omniture

Re-Give Umumkan Pelancaran Platform Khidmat Luar Kumpulan Global, Pembiayaan Umum dan Dagangan Umum: Percuma, Bukan Untung, Bukan Komersial, Didorong Tindakan Sosial dan Impak Sosial, Peribadi dan Perusahaan Pertama Dunia

Re-Give
2015-09-02 15:33 243

LONDON, England, 2 September 2015 /PRNewswire/ -- Mulai hari ini, Re-Give menawarkan, platform baharu yang berkuasa yang membolehkan individu persendirian, usahawan, perusahaan sosial, badan tanpa untung, badan kebajikan, perniagaan (daripada semua peringkat, dari syarikat baharu hingga multinasional) – hampir sesiapa sahaja, dari mana-mana jua di dunia - agar dapat mencapai objektif kewangan, komersial dan sosial mereka dengan memanfaatkan kuasa masyarakat umum di dunia untuk melakukan kebaikan, sambil memperkayakan masyarakat.

Re-Give | Selamat Datang Ke Dunia Kami

(Video: https://youtu.be/EePZlQOAZK0)

Re-Give merupakan yang pertama dan setakat ini, satu-satunya platform global sebenar yang membolehkan dan memperkasakan masyarakat global untuk menjalankan pendermaan berstruktur melalui Bon Sosial dan Ekuiti/Saham* (serta banyak lagi perkhidmatan lain) - dan yang menjalankan pengesahan bebas dan fizikal (masa nyata dan secara peribadi) untuk mereka yang ingin mengumpulkan wang (sama ada untuk diri sendiri atau oleh orang lain untuk mereka) melalui panel firma undang-undang bebasnya di seluruh dunia.

Re-Give adalah percuma. Ia tidak mengenakan sebarang yuran untuk perkhidmatannya dan tidak mempunyai sebarang iklan pada platformnya serta tidak menjual maklumat peribadi pengguna untuk keuntungan. Ia dibiayai dan disokong secara sukarela oleh orang awam, institusi- institusi dan organisasi-organisasi yang mengambil berat terhadap masyarakat.

Mesej peribadi daripada Re-Give 

Kami amat teruja untuk memperkenalkan konsep Re-Give kepada anda dan menunjukkan kepada anda apa yang dapat dicapai. Kami berharap anda akan bersetuju bahawa platform yang telah kami bina ini berpotensi untuk membawa perubahan dari segi sosial serta ekonomi yang positif di seluruh dunia.

Sebagai pelancaran beta, kami belum mencapai kefungsian sepenuhnya dan mungkin terdapat kekurangan aktiviti pada platform ini pada peringkat awal. Kami didorong oleh pengguna dan memerlukan anda - pengguna sebenar - untuk mula menggunakan platform ini bagi menghidupkan imaginasi dunia. Ini juga merupakan peluang unik untuk anda secara peribadi membantu membentuk masa depan Re-Give pada peringkat awal evolusinya ini.

Dengan bantuan dan sokongan anda, kami berharap dapat mencapai kejayaan-kejayaan hebat. Sila sumbangkan masa, kemahiran, kepakaran, aset, sumber anda – apa sahaja yang anda boleh – untuk membantu menggerakkan Re-Give ke peringkat seterusnya:

Latar Belakang Re-Give 

Re-Give membantu memadankan modal dan sumber yang mencari pulangan sosial, persekitaran, kewangan dan komersial dengan individu, perniagaan dan organisasi dari seluruh dunia yang menghasilkan pulangan ini. 

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://regive.org/blog

Untuk pertanyaan media, hubungi Pasukan Media Re-Give: press@regive.org; +44(0)844-2883160 (sila e-melkan secepat mungkin)

Maklumat Perundangan 

*Bahagian ekuiti/saham perkhidmatan Re-Give belum tersedia di AS buat masa ini. Istilah 'Bon Sosial' mempunyai maksud yang khusus kepada Re-Give dan tidak mempunyai maksud sama yang mungkin diertikan dalam pertuturan biasa. Pemberian yang dibuat daripada satu pihak kepada pihak lain (sebagai hadiah/sumbangan) wang kemudian (iaitu bon sosial) atau ekuiti/saham (dikenali keseluruhannya sebagai pemberian berstruktur) dan semua ganjaran serta hadiah kewangan adalah secara sukarela, dan merupakan janji berasaskan kehormatan dan bukanlah kontrak yang mengikat dari segi perundangan atau perjanjian antara pihak-pihak terlibat (ertinya sebarang pemberian tidak boleh dikuatkuasakan dalam mahkamah undang-undang). Walau bagaimanapun. mereka yang mencari bantuan kewangan melalui pemberian berstruktur dan/atau menawarkan ganjaran serta hadiah dari segi kewangan seterusnya dapat mengubah pemberian dan komitmen mereka dengan sukarela menjadi perjanjian undang-undang (yang boleh dikuatkuasakan) tanpa penglibatan Re-Give, sama ada secara bebas atau melalui ahli rangkaian global firma perundangan bebas Re-Give. Re-Give tidak mengenakan sebarang yuran tetapi pihak lain, cth. pemproses pembayaran kad, pengesah identiti, dll. boleh mengenakan bayaran. Tertakluk kepada Terma dan Syarat lain. Lihat https://regive.org/content/information-centre untuk maklumat lanjut. 

Sumber: Re-Give

Source: Re-Give
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Social Media Web Site New products/services