan tanda niaga atau tanda niaga berdaftar Hitachi, Ltd.

Source: Hitachi Consulting
Related Stocks:
OTC:HTHIY Tokyo:6501
Keywords: Computer Hardware Computer Software Internet Technology Personnel announcements