omniture

AccuTec Blades, Inc. Umumkan Pengambilalihan Divisyen Mata Pisau Perindustrian daripada Edgewell Personal Care Company

AccuTec Blades, Inc.
2015-09-02 18:57 155

VERONA, Virginia, 2 September 2015 /PRNewswire/ -- AccuTec Blades, Inc. hari ini mengumumkan pengambilalihan divisyen Mata Pisau Perindustrian Edgewell Personal Care Company (EPC). EPC mengumumkan rancangannya pada Mei 2015 untuk menghentikan operasi mata pisau perindustriannya di Verona, Virginia dan Obregon, Mexico. Pengumuman hari ini menandakan penyempurnaan proses jualan.  

Rick Gagliano, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AccuTec Blades yang baru dilantik berkata, "Nama baharu kami, AccuTec Blades, mencerminkan ketepatan dan perincian produk-produk yang kami bangunkan, dan menegaskan warisan kualiti serta kecemerlangan teknikal kami sejak sekian lama."

Bob Senesac, Pengarah Pemasaran, AccuTec Blades berkata, "Kami amat gembira kerana dapat meneruskan penggunaan jenama-jenama Personna®, GEM by Personna® dan American Line®, memandangkan nama-nama ini amat terkenal dalam industri Khas, Perubatan dan Profesional. Kami tidak sabar untuk terus mempromosikan jenama-jenama ini dalam pelbagai pasaran yang kami masuki."

"Komitmen kami terhadap khidmat yang hebat, masa penyediaan yang pantas dan penghasilan produk inovatif untuk pelanggan kami kini semakin kukuh. Hal ini menjadi sasaran kami bagi melangkaui jangkaan pelanggan kami dari segi kualiti, tindak balas dan perkhidmatan," kata Sheila Henry, Pengarah Rantaian Bekalan, AccuTec Blades. "Kami menjangkakan peralihan yang lancar dan komited untuk terus menyampaikan penghantaran yang tepat pada masanya kepada semua pelanggan kami. Kami bekerjasama rapat dengan vendor kami untuk memastikan kerjasama perniagaan yang kukuh dan berterusan bagi menerima manfaat secara bersama."

EPC mengambil alih divisyen Mata Pisau Perindustrian dalam urus niaga bersama American Safety Razor pada tahun 2011. EPC akan mengekalkan jenama Personna® dan akan terus memasarkan produ-produkk cukuran basah di bawah nama ini, hanya melepaskan hak ke atas perniagaan Mata Pisau Perindustrian dalam penjualan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bob Senesac, Pengarah Pemasaran di AccuTec Blades, Inc. melalui bob.senesac@atblades.com, atau hubungi 540-248-1683.

Latar Belakang AccuTec Blades

AccuTec Blades, Inc. mengilangkan pelbagai jenis mata pisau Khas, Perubatan dan Profesional untuk kegunaan dalam kategori-kategori seperti Histologi, Pemprosesan Makanan, Pengilangan Gentian Kaca, Pengilangan Kateter, Dermatologi, Perubatan, Pemprosesan Kaca, Pemasangan Lantai serta mata pisau dan peralatan DIY yang terdapat dalam banyak pasaran runcit. Lokasi pengilangan termasuk Verona, VA dan Obregon, Mexico. Kunjungi AccuTec Blades, Inc. di http://www.atblades.com

Hubungi: Bob Senesac
Tel: +1-540-248-1683
E-mel: bob.senesac@atblades.com
Laman Sesawang: www.atblades.com
AccuTec Blades, Inc.: Verona, VA

Source: AccuTec Blades, Inc.
Related Stocks:
NYSE:EPC
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers